RTM (RANCANGAN TIPU MANUSIA)


Sah sudah Kerajaan Malaysia kini, tersilap pilih Menteri Penerangannya yang sudah hampir mabok, membodek, juga menyalah-guna kuasanya, sebagai Menteri Penerangan. Segala rancangan dalam RTM kini, bukan lagi menjadi media maklumat rakyat, tetapi telah menjadi media maklumat maklumat palsu. Berganding pula dengan komponen Parti BN di bawah perintah Kerajaan, menipu juga mengunakan kuasa berpihak hanya kepada Parti pemerintah BN, yang kini mula merasakan ketakutan bahang pilihan raya yang akan datang. Takut kalah dan takut pemerintah tak boleh berkuasa dalam media penyebaran.

RTM kebelakangan ini agak sudah keterlaluan dalam penyebaran yang begitu ketara membuat, penipuan, juga pemalsuan dalam semua berita yang disiarkan bagi menghetam parti-parti pembangkang yang kini teraniaya oleh perbuatan pihak Kerajaan, yang banyak menuduh bahawa parti pembangkang terutama parti Pas, dan parti-parti dalam gabungan BA, terlau jahat lagi pengacau serta ekstrem dalam perjuangannya.

Sahlah kini RTM bukan sahaja digunakan buat penipuan, malah digunakan bagi berkempen untuk BN, dalam mendapat sokongan Rakyat bagi kemenangan dalam pilihan raya nanti. Sahlah kini RTM juga Jabatan Penerangan Malaysia telah dicucuk hidung oleh ketua yang memerintah Malaysia kini. Sahlah RTM, bukan lagi hak rakyat untuk mendapat maklumat-maklumat yang benar, lagi manfaat disiarkan oleh RTM kepada rakyat. Kini RTM telah menjadi maklumat yang boleh membenci rakyat serta menjadikan RTM sebagai Rancangan yang bergelar (RANCANGAN TIPU MANUSIA).

Itulah hakikat serta penghargaan yang boleh diberi oleh rakyat kepada RTM, yang kini berperanan sebagai media menipu manusia, di bumi Malaysia, bagi kepentingan ketua-ketua, barua-barua mereka yang gilakan kuasa, juga gilakan pangkat, dalam mentadbir negara yang kini telah mula diubah cenderung ke arah dasar-dasar yahudi juga dasar-dasar komunisme. Lebih elok lagi panggilannya, Malaysia dalam mengikuti dasar-dasar munafikin penentang Agama Islam, menggunakan minda juga tipu-helah dengan harta yang telah diperolehi, bagi memaksa rakyat menjadi pengikut Barisan Nasional (arti kata Barisan antarabangsa ciptaan Yahudi )

Lihatlah, tontonlah RTM, pihak pembangkang tidak akan memboikot, malah pihak pembangkang akan mengalu-ngalukan rakyat menonton. RTM yang kini sudah berubah menjadi Media Nafsu Iblis Syaitan, yang rakus dipertonton serta diperlihat untuk rakyat menilai nanti, sama ada baik atau buruknya bila di tonton. Kalau ada yang baik kita bersyukur, tapi kalau ada yang tak berkenan di hati, kita anggaplah ini, perbuatan Kerajan yang berkempen serta menipu rakyat, agar menyokong BN bila pilihan raya diadakan.

Sahlah RTM kini media yang karut-marut, juga media yang hanya pentingkan kekuasaan dan kewangan yang dimiliki serta diperolehi daripada pengiklan-pengiklan yang mengiklan jenama serta produknya.

Lihatlah, tengoklah RTM. Jika apa yang saya coret kan ini benar atau salah, rakyat boleh menilainya serta boleh menonton akan kebenarannya di kaca tv anda sendiri. Jika anda pembaca artikel ini merasa marah, atau tak setuju dengan apa yang saya coretkan di sini, bolehlah anda menasihati, serta menunjuk-ajar bagaimanakah tontonan yang
baik perlu kita contohi.

Kalau dulu akulah peminat RTM, kini akulah yang telah muak, serta geram serta benci, serta meluat dengan rancangan RTM kini. Walau bagaimanapun RTM adalah penyampai maklumat kepada manusia yang hendak ditipunya, agar manusia menyokong pihak Kerajaan. Kini RTM tersalah mengendalikan penyiarannya kepada zaman yang canggih, namun RTM masih malap, gelap bila ditonton kerana ketua pemimpin di RTM sudah longgar skrunya, tua dan nyanyuk. Berfikiran lapuk zaman enam-puluhan sedangkan penonton berada dalam zaman IT.

Sekian pandangan saya yang kerdil ini buat RTM. Semoga RTM tidak ada udang di sebalik batu, atau ketam mengajar anaknya berjalan betul bila menayangkan beritanya nanti.

Wassalam
Ikhlas daripada doreman@hotmail.com - 27.01.2003 (suntingan M@RHAEN)
Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!