Kenapa Muka Che Det Hilang Seri?
Oleh Cucu Reformasi
Assalamualaikum,

Terlebih dahulu, penulis mengambil sedikit kesempatan untuk mengucapkan `SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI. MAAF ZAHIR DAN BATHIN` buat semua pembaca yang beragama Islam. Semoga Eidul Fitri tahun ini disambut dengan penuh keihklasan tanpa menyisihkan tumpuan kita terutamanya buat rakan-rakan seagama kita yang hidup dalam suasana kesusahan sama ada di dalam negara yang kita cintai ini mahupun buat mereka yang di luar negara.

Tahun ini penulis berkesempatan mengunjung sanak-saudara yang tinggal jauh dari kampung. Pastinya penulis tidak akan melepaskan peluang untuk merisik khabar tentang fenomena terbaru parut yang timbul di muka Che Det sehingga menurunkan Indeks Komposit BSKL. Kisah ini telah dimaklumkan kepada penulis oleh seorang sahabat yang telah mendapat input ini dari abang iparnya yang bekerja sebagai Sundel Bolong @ SB.

Menurut sahabat penulis, sebelum menjelangnya hari yang dinanti-nantikan oleh Pak Lah untuk bergelar PM, Che' Det kini sedang berusaha keras untuk membuang segala macam ilmu yang menjadi pendinding ke atas dirinya selama ini termasuklah juga pemakaian susuk. Tak tahulah penulis apa jenis ilmu dan susuk yang ada dalam diri Che' Det ini. Daripada apa yang telah dijelaskan kepada penulis, parut di muka Che' Det itu adalah disebabkan salah satu daripada susuk yang dipakai telahpun dikeluarkan dan akan ada lagi susuk berikut yang akan dikeluarkan.

Bagi penulis, ada kebenarannya kisah di atas kerana mengikut pemerhatian penulis, kebanyakan orang pada usia 77 tahun sudah boleh dilihat kedut-kedut dimuka dan keuzuran yang nyata tapi sebaliknya buat Che' Det beliau masih kelihatan muda dan gagah sehingga beliau pernah ditanya oleh wartawan apa rahsia beliau kelihatan begitu. Tak tahulah penulis untuk menentukan akan kesahihan kisah ini dan terpulang kepada kebijaksanaan pembaca untuk menilainya

Bagaimanapun, kita tunggu dan lihat sahajalah gelagat seterus Che' Det ini kerana beliau gemar untuk melawan arus, onak dan duri. Andaikata perkara di atas benar, bermakna Che' Det merupakan pengamal ilmu-ilmu hitam yang sememangnya HARAM diamalkan dalam agama Islam kita dan beliau perlulah bertaubat dengan bersungguh-sungguh.

Wassalam

Cucu Reformasi  - 17.12.2002 (suntingan M@RHAEN)
Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!