PERSIDANGAN NAM - si KEPALA TAIK KHUATIR?
Oleh Dr Nologareng

Kita belum lupa akan janji Mahathir untuk bersara dalam masa sepuluh bulan akan datang. Kita diberitahu antara sebab kenapa Mahathir tidak bersara lebih awal dari itu adalah kerana Persidangan Antarabangsa NAM yang bakal diadakan di Malaysia iaitu bulan Februari ini.

Sepatutnya persidangan itu diadakan di Jordan tetapi negara tersebut menarik diri kerana masalah ekonomi dan dalam negeri nya sendiri. Malaysia lagak sebuah negara yang kaya raya (tak sedar hutang ratusan bilion!) telah pula menawarkan diri semata-mata hanya untuk menaikkan nama dan memberi peluang kepada musibat itu berkhutbah dan membebel cerita basi nya tentang ekonomi serta perang terhadap keganasan ala Malaysia. (bagi menghalalkan ISA!!)

Perbelanjaan negara untuk mengurus Persidangan itu begitu besar sekali. Dikatakan belanja-urus untuk pihak media negara peserta sahaja menelan puluhan juta Ringgit bagi tiket, penginapan dan pengangkutan dalam negara. Inilah dia sikap kerajaan Mahathir haprak yang sering berdalih kepada rakyat tentang ketidak-mampuannya menyediakan kemudahan prasarana percuma kepada rakyat tetapi sanggup membazir puluhan juta Ringgit hanya untuk menaikkan ego seorang manusia yang di hujung usianya. Bukankah zalim namanya itu!!??

Secara amnya Persidangan itu hanya akan menghabiskan wang rakyat tanpa sesuatu yang konkrit atau menguntungkan rakyat yang melantik Mahathir sebagai Ketua Negara. Kita menjangkakan akan ada lagi beberapa majlis menandatangani MOU yang akan menghiasi kaca TV sambil diolah pula dengan rencana mahupun ‘talkshow’ yang akan memuja-muji Mahathir. Sambil itu para ketua negara terbabit akan dipergunakan untuk menaikkan martabat Mahathir sKT yang sudah pun mereput itu.

Tidak berapa lama dahulu, selepas satu Persidangan antarabangsa yang hampir sama yang berlangsung dalam negara, ramai pembesar negara peserta telah melugas dan menyapu bersih segala kemudahan prasarana dalam bilik hotel yang ditumpangi. Ini termasuklah peti tv, lampu tidur, kerusi meja dan cadar. Buruk-laku itu rupanya mendapat keizinan Mahathir sambil kerajaan (sudah tentu duit rakyat!!) pula terpaksa membayar ganti rugi kepada hotel terbabit. Sedangkan persidangan itu tidak pun memberikan keuntungan kepada negara dan rakyat.

Kini tatkala ia sudah di ambang pencen, Mahathir terus juga menggagahkan dirinya untuk berucap dan menjual temberang kepada pemimpin luar. Pada tahap ini, Mahathir seakan lupa bagaimana dunia sudah pun mengenali dan tahu siapa dirinya yang sebenar - Raja Kelentong dan Raja Penyangak terulung dalam sejarah moden Malaysia. Jauh mengatasi kelicikan dan kejahatan Botak Chin atau Mona Fandey kerana ia melakukan kebejatan itu dalam kapasiti sebagai pemimpin negara. Ini adalah gelagat musang berbulu ayam.

Mahathir bersalah besar kepada rakyat, orang Melayu/Islam dan YDP Agung atas keceluparan dan senteng akalnya sehingga negara dianggap sebagai sebuah Negara Islam Pengganas. Lebih membuatkan ia merasa terpukul apabila parti gabungannya BN dianggap sebagai pengganas dan ada hubungan dengan Al-Qaeda. Yang terkini, Mahathir tidak lagi menggunakan KMM, Al Maunah atau Al-Arqam sebagai belasahan. Untuk menjadikan ia senada dengan pemimpin ASEAN seperti Singapura dan Indonesia, Kepala Taik mula mempopularkan kumpulan Jihad Islamiyah JI sebagai pengganas rantau ini.

Ramai pemimpin-pemimpin utama NAM sudah mengesahkan ketidakhadiran mereka dengan diganti sahaja timbalan mereka atau pemimpin lainnya. Mereka sudah tahu, tiada apa yang penting dan menguntungkan negara anggota hasil dari mesyuarat sedemikian rupa. Ia lebih kepada majlis pelancongan pemimpin negara-negara anggota.

Ini tentu sahaja akan menyebabkan kekecewaan yang amat kepada Mahathir Mohamed. Antara mereka ialah Presiden Mesir Hosni Mubarak. Khabarnya beberapa hari lagi Mahathir akan ke Mesir menjemput sendiri pemimpin negara itu untuk hadir. Dalam masa yang sama ia akan menggunakan ruang itu untuk berkelentong dan berbohong di sidang media mahupun forum yang telah sedia diaturkan. Tentu sahaja ia akan menghadirkan diri ke Universiti Al Azhar untuk menjual temberang sambil bersuara lantang menghentam pemimpin Barat untuk mengabui mata pengikut dan pemujanya di tanah air.

Media tempatan pula sedang memainkan propaganda betapa Mahathir perlu bersuara lantang menghentam dan mengkritik pemimpin Kuasa Besar. Malah mereka memujinya sebagai suatu yang bagus bagi mencegah kepincangan atau membetulkan keadaan. Betulkah begitu?

Bagaimana pula dengan sikap mereka terhadap Mahathir dan rejimnya yang memenjara dan menangkap tanpa bicara rakyatnya sendiri yang berani dan tegas mengkritik salah-laku kerajaan? Apakah yang nak mereka temberangkan tentang pemenjaraan Ezam, penahanan ISA rakan beliau dan lebih 70 orang Melayu/Islam yang lain dengan alasan yang dibuat-buat dan fitnah?

Kita mendapat khabar akan ada siri penangkapan baru ke atas orang Melayu dan Islam yang akan dikaitkan dengan Jemaah Islamiyah yang kerajaan Singapura keluarkan Kertas Putihnya!! Kenapa pula rakyat tidak boleh bersuara menyatakan kepincangan kerajaan dari kaca mata mereka sendiri sebagai warga negara?

Lebih tepatnya, kenapa Mahathir boleh mengkritik orang lain, tetapi akan melenting jika dirinya dikritik rakyat sendiri? Porkee..kenapa??

Jika dahulunya Kamunting dan Penjara dipenuhi dengan bukan Melayu semasa gerakan anti-komunis dan subversif, keadaan sudah jauh berubah dengan sebahagian besar penghuninya adalah orang Melayu. Kini pemimpin negara telah membuktikan sikapnya memusuhi orang Melayu dan Islam itu sendiri dengan isu fitnah Al Maunah, KMM dan JI.

Ingatlah kepimpinan sesebuah negara akan jatuh menyembah bumi bermula dari saat ia mula memusuhi rakyatnya sendiri! Bukankah itu yang menjatuhkan Shah Iran, Marcos, Siad Barre dan Soeharto??

Mahathir tidak sepatutnya khuatir dengan ketidakhadiran pemimpin utama NAM, malah Persidangan itu sendiri tidak patut dibuat di negara kita tatkala ekonomi masih gawat. Sepatutnya Mahathir risau dan khuatir akan nasib orang Melayu yang begitu buruk di bawah 22 tahun pemerintahannya serta penyelewengan dan salah laku pentadbirannya yang mengkhianati aspirasi dan perjuangan orang Melayu!!

Memang kekhuatiran lelaki tua ini tidak bertempat!

Dr. Nologareng - 20.01.2003 (suntingan M@RHAEN)
Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~
Click Here!