Mahathir: Dahsyat Punya Kepala Taik
Oleh Dr Nologareng
 

Memang tiada siapa yang dapat mengatasi keunggulannya di Malaysia, bahkan mungkin di seluruh dunia juga. Dia terlalu terbilang hapraknya dan berada dalam kelasnya yang tersendiri. Jika ada pun menyainginya, ramai dari mereka yang sudah kecundang ditendang rakyat yang meradang atau sudah mati meninggalkan tulang. Hanya nama sahaja yang membezakan mereka, akan tetapi karenah, kerakusan dan corak pentadbirannya sama. Jika di Afrika ia bernama Idi Amin, Mugabe atau Siad Barre. Timur Tengah pula membawa nama Saddam Hussein dan Hafez Al Assad. Eropah terkenal dengan Hitler, Mussolini dan Tito. Amerika Latin pula dengan Castro, Carlos Menem dan sebagainya.

Asia juga tidak ketinggalan dengan nama-nama seperti Soeharto, Marcos, Junta Burma, Kim Jong Il Korea Selatan. Akan tetapi mereka tidak mampu menandingi kehebatan PM kita yang terkenal dengan gelaran Kepala Taik. Pendekatannya jauh lebih licik, ampuh bak gunting dalam lipatan sahaja gelagatnya. Tidak memakan darah yang ramai seperti di Somalia, Indonesia, Korea mahupun Argentina. Namun sepanjang 22 tahun pemerintahannya ia telah berjaya menjahanamkan negara dan bangsa.

Sebut sahajalah apa bidangnya! Mahathir sKT telah berjaya mencacat, menjahanam serta menjatuhkan martabatnya. Parlimen yang unggul itu ditukarnya menjadi Dewan Rubber Stamp saja. PDRM menjadi militia Umno. Mahkamah mengikut jenis kes dan siapa yang tertuduh, jika golongan kaya dan berkuasa perundangan menjadi serba mudah dan mesra. Hakim ditukar menjadi seperti beruk rimba. Anggota polis menjadi seperti anjing yang galak mengikut telunjuk tuannya memungut tulang yang dilontarkan. Sebagai Raja Penyangak, kebanyakan menteri dan anggota kabinetnya tentu sahaja mempunyai fikrah yang serupa. Jika kepala ikan membusuk, takkanlah badan dan ekornya boleh bertahan untuk kekal segar?

Jika bukan penyangak dan penyamun harta rakyat, apakah gelaran yang patut diberi kepada Rafidah Aziz kerana menyelewengkan peruntukan saham bumiputera untuk anak menantu sendiri? Bagaimana pulak Aziz Samsudin yang bersembunyi di sebalik tender makmal komputer? Najib pula kenyang melalui tender dan pembekalan peralatan tentera. Shahidan Kassim melalui monopoli beras yang kini telah dijual kepada TS Mukhtar Al- Bukhary. Abdullah dengan Kamaludinnya. Wajar atau tidak Mahathir digelar Raja Penyangak dengan hartanya yang dipegang oleh proksi seperti Ananda Krishnan, Vincent Tan dan Ting Phek Khiing serta pelbagai individu lain!?

Kini bedebah itu terpaksa mengundurkan diri walaupun terasa berat di hati, memandangkan kemewahan yang dinikmati selama ini. Mengikut akujanji yang dibuat dalam perhimpunan parti dan disaksi dalam kaca TV, 31 Oktober ini berakhirlah tugasnya sebagai Perdana Menteri. Sama ada ia benar-benar mahu berambus pergi atau sekadar membuat janji, adalah satu topik yang lain pula.

Kita tidak pasti apakah benar-benar jujur segala rancangan TV dan ruangan akhbar yang mengucapkan terima kasih serta memuji tinggi akan Mahathir yang rakyat marhaen julang sebagai Kepala Taik itu. Mungkin ada benarnya, ia adalah gerakan kem Abdullah menggunakan proksi melancarkan acara media ‘Selamat berambus pergi- jangan bertangguh’ kepada Mahathir sKT. Ini barangkali gerakan psikologi yang amat berkesan sehinggakan Mahathir bertegas di Monaco bahawa ia akan berundur pada 31 Oktober ini. Apa pun, kita tidak patut melupakan kuasa prerogatif seorang Perdana Menteri yang mampu membuatkan Abdullah gigit jari.

Dua hari lepas Mahathir memberi sidang akhbar tentang pentadbiran rejim dan cerita peribadi serta keluarganya. Jelas kepada kita Mahathir sKT masih lagi dihantui kezaliman yang dibuatnya terhadap DS Anwar Ibrahim. Jika tidak, masakan ia perlu mengulang lagi cerita bohongnya yang kononnya Anwar terlibat dengan sodomi? Jika benar bedebah tua itu punya bukti, kenapa bersembunyi di bawah jubah Hakim beruk peliharaannya sahaja? Kenapa bertemberang tentang polis bebas menjalankan tugas mereka dan ia tidak berkuasa mengarah mereka sedang rakyat tahu cerita sebaliknya?

Apabila bedebah itu membela nasib anaknya yang terlungkup dalam urusan bisnes Mat Jenin Konsortium Perkapalan sebagai langkah kerajaan menyelamatkan perniagaan bumiputera, kita hanya mampu menggelengkan kepala. Apa punya barua daa…! Soalnya kenapa berpilih-pilih? Bagaimana pula tentang perniagaan kecil bumiputera yang turut tercedera oleh kejatuhan ekonomi? Mahathir tidak pun menyelamatkan saham Amanah seperti ASJ yang ramai orang Melayu bumiputera terlungkup kerananya! Apa sudah jadi nasib orang Melayu yang tertipu dengan operasi kilang Tongkah di kawasan Seberang Perai yang ditipu tanpa pemotongan EPF dan Perkeso?

Rakyat marhaen menunjukkan kebencian dengan menghumban dan membaling batu ke arah kilang itu sehingga bahagian kaca jatuh berderai! Bayangkan apabila Mahathir sudah berambus pergi dengan tiada kuasa di tangannya. Apakah mungkin ia dihambat oleh Melayu marhaen sebagai membalas dendam? Serba mungkin. Perhatikan apa yang menimpa diktator Soeharto tatkala ia dihayun pergi dengan pertolongan Panglima ABRI, Jeneral Wiranto. Lihat sahaja kehidupan anak pinaknya yang bagai berada dalam penjara walau di keliling kemewahan dan kesenangan dunia.

Itulah kenyataan yang amat ditakuti Mahathir  sKT! Dan itulah yang bakal menantinya seisi keluarga atas kezaliman, pengkhianatan dan kekejaman yang ia lakukan ke atas bangsa Melayu dan negara secara amnya.

Kita amat tertarik dengan artikel MT yang menyentuh cerita sebalik tabir dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. (Marhaintua: Kerajaan Mahathir Manjakan Peniaga Cina Haprak!) Sudah terang lagi bersuluh yang dasar itu adalah dorongan bagi ia membantu kelompok Cina opportunis yang ramai darinya adalah penggiat MCA dan Gerakan dalam BN. Bukanlah untuk kepentingan penguasaan ilmu sangat pun! Memang logik pun, ilmu lebih mudah diajar dalam Bahasa ibunda, jika tidak masakan masyarakat Cina mempertahankan bahasa mereka untuk mengajar ilmu! Apabila Menteri Pendidikan TS Musa MH (Mangkuk Hayun) mendakwa yang kajian menunjukkan tahap penguasaan Sains dan Matematik semakin meningkat beberapa ketika lalu, ia mencabar kita untuk turut menyiasat perkara ini.

Kita terus menghubungi rakan taulan dan sahabat handai yang mempunyai anak atau keponakan di Sekolah-sekolah unggul yang ramai anak-anak Melayu dalam negara. Untuk itu, sasaran kita tentu sahaja MRSM, Sekolah Berasrama Penuh dan Kolej-kolej terkenal seperti MCKK, KTK dan sebagainya. Apakah agaknya keputusan peperiksaan mereka yang baru lalu terutamanya bagi dua subjek teras itu?

Saya mahu mengambil contoh pelajar Melayu di MRSM Trans Krian Seberang Perai. Maklumat ini diperolehi daripada seorang rakan. Ramai daripada mereka yang memperolehi 5A dalam UPSR telah memperolehi markah rendah dalam ujian Matematik. Antara markah tertinggi ialah 70%. Ramai yang menggondol markah di bawah 60% dalam ujian tersebut. Macam mana nak cakap sekarang? Ini bukannya sekolah kampung setinggan, bukan juga sekolah Menengah Kebangsaan Lahar Yooi. Di sini lah berkumpulnya anak Melayu yang pintar dan cerdas- terbukti dengan keputusan UPSR mereka! (Diharap Edisi Siasat NTV7 segera menyiasat demi kepentingan negara!)

Kita mencabar pihak kementerian melalui Menterinya yang korup semasa di USM dahulu, supaya memperincikan keseluruhan kajian itu dibuat! Berikan nama sekolah dan tempatnya. Jika boleh kita ingin menyoal, apakah ia boleh dimajmukkan kepada seluruh sekolah dalam negara kerana kita tahu beberapa faktor hambatan yang mencalari dasar itu. Kajian yang dibuat menyatakan hanya sekitar 15 peratus guru sekolah rendah yang fasih berbahasa Inggeris, manakala sekolah menengah pula hanya sekitar 60 peratus.

Anda jangan terkejut bagaimana akhir-akhir ini keputusan peperiksaan telah dipolitikkan sedemikian rupa. Beberapa insiden telah menunjukkan bagaimana Pegawai Pendidikan telah diarah untuk mengubah petunjuk graf bagi memperolehi keputusan yang cantik! Lalu nama Musa akan terjungkit!

Berbalik kita kepada Raja Penyangak si Kepala Taik, Mahathir juga menggunakan pendekatan demikian dalam petunjuk ekonomi negara. Lalu disorongnya lah Zeti Aziz untuk bertemberang bagi pihaknya dengan hujah dan graf menarik. Ianya adalah gerakan menipu dan mengkhianati negara. Jika bukan dengan berhutang, bagaimana mungkin negara keluar dari henyakan kemelesetan ekonomi gara-gara keborosan pemimpin berhati Syaitan? Memang benar ia tidak berhutang dengan IMF atau bank Dunia. Bagaimana pula dengan bon yang dijaja oleh Solomon, Barney and Smith bagi pihak Malaysia? Bon yang dikeluarkan Petronas adalah mutlak di bawah cengkamannya. Bagaimana pula dengan siri pinjaman mudah dari Jepun yang katanya rendah bunganya serta mudah? Bukankah itu hutang luar?!!

Itu belum diambil-kira dengan pinjaman dalam negara melalui sindiket Perbankan. Malah cara itu adalah lebih menghenyak dan meranapkan ekonomi negara kerana kadar bunganya yang jauh lebih tinggi. Hanya untuk menjaga ego, Mahathir bedebah telah memilih jalan pendekatan ekonomi yang penuh kontroversial yang bakal mengkaputkan pentadbiran Abdullah. Bagaimana agaknya Abdullah mahu meneruskan ‘kejayaan’ rentak pentadbiran Mahathir yang telah meninggalkan hutang yang menimbun itu?

Mahathir sering memperlekehkan pendekatan negara jiran yang meminjam dari IMF dengan merujuk kepada Indonesia. Akan tetapi Mahathir terlupa mengulas betapa struktur ekonomi kita dengan mereka jauh berbeza. Namun petunjuk ekonomi yang dikeluarkan menunjukkan kedudukan yang jauh lebih sihat setelah pengamalan KKN zaman Soeharto dilupuskan. Itulah sebenarnya yang dibimbangi Mahathir bedebah. Ia takut penguasaannya ke atas ekonomi Malaysia melalui proksinya akan tergugat jika negara menjadi pasaran terbuka. Lihat pula bagaimana ekonomi Korea Selatan terus memacu naik sehinggakan syarikat NAZA menculik MPV Kia Carnival sebagai buatannya dan mendakwa bikinan nasional!! Negara itu yang meminjam daripada luar telah berjaya melunaskan hutangnya dengan cepat apabila kepimpinan bertukar dengan mengikis pengamalan perniagaan kotor nepotisme sebagaimana yang diamalkan pemimpin negara. Kini Korea sudah kembali bangun dengan bergaya sambil berjaya pula memasuki pasaran Amerika dengan kereta buatannya. Kita tanya sikit kepada Che Det, apa jadi dengan projek proton untuk memasuki pasaran AS? Bagaimana pula yang dieksport ke Eropah?

Dalam masa beberapa hari lagi mahu berhenti dan berambus pergi, sepatutnya Kepala Taik sibuk dengan urusan mengemas barang-barang di Putarjaya supaya tidak dihambat keluar seperti mana nasib yang menimpa Anwar dahulu. Mungkin itu adalah apa yang dilakukan kakitangan kerajaan yang mahu bersara. Perdana Menteri lain pula caranya. Akan tetapi gelagat itu menimbulkan pelbagai persoalan dan telahan. Malah Abdullah juga terkadang makannya mengkelan terlekat di kerongkongan. Memang bijak langkah yang diambil Abdullah untuk lebih berhati-hati dalam tempoh 23 hari ini kerana macam-macam boleh terjadi.

Jika boleh, kita ingin menyoal kenapa semasa Perasmian LIMA yang baru lalu, Abdullah berenggang duduknya dari kerusi Mahathir, dengan Najib pula tersengih di sebelah Kepala Taik? Bukan apa, kita terkenang kepada sambutan kemerdekaan tahun 1998 di Pulau Pinang apabila Mahathir dan Anwar duduk berjauhan dengan ketegangan jelas terbayang. Di sebalik kata janji, dua hari kemudian Anwar ditimpa musibah angkara PM bedebah melalui gerak kerja para jongosnya. Yang lain itu sudah menjadi sejarah yang sekali gus mencelikkan mata rakyat, siapa sebenarnya yang mengkhianati bangsa.

Kita akui memang Mahathir amat licik dan pintar dalam soal membuat onar dan menimbulkan angkara. Namun ia gagal dalam erti kata sebenar dalam membangunkan ekonomi negara dan memacu bangsa ke tahap yang sepatutnya. Tiada erti segala kewujudan bangunan monumental sebegitu jika negara terpaksa menanggung hutang. Itu pendekatan bodoh sombong seperti kata pepatah - Biar papa asal bergaya! Negara akan jauh maju dan beruntung sekiranya pemimpin negara berjimat dan tidak membazir seperti Kepala Taik.

Rakyat akan terkejut beruk dan ahli Parlimen akan terkentut sekiranya Mahathir sKT bentangkan kedudukan kunci kira-kira sebenar negara serta perjalanan kewangan Petronas yang sebenarnya kepada Parlimen. Akan tetapi kita amat pasti, walau pun musibat tua itu sudah mahu berhenti ia pasti akan terus menutup segala pekung dan ruang yang mampu mengheretnya ke kandang pengadilan. Pembohongan sudah menjadi darah dagingnya. Ia sudah tidak tahu lagi membezakan antara salah dan benar kerana ia sudah terlalu lama berkuasa. Baginya, apa sahaja yang dibuatnya mesti diterima rakyat tanpa bantahan dan mesti bersyukur kepadanya. Manakala mereka yang menentang adalah pengkhianat, anti-kemajuan, pengganas, KMM dan sebagainya.

Yang menganehkan ialah apabila ia mengumumkan persaraannya secara drama tahun lalu. Biasanya Diktator tidak memilih jalan itu, mungkin kerana ia Diktator Baik!?

UMNO/BN: Tradisi Membela Samseng, Penjenayah dan Pembunuh………

Dr. Nologareng - 08.10.2003 (suntingan M@RHAEN)


Mulai sekarang anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN:
Tapak Utama:http://marhaen.internations.net
Tapak Utama versi baru: http://marhaen1.web1000.com
Portal sokongan interaktif & mesra-pengguna: http://marhaen.portal.dk3.com/
Blog kembaran M@RHAEN (GOBLOK) 1: http://goblok.blog-city.com/
Blog kembaran M@RHAEN (BLOGKU) 2: http://blogku.dk3.com/
Selain itu, anda boleh terus melayari Laman M@RHAEN di tapak-tapak sokongan/cerminan asal.
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~ .
Click Here!