NEWater untuk Singapura, BABwater untuk Selangor
Apa dia….? Hmm Malaysia Boleh!!
Oleh Dr Nologareng
 

Alangkah sedihnya bangsa dan negara ini apabila mereka yang sepatutnya menunaikan amanah telah curang dan mendahulukan kepentingan peribadi. Seandainya pemimpin Melayu Selangor yang memenuhi Dewan negeri menjalankan tugas hakiki mereka dan Pegawai JAS saksama dan tegas, tentu sahaja tidak terbina Pusat Pemotongan babi di Rawang yang hanya kira-kira suku kilometer dari Sungai Sembah yang merupakan tributri kepada Sungai Selangor yang menjadi punca air bersih kepada rakyat yang diperintah Sultan yang kini bermain mata dengan seorang bekas ratu itu.

Empangan Klang Gate kini hanya menjadi sejarah kerana ia tidak lagi dapat menyumbang sebagai pembetung air bersih kerana sungai di hulunya sudah tercemar oleh mendakan tanah dan enap-cemar oleh pembalakan yang tidak terkawal. Apakah loji penapisan air di kawasan sepanjang Sungai Selangor akan ditimpa malang yang sama apabila Pusat Pemotongan babi yang industrinya hanya menyumbang pendapatan RM67 juta itu beroperasi sepenuhnya Disember ini? Pembinaan Pusat itu ternyata untuk keuntungan besar beberapa individu Cina sahaja dengan memperjudikan nasib rakyat pelbagai kaum termasuklah Sultan Selangor sendiri!

Kenapakah kita membantah dan menentang pembinaan pusat itu? Apakah kerana kita tidak memandang masa depan atau mahukan manfaat jangka panjang seperti dakwa Mahathir yang sesat itu? Apakah kita ini anti-establishment atau mundur ke belakang? Jawabnya TIDAK!

Terdapat banyak rencana dan juga hasil kajian para ilmuan universiti tempatan yang sesetengahnya Profesor yang membuktikan secara saintifik akan bahayanya industri babi ini. Ia juga menerangkan kenapa Singapura mengharamkan terus industri itu dalam negaranya sehinggakan ramai pengusaha dari sana berduyun-duyun datang melabur ke Malaysia. Negeri sembilan adalah satu destinasi yang sungguh popular bagi pelabur industri babi  sebelum wabak Nipah Virus tempoh hari!

Penternak babi memberi pemakanan yang mengandungi logam berat seperti zink dan Kadmium untuk menguatkan tulangnya. Manakala secara semula jadinya babi menjadi perumah kepada pelbagai parasit helmiintik yang cukup berbahaya kepada manusia. Lantaran itu pemprosesan binatang ini mengundang pencemaran yang cukup tinggi kepada sistem pengairan. Telah dicatatkan bagaimana kadar pencemaran sungai yang tinggi telah menyebabkan sesetengah sungai dianggap mati kerana airnya tidak lagi boleh diguna-pakai. Sebatang sungai di Tasik Gelugor Seberang Perai langsung tidak boleh diguna airnya lantaran pencemaran najis babi. Begitu juga nasib yang menimpa beberapa sungai di Negeri Sembilan dan juga Sungai …..  di Selangor.

Hari ini akhbar menyiarkan berita bahawa Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pelaburan dan Perindustrian, Datuk Tang See Hang telah memberi jaminan bahawa Pusat Pemotongan babi itu tidak akan mencemarkan Empangan air bersih. Jaminan itu melibatkan kerajaan negeri di bawah Khir Toyo dan juga syarikat pengendalinya, Tip Top Meat Sdn Bhd. Pusat berkenaan didakwa dilengkapi kolam rawatan sisa yang merawat sisa sehingga tidak mengandungi bahan berbahaya sebelum disalurkan ke kolam takungan. Malah akhbar turut menyiarkan dakwaan Datuk Tang See Hang yang Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan dan Saliran mengesahkan tiada air kumbahan keluar dari premis dan syarikat itu juga sudah memberi jaminan tidak akan membiarkan walau setitik air kumbahan mencemari empangan.

Soal pokok yang sering menghantui kita ialah kegagalan kerajaan rejim Umno menepati janji selama ini. Yang keduanya ialah, apakah janji syarikat pengendalinya suatu yang boleh dipegang? Yang ketiganya apakah kerajaan negeri benar-benar mampu memantau pengendalian bahan sisa pemprosesan di pusat itu?

Satu ketika dahulu semasa di awal penubuhan syarikat Proton, kepala taik telah berjanji untuk memastikan kejayaan projek kereta nasional itu dengan harganya yang murah dan bermutu tinggi. Apa sudah jadi kini dengan harga Waja yang melambung tinggi dan mutunya yang sering kopak sana sini? Kenapakah model Wira masih lagi dikeluarkan dengan teknologi yang serba usang? Jika boleh kita mahu tahu, janji Mahathir bedebah tentang isu PERWAJA yang cuba diperamnya itu. Apa akan jadi kepada penjenayah rakan akomplis Mahathir, si Eric Chia dalam kes penipuan PERWAJA? Malah Mahathir sKT juga berjanji untuk memartabatkan Bahasa Malaysia. Apa sudah jadi kini apabila ia dihina dengan melaksanakan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa Ilmu?

Malah janji besar rejim UmnoBn dalam pilihanraya ‘Tradisi Membela rakyat’ sudah dikartunkan oleh rakyat yang sensitif sebagai ‘Tradisi Membelakangkan rakyat’. Apakah ianya satu fitnah liar? Apakah ejekan yang dibuat rakyat itu tiada asasnya?

Memang benar bagaimana kerajaan yang angkuh ini sering sahaja membelakangkan rakyat. Malah manifesto hanyalah sebagai umpan sahaja. Bertemankan RM50, sekampit beras dan sehelai kain pelikat ianya begitu berkesan sedikit masa dahulu. Kini taktik itu sudah tidak menjadi lagi. Apabila kerajaan ini sering sangat tidak menepati janji, mungkir dan menjadikan rakyat seumpama hamba tebusan, ia sengaja menempah kehancuran. Rakyat tidak lagi mempercayai mereka.

Begitu juga janji yang dibuat tentang Pusat Pemotongan babi itu. Kita amat yakin dan percaya betapa ianya hanya akan tinggal janji sahaja. Selepas itu mereka akan lepas tangan. Apa yang dibuat kini adalah ibarat melepaskan kentut semasa perut sedang bergolak. Tidak lebih dari itu. Ianya hanyalah ulangan cerita apa yang selama ini telah berlaku semasa Mahathir memerintah negara. Perhatikan janji-janji semasa IWK ditubuhkan? Bagaimana pula tentang BERNAS yang wujud daripada pemansuhan LPN yang kini dikuasai TS Mukhtar Al Bukhary?

Memang sudah menjadi tradisi kerajaan Persekutuan dan negeri yang dikuasai UmnoBN hanya pandai berjanji tanpa ikatan untuk menunaikannya. Jika tidak pun mereka akan menuding orang lain sebagai puncanya. Atau mereka akan mereka pelbagai isu sebagai alih-tumpuan. Kita sentuh sedikit soal air yang dikatakan sebagai keruh dan kotor di Kelantan sebagai bukti ketidakcekapan kerjaan PAS memerintah. Apa pula hujah mereka apabila penulis rakyat, MT mengungkit kekeruhan air yang berlaku di kawasan Lembah Kelang seperti di TTDI, Damansara, Bangsar dan sebagainya? Apa hujah yang rejim ini mahu temberangkan apabila melihat balang penapis air yang kuning coklat bebenang putihnya itu? Salah pentadbiran PAS di Kelantan kah?? Hehe…merapu betoi PM!

Jadi bolehkah kita kali ini memegang janji kerajaan Selangor dan JAS? Apakah jaminan yang diberi syarikat pengendali yang digaul bersama dengan jaminan PM yang katanya demi manfaat masa depan itu boleh dipegang laksana lembu dengan tali hidungnya?

Kalau rakyat Selangor nak seiring maju dengan rakyat Singapura yang bakal menggunakan NEWater, silakanlah…….

Tradisi Membela Rakyat konon………

Dr. Nologareng - 30.09.2003 (suntingan M@RHAEN)


Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~ .
Click Here!