Manifesto Rakyat: Syarat Kami (7)
Oleh Dr. AQ

DEMOKRASI
Ramai orang berpendapat bahawa demokrasi merupakan satu sistem yang terbaik untuk mendapatkan pemimpin dalam semua organisasi dan pemerintahan. Demokrasi ini pun banyak jenis. Ia bergantung pada cara melaksanakan demokrasi itu sendiri, sama ada ia murni atau tercemar.  Namun demikian, didapati lebih banyak sungutan tentang kecemaran yang dilakukan peserta dalam pilihan raya dan juga pelaksanaan kuasa sesudah se sebuah parti menang.

Negara di Afrika, Asia dan Amerika Selatan berbagai kecemaran telah berlaku. Malahan di Amerika sendiri yang disebut negara demokratik, itu pun berlaku kecemaran dan pembohongan.  Pertandingan jawatan presiden antara Parti Republican (George W. Bush) yang menang melawan Parti Demokratik (Al Gore), dicurigai tentang pengundian yang berlaku. Apakah ia benar-benar murni ?.  Kertas di Florida  dan cara mengundi adalah diragui. Kertas undi disemak satu demi satu kembali. Kemudian, di pertengahan jalan, ia terhenti apabila pihak  mahkamah memberi kata putus.  Bush ‘menang’ dengan majoriti yang tipis.

[Lanjutan latar berita dan cerita mengenai undian tersebut sila lihat penulisan oleh ramai pemerhati politik terdapat di berbagai perpustakaan besar.]
 
Beberapa dokumen tentang persenjataan Iraq pun disebut oleh penyelia nuklear Bangsa-Bangsa Bersatu, pada hari Jumaat, 7 Mac, 2003, sebagai palsu. Britain juga memberi dokumen yang dijiplak dari tesis 1991 mengenai Iraq ; termasuk juga penulisan dalam majalah. Malahan ejaan yang salah sama tersalin! Hal ini memalukan negara yang diagungkan mempunyai perisik yang berwibawa dan “bermoral” ?

[Keadaan sudah jadi terbalik. Fikiran yang rasional dan logik tidak lagi jadi pegangan. Siapa kuat dia yang benar. Hitam jadi putih dan putih boleh jadi hitam.  Itulah kuasa. Bukti boleh dibuat begitu rupa hanya untuk menghalalkan cara, asalkan maksud tercapai dengan alasan palsu! Rakyat apa hendak buat ? Paling tidak, mereka boleh mengadakan perarakan atau demonstrasi. Itu pun, jika tidak ditangkap, bukan?]

[Salamun qaulanmin Rabbi Rahim ~ Surah Yasin ~ setiap yang insaf bermohon : “Allahumma Salamni min afa-tiddunia wa fitnatiha”, supaya Allah sisihkan  daripada fitnah dunia”]

Rumusan demokrasi : ‘demokrasi  rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat’. Kesimpulannya baik kerana berunsur dasar harapan rakyat. Sebab, kuasa adalah di tangan rakyat yang mengundi atau yang menurunkan tanda tangan [X]. Rakyat bersetuju terhadap orang dan parti tertentu. Lagi pun pemimpin berkenaan pun adalah seorang rakyat. Dia, manusia biasa. Dia tidak termasuk orang istimewa   dan hebat  atau  “luar biasa”. Namun rumusan demokrasi itu cukup manis di dengar dan ia menjadi harapan rakyat atau pengundi.

Umumnya rakyat di negara Asia dan Afirka tidak ramai yang tahu tentang sejarah demokrasi dan fahaman politik. Malahan orang politik sendiri pun buta tentang konsep demokrasi. Ramai yang malas membaca dan tidak kesah dengan sistem pemerintahan. Sebab utama ialah rakyat termasuk wakil rakyat sendiri tidak disedari dengan “pendidikan politik”, tidak tahu tentang hak politik  dan kuasa.

Rakyat, kebanyakan lebih diasuh dan diasah dengan berbagai “kewajipan”, cara menghormati pemimpin dengan segala macam adat istiadat dan “indoktrinasi”. Kemudian, jika ada mereka yang menanyakan tentang keadilan dalam pembahagian kekayaan negara maka mereka kena belasah dan disalahkan.  Mereka miskin sebab malas kerja, kurang berusaha, kurang pengetahuan, kurang pengalaman, tidak tahu bercakap Inggeris, tidak tahu pengurusan, pilih kerja, tidak itu dan tidak ini seperti kaum lain atau bangsa lain di negara lain. Kita kurang itu dan kurang ini. Jika pemimpin ditanya tentang sistem dan pengawalan kaum, dan mereka tidak dapat menjawab maka dibandingkan pula dengan negara lebih miskin. Bersyukur kita tidak seperti mereka.  Lihat sahaja  ke Barat dan pandang ke Timur. Kita mesti jadi macam mereka ; kita kena tiru mereka. Dengan demikian rakyat sebahagian daripada rakyat jadi bingung. Mereka tidak ada tanah di tanah sendiri kerana tanah dibuat projek. Ramai tidak dapat makan dengan selesa, begitu juga tidak dapat air bersih dan tiada tempat tinggal. Di sekeliling mereka keadaan jenayah kian bertambah di samping si kaya bertambah kaya.

Pemimpin politik mengelak diri daripada memberi contoh tentang bagaimana mereka atau keluarga mereka boleh jadi kaya untuk diikuti kegiatannya. Pemimpin politik tidak mahu membahaskan tentang siapa yang menguasai tanah, air, api dan angin. Pemimpin politik tidak faham atau menutup faham tentang “siapa yang menguasai siapa ?”.  Bukan itu sahaja malahan media massa pun berpusing-pusing dengan “teori” [tang juga] mengapa rakyat terus jatuh miskin.  Mereka menyalahkan rakyat tidak bersyukur dan malas.
 
SEJARAH IDEOLOGI
Rakyat terdedah kepada dua fahaman politik yang terbesar iaitu ‘kapitalis liberal” dan “komunis-sosialis”. Dua saluran besar politik yang terbuka waktu dahulu. Semua pejuang menyatakan ideologi ‘demi untuk kebahagiaan rakyat’. Sejarah merakamkan perjuangan rakyat. Rakyat berontak dan berperang. Mayat bergelimpangan, tulang bertimbun harapan berkecai. Kapitalis sekarang kian membesar jaringannya.
 
Sebaliknya, di sana : pemimpin dan korporat menari dan berpelukan gadis dan pelacur di bawah sinaran samar. Begitu kesimpulan antara perang kebendaan dan keamanan harta.

Sejarah konflik fahaman politik cukup pahit dan ngeri.  Kekuatan ‘komunis-sosialis’ sekarang telah merosot. Sebab unsur kapitalis liberal telah meresap dalam nafsu kebendaan terbuka. Sekarang mereka, pemimpin sosialis, ada yang  jadi gergasi  harta dan niaga dalam berbagai lapangan. Belang bertukar tetapi nafsu tetap sama. Peniaga besar dan sederhana dengan kerjasama pemimpin politik untuk kelicinan dagang mereka terus mara.  Orang politik baik langsung dan tidak langsung, dalam sistem niaga besar telah jadi agen kapitalis ‘tanpa sempadan’, di negara-negara kecil, mereka beroperasi seperti sesungut kurita (sotong ketak) dan ampai-ampai.  Maaf.

Aq~   Akan disambung, insya Allah diurutan (8).  Mac 1-15, 2003
Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!