Manifesto Rakyat: Syarat Kami (6)
Oleh Dr. AQ

TARAF PEMIKIRAN
Kebanyakan rakyat tidak berpengetahuan tinggi. Paras daya berfikir mereka pun rendah dan sederhana. Mungkin peratusan cerdik pandai telah bertambah dalam berbagai bidang. Sebaiknya, bilangan rakyat yang tidak berpeluang belajar bertambah ramai. Ratusan juta manusia berada dalam kemiskinan, “buta huruf dan lupa huruf”. Sebab utama kerana pemimpin mereka “menipu” dalam sistem politik-ekonomi dan pendidikan yang berdasarkan kebendaan. Tanah, air, api dan angin mereka sudah kurang, malahan banyak yang hilang “ketuanan”, bukan?  Hal ini belum dikira dalam bidang lain yang menjadi rebutan di peringkat atasan, bukan?

[Tindak balas (reaksi): Apa masih mahu bukti yang sahih seperti hadis, ke? Kemudian apa yang Tuan Yang Berkhidmat akan lakukan? Tersengih sahaja ke? seperti iklan ubat gigi, aje]

“Keuntungan” merupakan tujuan utama dalam hampir semua projek yang digolongkan dalam “pembangunan jasmani”. Pendidikan sudah diperniagakan dengan harga “perkhidmatan atau “service” kian mahal. Lihat sahaja harga untuk masuk ke taman kanak-kanak sahaja. Berapa harga semua ? Bagaimana dengan sekolah rendah, menengah, universiti dan lain ? Apa mampukah rakyat membayar  semua termasuk upah munsyi  (tuition)?
[Nota: perkiraan belanja anak ke setiap peringkat pendidikan (persekolahan) termasuk makanan dan minuman berzat hendaklah di buat dan dibentangkan oleh mereka terlibat baik di kampung mahu pun di bandar]

Begitu juga harga perubatan. Kelihatan setiap tahun ia dinaikkan harga. Hospital yang tumbuh di sana sini bersama kedai ubat mengaut untung yang melampau. Apakah rakyat mampu bayar ubat sakit perut? Mampu bayar ubat bedah bisul? Mampu bayar ubat bedah barah? dan lain, dan lain?
[Nota: penulis masih menyimpan resit hospital swasta, lebih setahun dahulu, bayar periksa dan ubat sakit perut, sebanyak RM63.50 !]

Pemimpin membuat projek atas nama rakyat ; tetapi pihak yang sekongkol dalam syarikat tertentu memperuntukkan sesuatu untuk  orang berkuasa. Rasuah kian meluas kerana dasar sistem bidang kehidupan, kewangan, undang-undang dan yang berjalinan dengannya, sekali gus menjadi “lembah pembiakan” rasuah.
[Nota: Penulisan dan kertas ilmiah membentangkan punca penyakit rasuah ini tidak sedikit tetapi semua kertas hanya menjadi khazanah pustaka untuk latihan ilmiah sahaja! Jadi, jika pelajar ketemu kertas tersebut dalam penyelidikan mereka dan “memberikan kritikan sengit kepada pemimpin negara dan sistem tertentu   maka kita tidak boleh marah kepada pelajar yang tidak mempunyai kepentingan diri.]

TINGKAH LAKU ORANG POLITIK
Pilihan raya ialah merupakan pertukaran kuasa rakyat kepada parti politik untuk lama masa empat atau lima tahun. Manusia politik, termasuk yang mendapat kuasa adalah ‘political animal’. Mereka adalah manusia biasa: seperti haiwan mereka makan, minum, punya naluri ‘sex’, punya keinginan milik harta, punya najis dan buang najis keras dan cair. Mereka macam kita juga. Malahan ada antara mereka berkeadaan lebih teruk lagi.

Orang politik ini sebelum dapat kuasa mereka bukan main baik lagi, siuman dan manis muka, ramah dan merendah diri. Mereka datang menemui rakyat merangkak naik tangga. Jika kotor dan busuk pun dilalui juga dengan penuh senyum dan janji seperti mulut malaikat. Anak-anak kecil yang comot dan beringus pun dicium.

Rakyat tahu kepura-puraan setengah daripada mereka itu. Tingkah laku ini boleh dimasukkan ke dalam satu daripada beberapa unsur budaya “politik moden”. Mereka meraih undi. Alat yang dikatakan berkesan ialah wang, dakyah dan fitnah.

Apakah graf jenayah politik ini kian subur atau menurun? Keadaan jenayah politik ini bergantung: sistem kehidupan dengan hala tujuan pembangunan; kepimpinan, diri pemimpin dan calon; dan peraturan yang ujud dan pelaksanaan yang adil. Selain daripada itu bergantung juga pada berapa kuat kawalan “nafsu” diri orang politik yang inginkan kuasa.

Perihal ini sudah begitu ketara dalam pelaksanaan kuasa politik. Kuasa rakyat sudah diambil atas nama demokrasi, undang-undang, keamanan. Malahan disebut juga atas nama rakyat. Itu rutin politik dan itulah demokrasi.

Rakyat sedar dan tahu bahawa mereka sukar untuk mencapai kehidupan seperti orang yang berpengetahuan tinggi dan dapat hidup mewah. Daripada kecil lagi ramai rakyat tahu tentang nilai pendidikan. Tidak kurang bilangan mereka yang berusaha mendapat wang dan tempat. Tetapi tidak kurang pula yang tidak berjaya mencapai kewangan yang cukup dan pendidikan.

Jadi dalam hubungan ini apakah sistem pendidikan itu dapat memberi peluang dengan mudah kepada rakyat biasa? Sejauh dan setinggi mana mereka dapat menyalurkan keinginan pendidikan bagi kemahiran dalam bidang tertentu?  Kos pendidikan yang begitu tinggi bagi kebanyakan rakyat adalah satu sekatan dalam hidup bermula dari mereka dilahirkan.

Jadi tidak hairan jika kita mendapati ramai pula rakyat yang tidak kesah siapa yang akan berkuasa. Mereka hanya berdaya dengan hanya menumpukan kehidupan supaya dapat makan, minum, pakai dan “bangsal” berteduh. Jika ini terjamin mereka sudah puas hati. Tetapi, sebaliknya, bukan sahaja mendapat pendidikan percuma malahan tempat tinggal, makan dan minum pun belum terjamin. Mana tanah dan mana air? Mana tanah–air? Harga air galian pun lebih mahal daripada harga minyak !

Mereka tahu dan nampak bahawa ramai pemimpin politik di peringkat pertengahan dan bawahan, yang pengetahuan mereka tidak setinggi mana pun, tetapi mereka hidup mewah. Mereka yang jadi anggota parti sedang berebutan untuk jadi pemimpin. Ramai berharap mereka akan hidup mewah dan “dihormati”. Satu jalan pintas “cari makan” yang paling mudah.

Ramai tahu bahawa rasuah merupakan satu jalan mudah untuk kehidupan. Syarat utama ialah seseorang itu mesti mempunyai kuasa. Luas kuasa ada;ah menurut jaringan dan saiz iaitu kecil, sederhana, besar dan “mega”. Makin tinggi dan besar kuasa maka makin berharga diri.

Ramai pemimpin dan kakitangan kerajaan dan syarikat tahu tentang kesalahan rasuah. Jika seseorang jadi pemberi rasuah atau penerima rasuah, orang beragama pun tahu tentang hukum haram, dosa dan balasan di dunia dan di akhirat.

Budaya penyelewengan sudah begitu tebal. Kebendaan jadi krim kehidupan. Peduli apa pada akibat. Seperti juga bagi si perokok yang mereka tahu tentang amaran doktor akan akibat menghisap rokok. Peduli apa. Mereka merokok juga, bukan? Logik dan rasional manusia kian kusut, bukan?

PERTANDA EKONOMI:
Satu daripada beberapa pertanda yang dipaparkan ialah mengenai aktiviti pasaran saham. Semua media massa terutama radio dan televisyen menyiarkan tentang pasaran saham tempatan dan dunia.

Ramai rakyat bawahan yang tidak faham tentang pasaran saham dan jaringan perniagaan. Ramai yang tidak faham tentang berbagai cogan kata dan pada simbol. Bagi rakyat mudah sahaja. Beras murah, gula murah, kopi murah mereka sokong. Ada yang terlepas daripada “paras bahaya” kelaparan. Jadi kebanyakan rakyat ikut sahaja pemimpin asal dapat makan dan minum. Dalam pilihan raya dan ceramah bila “orang” suruh teriak mereka teriak; orang suruh sorak maka mereka sorak. Mereka kagum dengan pimpinan yang diberi sambutan hebat dengan berbagai macam upacara adat dan istiadat. Adat istiadat merupakan satu “pembaharuan” dan pengenalan kembali atau memudakan kembali kepimpinan dan parti. Ini satu ‘amalan’ politik beriringan dengan hanya projek yang mudah dilihat oleh ramai.

Rakyat jadi tercabar bahawa mereka hanya layak untuk jadi pengikut sahaja. Justeru kebanyakan daripada mereka akan mengalah dan tunduk dengan segala yang ditonjolkan oleh media massa.
[Nota: Kebanyakan ISU yang diketengahkan oleh parti politik, terutama perihal baharu yang tidak dijanjikan dalam pilihan raya atau dalam manifesto, rakyat  tidak dapat mengerti dengan baik.. Biasanya sesuatu yang “baru” dijalankan dahulu dan kemudian diminta pengesahan dengan pengulas tertentu. Media massa tidak berani menentang meskipun mereka “projek” tertentu itu merugikan rakyat akhirnya. Rakyat sedar banyak projek terbengkalai dan ditutup satu demi satu atas berbagai alasan.]

Insya Allah berikut: Rumusan dasar Manifesto Rakyat (7)

AQ~ 1-15 Mac, 2003.
Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!