Kes Jackie Chan: Malaysia Yang Merapu
Oleh Dr Nologareng
 

Kelmarin akhbar telah menyiarkan berita bagaimana seorang penyangak Kongsi Gelap yang juga bekas Ketua Cawangan MCA, Ong King Ee @ Jackie Chan telah ditahan buang daerah Pusat Tahanan Khas Simpang Renggam Johor untuk selama dua tahun. Ini adalah merupakan kali kedua beliau ditahan tempat yang sama setelah dibebaskan oleh Presiden MCA sekarang Ong Ka Ting yang merupakan Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu pada tahun 1993 kerana kesalahan mengedar dadah.

Untuk seketika rakyat Pulau Pinang akan merasa agak aman dengan hukuman yang dikenakan ke atas penjenayah berprofil tinggi itu. Kita katakan demikian kerana cara penahanannya dua bulan lalu di Kuala Lumpur begitu bagak seperti mana cerita filem Hollywood. Waimanya beliau adalah seorang penjenayah seperti mana Botak Chin atau Bentung Kali

Kita telah pun diberitahu tentang senarai jenayahnya yang sungguh panjang yang melibatkan pembunuhan, samun, mengugut dan sebagainya. Dan yang anehnya ini bukanlah suatu yang terasing, malah Jutawan syarikat Farlim juga adalah merupakan seorang Ketua Kongsi Gelap. Begitu juga dengan TS Lim Kok Ping yang merupakan ketua kumpulan samseng ‘Pheh’. Malah beliau pernah tertangkap pada tahun 80an semasa majlis rahsia pertubuhan haramnya yang kemudiannya telah diselesaikan secara berhemah. Hanya beberapa ahli kecilnya ditahan dan dibicarakan, manakala beliau sendiri terlepas tanpa tindakan! (CKChew: Triad dan MCA: Dakwaan Mahathir Bohong Semata-mata)

Ini jugalah budaya yang ditunjukkan dalam kes Jackie Chan. Kenapa agaknya? Mari kita lihat kes yang melibatkan pembunuhan kejam seorang DUN Pahang yang mayatnya dikerat 18 belas. Mona Fandey berserta suaminya telah mengarahkan si Juraimi membunuh Datuk Mazlan. Akhirnya secara perbicaraan, ketiga-tiganya didapati bersalah dan telah pun dihukum mati mandatori. Kenapa dalam kes Jackie Chan ianya tidak terjadi demikian? Kita tahu Jackie yang mengarah anak buahnya yang melakukan pembunuhan secara terbuka dalam satu majlis kahwin di Sungai Patani, kenapa tiada perbicaraan yang sebenarnya? Jika dikira Jackie Chan lebih ganas dan berbahaya sehingga sanggup menanam hidup-hidup ahli yang mahu mengundurkan diri!! Kenapa agaknya ia dibuang daerah sahaja? Apakah kerana kepentingan pengaruh samseng ke atas masyarakat Cina (parti MCA & Gerakan) dalam pilihan raya ataukah tiada bahan buktinya?

Perhatikan juga apa yang telah dilakukan terhadap kes Anwar Ibrahim yang dianyam sedemikian rupa sehingga tempat dan tilam yang tiada diada-adakan siap dengan palitan air kemaluan dan bahan DNA nya! Malah saksi juga boleh dilatih dan dicipta aturcara kejadiannya. Keterangan yang bolak-balik serta bercanggah dan boleh dibuang kes serta ditolak kesaksian dengan senang hati diterima pakai oleh Hakim sebagai bukti. Dalam kes ini tentu sahaja ia melibatkan Hakim Beruk! Bukanlah seperti Allahyarham Hakim Harun Hashim yang terbilang itu. Augustine Paul dan Arifin Jaka serta beberapa orang lainnya itu memang bertaraf beruk sahaja penghakiman mereka. Sesuailah dengan undang-undang rimba dan Mahkamah kangaroo yang dikendali mereka.

Kenapa Jackie Chan tidak ditahan di bawah ISA memang satu persoalan yang menarik sekali. Beliau memang seorang yang berbahaya dan zalim. Jika tidak takkan lah bedebah itu mengetuai pertubuhan Sio Sam Ong @ ‘Tiga Maharaja Kenit’. Malah struktur organisasi pertubuhan nya memang jelas ujud dan punya senarai keahlian. Kenapakah kesemua mereka tidak diheret dengan ISA untuk diperam di Kamunting bagi menghancurkan organisasi haram itu? Kenapa pula wirawan bangsa dan Agama seperti penjihad di Afghanistan dijadikan mangsa untuk disumbat kerana kononnya menganggotai KMM yang direka oleh Raja Pasemboor? Sepatutnya mereka dianugerahi pangkat gelaran serta penghormatan kerana menaikkan martabat bangsa dan negara. Akan tetapi dalam negara Bolehland ini penyangak seperti Tan Hock Lau yang dibunuh di Jalan Imbi dianugerahi Datuk. Tidakkah kita menyedari berapa ramai Datuk dan Tan Sri yang ada dalam negara hanyalah manusia haprak dan kaki penyangak?

Ketua Puteri Umno, Azalina Othman yang bapanya dahulu terlibat dengan rasuah dalam Risda juga dianugerahi Datuk. Apakah gelaran bagi politikus perogol bersiri yang masyhur? Siapakah TS Eric Chia jika bukan rakan akomplis Mahathir dalam penyelewengan PERWAJA? Siapa TS Vincent Tan jika bukan kroni Mahathir yang merugikan bilionan RM dalam IWK dan projek Monorail? Siapakah pula DS Rafidah Aziz yang telah Mahathir peramkan fail rasuahnya?

Satu fakta yang diketahui umum, gelaran Datuk dalam negara sudah menjadi barang komoditi antara pemimpin Umno dan golongan istana. Ada yang dibeli dengan harga puluhan ribu, malah ada yang berharga ratusan ribu. Kenapakah ianya penting? Kerana dengan adanya gelaran itu, langkah mereka untuk berbuat makar dan menjadi penyangak terbuka luas. Malah Raja Penyangak juga bergelar Datuk Seri. Lebih dahsyat apabila ia dianugerahi juga pelbagai Darjah Kerabat Istana DK kelas pertama. Yang terkini ialah dari Paduka Sultan Selangor yang sedang mabuk cinta dengan seorang wanita serani bekas ratu.

Berbalik kepada kes Jackie Chan, ia seolah-olah menggambarkan kewujudan dua set pendekatan undang-undang jenayah. Satu untuk marhaen pelbagai bangsa dan satu set lagi untuk kumpulan Brahmin serta suku-sakat dan kroninya. Pengamalan beginilah yang menjatuhkan martabat negara sekali gus membiakkan kumpulan haram dan kongsi gelap asal sahaja mereka berbaiah dengan pemimpin parti pemerintah. Ini menerangkan betapa subur dan berkembangnya kumpulan samseng di Malaysia seperti Sio Sam Ong, Pheh, 014, Pekida dan beberapa kumpulan Hindu serta PKPM yang telah gagal Mahathir gunakan untuk melumpuhkan kem Abdullah Badawi!

Mungkinkah sekiranya Jackie Chan berada di kandang tertuduh dalam mahkamah, akan terdedah lebih banyak keburukan dan menyeret lebih ramai pemimpin di kalangan parti Cina dalam BN? Serba mungkin, bukan?

UMNO/BN: Tradisi Membela Samseng, Penjenayah dan Pembunuh………

Dr. Nologareng - 01.10.2003 (suntingan M@RHAEN)


Mulai sekarang anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN:
Tapak Utama: http://marhaen.internations.net
Tapak Utama versi baru: http://marhaen1.web1000.com
Portal sokongan interaktif & mesra-pengguna: http://marhaen.portal.dk3.com/
Blog kembaran M@RHAEN (GOBLOK) 1: http://goblok.blog-city.com/
Blog kembaran M@RHAEN (BLOGKU) 2: http://blogku.dk3.com/
Selain itu, anda boleh terus melayari Laman M@RHAEN di tapak-tapak sokongan/cerminan asal.
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~ .
Click Here!