Memang Sah Mahathir Kepala Taik
Pusat pemotongan babi dan incinerator memang bahaya!

Oleh Dr Nologareng
 

Sekembali daripada lawatan terbarunya ke Eropah, Mahathir terus sahaja membebek laksana bontot kambing yang bertaik lembik. Kali ini ia bercakap soal sikap rakyat yang katanya menentang projek kerajaan. Seperti biasalah, cakapnya akan merapu, merewang tanpa mahu mengambil tahu apa yang sebenarnya berlaku. Atau mungkin juga projek sebegitu mampu mengembungkan dia punya saku!

Memang seronok menjadi Malaysia punya Perdana Menteri. Bercanggahan sungguh dengan PM sebelumnya, PM Mahathir yang hanya ada lebih kurang 32 hari saja lagi ini terus berlaram menggunakan saki-baki tempoh kekuasaannya. Jika boleh kita menyoal, apa sangat keuntungan lawatannya keluar negara dalam tempoh ini jika, lawatan ke luar negara selama dua puluh dua tahun yang lalu tidak pun memperkasakan dan menguatkan ekonomi negara? Kita pasti, akan ada golongan yang segera menuding KLCC, KLIA dan PutarJaya sebagai bukti betapa hebat dan agungnya ia sebagai pentadbir. Akan tetapi mampukah mereka berbangga apabila kita memperinci, menyelidik dan memperhalusi kunci kira-kira negara secara telus dan jujur?

Kali ini Kepala Taik mengambil contoh rakyat Monaco pula sebagai yang terpuji sambil rakyat tempatan dikeji. Beberapa bulan lalu ia memuji penduduk Luxembourge dan Switzerland sebagai rajin dan berpendapatan tinggi berbanding orang Malaysia yang tidak bersungguh serta cepat bersyukur. Sementara itu kita tidak pernah lupa bagaimana selama ini ia memuja-muji kerajinan dan ketekunan masyarakat Jepun sehingga ditirunya menjadi Dasar Pandang ke Timur. Akhirnya kita terbelenggu dengan kereta proton yang menanti mati dengan AFTA yang semakin hampir. Apa sudah jadi kepada PERWAJA yang juga dicedoknya dari Jepun? MSC pula bagaimana? Sejarah akan akhirnya menghukum salahurus yang dibuat Mahathir ke atas negara ini. Buku Enshitclopedia yang dikeluarkan oleh pengkagumnya tidak mungkin mampu menutup kegagalan 22 tahun menerajui Malaysia.

Isu Pusat pemotongan babi di Rawang adalah bukti jelas bagaimana pemimpin Umno begitu rakus, tidak prihatin, penyeleweng tanggungjawab dan angkuh. Skandal yang dibongkarkan oleh akhbar Berita Harian bertarikh 8 September 2003 itu memang suatu yang harus dipuji. Memang itulah fungsi mereka yang sebenarnya dengan mendedahkan penyelewengan dan menyebarkan pengetahuan kepada pembaca.

Tuduhan melulu Mahathir betapa rakyat menentang pembinaan insinerator dan Pusat pemotongan babi itu tanpa memikirkan manfaat jangka panjang amatlah dangkal dan begitu dikesali keluar dari mulut seorang yang Umno mahukan ia digelar Bapa Pembangunan Global. Kita tidak membantah malah menyokong sekiranya  ia dikaruniakan gelaran Bapa Pembangunan Goblok! Apakah Kepala Taik kira rakyat mesti menerima apa sahaja yang dibuat kerajaan tanpa bantahan dan teguran? Apa dia fikir setiap pembangunan dan projek yang dibuatnya bersumberkan wang mak bapaknya? Sebenarnya kerana sikap tidak apa dan menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan negaralah yang menyebabkan kita kini terus bergelut dalam ketidak-tentuan ekonomi dan masa depan yang suram.

Wujudnya Putarjaya, KLCC, Menara KL dan pelbagai projek monumental lain bukanlah untuk manfaat jangka panjang sangat. Ia lebih kepada keuntungan dalam pengagihan wang negara dan rakyat kepada pihak-pihak tertentu. Dan tentu sahaja mereka yang rapat pula dengan sang pemerintah. Budaya Kollusi, Kronisma dan Nepotisma itulah yang telah menjuruskan kepada permasalahan ekonomi yang besar dalam negara. Kesalahan George Soros terlalu kecil jika dibandingkan dengan salahurus oleh Mahathir Boros! Lagi pun memang kerjanya si Soros untuk membuat wang. Yang pelik kenapa Mahathir mencipta ruang supaya isi khazanah negara disauk orang terbang menghilang?!

Mahathir sKT tidak boleh semudah itu menjual temberang supaya kita menerima sahaja apa yang telah dibuat kerajaan Negeri Selangor dalam projek bernilai RM30 juta itu. Kata Kepala Taik, tentu sahaja kerajaan Selangor di bawah Khir Toyo telah mengkaji dengan mendalam akan projek itu adalah suatu pendapat yang sungguh memalukan. Memalukan kerana ia adalah seorang PM dan juga seorang yang berlatarbelakangkan pendidikan kesihatan. Ke manakah perginya idealisme dan naluri seorang doktor kesihatan yang begitu sensitif dengan alam persekitaran dan pencemaran? Apakah kekayaan dan manfaat duniawi yang diperoleh sebagai Perdana Menteri telah menumpulkan jati dirinya?

Dalam kes Pusat Pemotongan babi di Rawang itu memang jelas terdapat penipuan dalam pembinaannya berbanding dengan janji manis yang diberi semasa memohon kelulusan pembinaannya. Kolam sisa yang dibina tanpa teknologi anti-telap dan binaan simen seperti yang didedahkan akhbar Berita Harian itu memang suatu penyelewengan yang dahsyat dan mesti dihukum kesalahan itu dengan keras sebagai pengajaran kepada yang lain. Pihak syarikat telah menipu JAS dengan modul dan sistem yang didakwa tidak mencemari alam sekitar. Akan tetapi tinjauan yang dilakukan telah membuktikan pembinaan yang sebaliknya. Kenapakah rakyat menentang? Persoalan ini seharusnya diteliti oleh Musibat Tua itu!

Pusat Pemotongan babi itu terletak hanyalah suku batu dari Sungai Sembah yang merupakan sumber air bersih loji penapisan air bagi penduduk di Lembah Kelang dan Selangor!! Sejenak kita merenung apa yang telah terjadi kepada sungai-sungai di Negeri Sembilan yang satu ketika mempunyai bilangan babi melebihi jumlah rakyatnya. Anda boleh menyusuri Sungai-sungai yang tercemar teruk oleh sisa najis babi. Dengan sistem longkang, perparitan dan kolam yang tidak menepati piawai yang sepatutnya, ia akan mengundang musibah yang bukan kecil dan sedikit terhadap alam sekitar dan penduduk Selangor dan Lembah Kelang! Begitu juga yang berlaku di Pulau Pinang seperti Sungai Kereh, Sungai Juru dan Sungai Perai. Sungai Sepang di lembah Kelang telah dianggap mati dengan sisa industri ternakan babi dengan pelbagai logam berat oleh jenis pemakanannya seperti cadmium dan zink serta juga pelbagai parasit cacing.

Begitu jugalah penentangan rakyat terhadap pembinaan insinerator yang dirancang di kawasan Broga setelah dibantah penduduk di tapak asal berhampiran Puchong! Sehingga hari ini kerajaan terus bersikap sombong, angkuh dan serba tahu dengan mempertahankan juga pembinaan insinerator yang memang amat berbahaya dengan pencemaran alam. Sebatian dioksin yang diemisikan oleh loji itu dan juga abu pembakaran adalah satu malapetaka yang amat besar kepada rakyat negara ini khususnya penduduk yang berhampiran. Ia bukan sekadar rakyat menolak projek untuk manfaat masa depan atau bagi menangani masalah sampah yang membesar itu. Ia adalah isu kesihatan dan pencemaran yang bakal merosakkan generasi depan dan memusnahkan alam sekitar!

Cubalah Kepala Taik mencari dalam internet tentang laman web yang memperkatakan masalah insinerator. Dalam Japan Times pun ada, begitu juga website bebas di Eropah! Atau Mahathir kembali menyelak artikel yang dihantar saudara Ronnie Liu pemimpin muda DAP! Kata kunci dalam masalah insinerator ialah emisi dioksin, pencemaran ke dalam rantai makanan dan tiada paras yang selamat yang dibenarkan. Sifat sebatian itu yang bagai hormone anti-oestrogen telah menyebabkan berbagai penyakit barah, masalah genetik dan kecacatan kepada bayi yang baru lahir. Apakah itu yang Mahathir mahu generasi depan tanggung dek kerana ‘manfaat masa depan’ yang dijanjikan oleh PM hari ini??

Kenapakah kerajaan tidak mengambil-kira pandangan dan juga saranan pihak pembangkang agar menggunakan kaedah lain dalam soal pelupusan sampah dan menguatkuasakan kaedah kitar semula, pengkomposan dan pencegahan bahan yang mengandungi sebatian Klorin? Apakah kaedah itu tidak memberi manfaat kepada generasi depan?

Pada kita, penentangan rakyat terhadap gagasan dan apa juga projek yang cuba diketengahkan ke dalam masyarakat dengan alasan Saintifik dan sebagainya harus dilayan dengan baik. Malah perencanaan pihak berkuasa mesti bersandar kepada fakta sejarah, pengalaman negara jiran, buruk-baiknya dari segi ekonomi dan sosialnya harus diambil-kira. Inilah yang perlu dibahas dan dibentangkan di Parlimen. Ini jugalah konsep yang terhapus dalam penghayatan demokrasi negara dalam era Mahathir Kepala Taik. Apakah zaman Abdullah nanti membawa satu perubahan yang drastik dan membina? Tak tahu lah. Tunggu sehingga setahun ia menjadi Perdana Menteri dan setelah Mahathir berambus pergi.

Sekalung tahniah dan pujian harus diberi kepada rakyat, NGO dan penerbitan makalah seperti Utusan Pengguna yang sentiasa menyedarkan rakyat dan mengulas apa yang berlaku sebalik tabir. Tahniah juga kepada Berita Harian yang menyiarkan rencana itu atas kesedaran dan tanggungjawab. Jika ia bermatlamat lain, itu dia punya fasallah. Sekurang-kurangnya orang Selangor dan Wilayah Persekutuan tahu apa yang bakal menimpa mereka jika Pusat itu diteruskan juga. Takkanlah mereka nak berlumba dengan rakyat Singapura dengan NEWater dan mereka pula dengan BABwater??

Inilah peluang kita menolak rejim dalam pilihan raya umum akan datang yang sememangnya sungguh haprak dan tidak boleh dibaik-pulih lagi walau bertukar Kepala Taiknya.

Dr. Nologareng - 29.09.2003 (suntingan M@RHAEN)

Artikel berkaitan sebagai penghormatan kepada si Kepala Taik:
Harun Rashid: Mahathir Si Kepala Taik
Dr. Nologareng: Toleransi Ala-Kepala Taik
Dr. Nologareng: Jaga-jaga Pak Lah, "I'll Be There," kata Madet!


Tapak Cerminan M@RHAEN https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~ .
Click Here!