UMNO… Yang Tua Berundur, Yang Muda Beransur!

UMNO bagi yang dah tua laginyanyuk biarlah berundur.
UMNO bagi yang muda, lagi bijak bertolak ansurlah sikit.
UMNO kata Dato Najib, yang dah tua dalam UMNO, jangan ghairah nak berundur.
UMNO jangan ambil kesempatan berundur, menyusahkan negeri untuk di atur.

UMNO kata Dato Najib, kalau dah di perintah oleh PM oklah, berundurlah,
UMNO bagi yang dah tua, banyak kanlah kembali ingatan kepada ALLAH.
UMNO bagi yang dah tua, jangan fikir lagi soal poligami, dah tak ada respond lagi taubatlah.
UMNO tua walau pun bijak, semasa menjadi ahli, namunnyanyuk. tetap ada tak boleh lari lagi.

UMNO tua, persatuannya kata pergi, orang muda boleh ganti.
UMNO tua, tak larat lagi, yang muda masih gagah lagi.
UMNO tua, bolehlah mengikut jejak DR Mahathir meletak jawatan, atas kerelaan hati, atau dah di benci.
UMNO tua, banyak yang dah kaya, dan boncit perutnya, kerana kerja terlalu lama sampai tak ingat nak pencen, apa nak lagi!!!!

UMNO tua, lihat parti pembangkang banyak yang muda-muda, takut tak larat kena sembor air, sampai isu air di Singapore tak boleh selesai hingga ke hari ini.

UMNO tua, sepasukan yang suka mengampu. dan menjilat Dr Mahathir wajar bersara segera.
UMNO tua, kalau tak cepat berundur. nanti Dr Mahathir akan frust tak ada kawan nak pergi Masjid atau nak pergi mana-mana. Melawat sambil belajar boleh kan!!!!!!!
UMNO tua, haruslah banyakan bersabar, bila di pilih untuk berundur daripada jawatan.

UMNO tua, janganlah sedih bila berundur, kerana harta dan kekayaan telah terjamin hingga makan tak habis, sampai ke lubang kubur, tak kerja pun boleh poligami lagi sambil berhoneymoon di mana-mana, serata dunia, buat penawar hati yang telah lama berkorban, dan berjasa kepada Parti, Agama, bangsa, juga Negara ku Malaysia yang aman.
UMNO tua, bolehlah lelek-lelek sikit, tak payah nak hentam pembangkang lagi.

UMNO tua, kenalah buat baik dengan pembangkang, agar pembangkang juga boleh menang dalam pilihan raya nanti, bolehlah juga dapat tempat sebagai pengadil, dalam kejohanan bola tampar, atau bola mata keranjang, jika di jemput nanti. Sukan, pilihan utama kerajaan, mana boleh lupa?

UMNO tua, kena ingatlah kembali, kisah kisah lama semasa menjawat dalam kerajaan, agar boleh dibuat buku, atau cerpen untuk dibaca oleh pelajar-pelajar, dalam bahasa Inggeris nanti.

UMNO tua, disyorkan bila meletak jawatan agar jangan lupa pada rakyat, yang menyokongnya dulu, barulah boleh digelar bapa pengaman PBB (Pak Boleh Blah), dan kalau boleh, buatlah rumah terbuka macam rumah terbuka, yang dianjurkan oleh jabatan pelancongan di bawah pimpinan Dato Shek Pandir tu, untuk amal jariah boleh kan.

UMNO tua, AKHIR sekali kalau tak nak berundur tu, janganlah iri hati pada yang muda jika pemerintah nanti bertukar menjadi pembangkang dalam kerajaan pulak.

Sekian buat renungan UMNO-UMNO yang dah banyak TUAnya ney, dan bolehlah mengambil sijil-sijil kehormat  dari Parti BN juga, dari rakyat, agar mendapat restu untuk di usung menuju ke alam barzah nanti, bila di temuduga dan dipanggil oleh Allah bagi mendapatkan pangkat-pangkat yang lebih hebat, daripada pangkat yang ada di dunia ini, fazkuruni azkurkum, ingatlah kamu kepada ku, dan aku sentiasa mengingati mu. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari ALLAH, dan yang tak baik itu adalah kelemahan makhluk.

ALLAH MAHA BESAR, MAHA KUASA, MAHA KAYA, MANUSIA TIADA KUASA,TIADA DAYA, TIADA APA APA. YANG ADA HANYA LAH AMALAN YANG BAIK, BILA KITA AMAL KAN SEMASA HIDUP DI DUNIA YANG ALLAH TERIMA JIKA IZIN NYA.

Wassalam
Ikhlas daripada doreman@hotmail.com - 27.01.2003 (suntingan M@RHAEN)
Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!