Kembali Kepada Dasar Rakyat
Oleh Dr. AQ

Berikut ini siarkan pertanyaan Dr. Nordin Kardi kepada Dr. AQ setelah beliau menerima salinan artikel-artikel daripada Dr. AQ:

Dr. Nordin Kardi: Adakah tuan orang Keadilan? Jika ya, rencana yang tuan kirim begitu bertentangan dengan laungan ahli-ahli keadilan yang menuntut demokrasi, demokrasi, telus-telus dsb.  Tk.NK (nordin@btn.jpm.my)

Dr. AQ: Terima kasih memberi respons kepada penulisan saya. Menjawab pertanyaan: Kita perlu kembali kepada isi penulisan, bukan kepada diri penulis - sesuai dengan kata-kata: "Lihat apa yang dikata maka jangan lihat pada siapa yang berkata" Saidina Ali (?). Bersetuju, bukan?

Jadi apa isi dan konsep (bukan istilah) yang bertentangan? Hak rakyat tetap hak rakyat. Bukan hak orang politik seperahu dengan kapitalis atas nama pembangunan. Dan pembangunan berada di bawah syarikat gergasi. Kita yang makan gaji tidak patut jadi alat dan tukang angguk (ENGGEH) sahaja. Falasafah kehidupan rakyat dicampak ke bakul sampah. Mereka siang malam dileteri dan disalahkan. Lantas para politikus mengutuk dan kita yang Allah beri otak hanya ulas dan PULAS memberi kata "yes". Apalah makna ilmu dan hiudp cari makan begini, bukan ?

Dunia kian rosak sekarang. Banyak orang cari hidup sebagai 'MENDICANT POLITICIANS'. Kepandain yang diminta daripada Allah kita dapat, tetapi banyak orang MENYALAHGUNA ilmu untuk cari makan. Wang Tabung Haji, Wang zakat, Bank itu, bank ini, EPF, dan syarikat besar semua ditipu oleh orang yang diberi Allah ilmu dan tahu bahasa Inggeris dan 'Arab'. Di mana falsafah ilmu itu sendiri? Ini satu kejayaan dalam pendidikan dan KEPIMPINAN? Lantas kita sama ikut belon bocor yang melayang di langit. Allah sahaja Mengentahui di mana mungkar dan hak dalam hala-tuju diri kita dan masyarakat.

Selagi Tanah-Air, Api dan Angin di tangan 'tauke' dan orang politik, maka selama itulah masyarakat tidak mendapat keadilan dan demokrasi apa pun dan siapa pun. Itu pendapat saya sehingga saat ini

Sekian dulu.  ~Aq. Maaf. 15 Mac, 2003 (suntingan M@RHAEN)

Catatan: Dr. Nordin Kardi, satu nama yang sejak akhir-akhir ini sering digandingkan dengan forum dan perbincangan yang melibatkan para siswa dan siswi di menara gading. Beliau juga merupakan Pengarah Biro Tatanegara - BTN, satu badan yang diwujudkan di JPM lebih dua dekad yang lalu. Pada peringkat awal dulu, Dr. Nordin (atau lebih popular dengan panggilan Pak Din) merupakan salah-seorang tenaga penggerak kursus-kursus yang di kendalikan oleh BTN.

'Anak kecil main api.. terbakar hatinya yang sepi.. Air mata darah, bercampur keringat, bumi dipijak milik orang... Nenek moyang kaya-raya.. tergadai seluruh harta benda.. ' - petikan daripada lagu 'Warisan'.

Mendengar lagu 'Warisan' yang 'dilaung dan dipekikkan' oleh Pak Din, boleh meremangkan bulu ruma. Itu lebih dua puluh tahun dulu.... dan kini, anak kecil itu, telah dewasa, tetapi kini bermain komputer. Dan Pak Din masih terus mempertahan agar 'nenek moyang kaya-raya....' . Cuma kini, bukan saja tergadai seluruh harta benda, tetapi juga tergadai Agama, Bangsa dan Negara! Alahai Dr. Nordin...... lagipun, seperti yang telah dinyatakan oleh Dr. AQ, "Lihat kepada lagu yang dinyanyikan, bukan kepada penyanyinya. Tak mengapa, kalau penyanyinya sanggup mengadaikan maruah diri, Bangsa, Agama dan Negara demi harta dan kesenangan dunia....- M@RHAEN

Surah An-nisa’, ayat 140: Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepadamu dalam Kitab, bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah, diengkari orang akan dia dan memperolok-olokkannya, maka janganlah kamu duduk bersama mereka, sehingga mereka beralih kepada perkataan-perkataan yang lain. (Jika kamu duduk bersama mereka), nescaya kamu adalah seumpama mereka. Sesungguhnya Allah menghimpunkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir sekaliannya dalam neraka jahannam.

Ma.S.A.M.: Anak Kecil Tidak Lagi Bermain Api...


Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!