ALANGKAH PEMURAHNYA si KEPALA TAIK!
Mahathir menyusukan kera di hutan....
Oleh Dr Nologareng
Mahathir disanjung hebat media tempatan apabila memberi bantuan pinjaman kepada Lubnan dengan ‘menyalahgunakan’ duit negara. Sikap itu memang baik sekiranya Mahathir menggunakan wang peribadi yang telah disonglapnya bersama rakan akomplisnya seperti Tun Daim Zainuddin dan para Biliana lainnya. Sikap Mahathir itu laksana menyusu kera di Lubnan tetapi membiarkan rakyat sendiri kesusahan dan terbiar di Kelantan serta Terengganu. Memang itu jugalah sikap manusia bergenetik mamak. Suka dipuja-puji serta kemaruk lensa dan lampu sorot kamera.

Sekiranya Mahathir mahu menunjukkan betapa prihatin dan bertanggungjawabnya ia dengan nasib orang susah, wajar ia memulakan langkah itu dalam negara kita sendiri. Langkah sumbangnya itu hanya akan menimbulkan suasana lelucon dan menjadi modal rakyat membelasahnya.

Keadaan itu lebih menjijikkan apabila mengambil-kira keadaan ekonomi negara kita sendiri yang terhenyak dan hanya diapung oleh wang yang dipinjam daripada Jepun dan juga hasil jualan bon agensi kerajaan yang disauk kemudiannya seperti Petronas.

Memanglah Mahathir pakar dalam mencari keuntungan peribadi dan mencipta nama, namun sKT ini jelas gagal dalam menyempurnakan amanahnya terhadap bangsa Melayu, negara dan YDP Agong. Kita katakan demikian kerana selepas pemecatan Anwar Ibrahim, Mahathir telah melonggokkan hutang negara kepada lebih RM200 Billion daripada hanya RM10 billion sebelumnya. Semua syarikat milik kerajaan yang telah diswastakan semasa pemerintahannya telah kantul.

Malah musibat ini tidak mampu menamakan walau satu pun daripada dasar penswastaannya yang membuat keuntungan untuk negara. Hampir kesemuanya diselamatkan dalam siri bail-out dahulu.

Menjelang Persidangan Negara Berkecuali NAM, Mahathir semakin risau apabila tokoh-tokoh utama mungkin tidak menghadirinya. Berbanding semasa awal penubuhannya dahulu, memang kini hampir tiada tokoh yang menyerlah dalam Pertubuhan itu, lagi pun hampir tiada kejayaan yang dapat dibanggakan seperti dahulu.

Sekiranya PBB sebagai pertubuhan yang terbesar dan berpengaruh sendiri gagal dalam membela nasib dan menangani masalah anggotanya, apalah sangat yang mampu dibuat oleh NAM? Apa yang jelas, Mahathir dilihat cuba menyauk keuntungan peribadi terutamanya di mata ahli kecil Umno yang sudah pun dibutakan mata hati dan akal budi mereka. Mahathir cuba menjarakkan dirinya supaya dilihat lebih unggul dan layak untuk terus menerajui negara sambil memperlekehkan Abdullah Badawi. Memandang kepada ligatnya Mahathir berpeleseran sekarang, kita amat meragui niatnya untuk berhenti!!!

Sebenarnya Mahathir wajar dan wajib menjaga nasib dan kelangsungan orang Melayu dan seluruh rakyat bukan hanya nasib ahli Umno sahaja. Bak pasir dalam bancuhan simen, begitu lah nasib orang Melayu kini. Geng Mamak @ KMM yang menguasai negara telah mencalari dan merobek segala peruntukan Ketuanan Melayu dalam kemanisan bicara mereka. Sekiranya ia masih wujud, mustahil untuk Mahathir sKT memaksa penggunaan Bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik, menghapuskan SAR, ‘membuang biasiswa’, mengurangkan kawasan Melayu dalam pilihan raya dan menswastakan perkhidmatan bercorak kebajikan?

Daripada ia meminjamkan RM 1.145 bilion kepada ‘Negara Paris Timur’ itu, lebih baiklah ia pinjamkan kepada kerajaan Kelantan bagi memperbaiki prasarana bekalan air yang sering dipolitikkan itu! Ataupun si Kepala Taik itu pinjamkan kepada FINAS sebagai ‘softloan’ untuk membeli khazanah Filem P Ramlee yang kini sudah pun dimiliki oleh Usaha Tegas Group milik Ananda Krishnan! Wang sebanyak itu juga boleh melahirkan 10,000 doktor jika digunakan sebagai biasiswa.

Ternyata Mahathir lebih gemar memburu gelaran dan penghormatan orang luar dan membiarkan sahaja dipanggil Kepala Taik atau Raja Penyangak oleh rakyat sendiri. Di Lubnan, beliau dikatakan akan menerima anugerah tertinggi negara itu ‘Grand Cordon’ sambil menikmati pemanduan kereta yang dipandu sendiri oleh Perdana Menteri negara itu Rafik Hariri.

Kita merasakan Mahathir sebenarnya hanya layak diberi anugerah ‘Grand Conman’ @ Raja Penyangak. Kan..??

Dr. Nologareng - 21.01.2003 (suntingan M@RHAEN)
Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~
Click Here!