Banjir: Bantuan Yang Esa Untuk Jatuhkan Umno
Sekali Air Bah, Mungkin Dua Negeri Lagi Di Bawah BN Rebah!
Oleh Dr Nologareng
 

Kadiarq Sikh Fadzir terkenal dalam dunia politik atas beberapa faktor. Yang pertama sebagai pengguna setia Bow tie, Keduanya sebagai Menteri Bollehwood dan yang ketiganya ialah menteri yang merapu cakapnya. Ia terpilih dalam Pilihan Raya Umum tahun 1999 setelah merayu dan menangis bagai manusia tidak bermaruah sehingga berair hidung kepada Kepala Taik. Tentu sahaja orang sebegini amat disukai PM sKT kerana memenuhi kriteria haprak yang menjadi trademark rejimnya.

Setiap menteri kini mesti nampak rajin dan bijak di hadapan rakyat. Mereka juga mesti dilihat bekerja keras untuk negara dan bangsa. Alasannya pilihan raya sudah semakin hampir. Mereka juga akan diberi slot dan peluang tampil di kaca TV untuk menjual temberang. Tak kiralah apa tajuk atau isunya. Yang pasti mereka mesti dinampakkan pada rakyat sebagai seorang yang berwawasan, berpandangan jauh serta tangkas mengulas. Mana-mana menteri tak mahu lepaskan peluang. Kadiarq juga tidak mahu lepaskan peluang yang terhidang. Mereka bagai puntung kayu api di dapur, menjolok dulu kemudian.

Akan tetapi pemimpin yang terlalu sangat berpolitik dan bermusim sahaja mendekati akar umbi bukanlah orang yang berpijak di bumi nyata. Mereka tidak tahu pun apa yang diperlukan oleh konstituens mereka. Kadiarq Sikh adalah salah seorang dari mereka.

Kedah dan lain-lain negeri di Utara semenanjung telah 6 hari dilanda banjir dengan kawasan Kulim Bandar baru antara yang teruk terjejas. Sehingga kini tiada muka pemimpin besar Umno yang datang melawat. Mereka hanya berlegar dengan selesa dalam markas bilik gerakan tanpa turun padang melihat bencana sambil menghulurkan bantuan melalui agensi terbabit. Sikap ini telah mencelikkan mata rakyat sebagai pengundi. Mereka boleh sahaja memberi alasan sibuk dan jadual yang ketat. Akan tetapi dalam memperkatakan soal bencana alam, segala jadual boleh diwakilkan atau ditunda tanpa menjengkelkan pihak penganjur. Ini tidak dibuat mereka. Cukuplah dengan adanya wakil peribadi atau JKKK kawasan terbabit. Akan tetapi hakikat yang berlaku mengundang keparahan kepada pemimpin UmnoBn!

Khabarnya dalam kejadian banjir di Kedah itu, beberapa kejadian telah menyerlahkan kehaprakan pemimpin UmnoBn yang saban hari menyalak merekalah pembela rakyat. Mangsa banjir telah lebih awal dilawati oleh YB Saifudin dan pemimpin PAS tempatan. Manakala JKKK dan barisan pemimpin Umno hanya menjadi penonton dan tidak menggerakkan pertolongan kepada mangsa dalam tahap yang sebenarnya. Apabila ahli parti PAS sanggup menyewa bot dan mengedarkan bantuan makanan serta pakaian dengan tangkas, pemimpin kecil Umno berundur menyusup pergi kerana bontot terasa panas. Ahli Barisan Alternatif membantu dengan cepat bukan kerana mewah atau terlalu banyak peruntukan akan tetapi atas ihsan dan kasih sayang sesama insan.

Satu cerita yang melucukan telah disampaikan berkenaan dengan ADUN Merbau Pulas, YB Hjh Marlia yang telah melawat satu kawasan penempatan sementara seramai 30 orang dengan hanya menghulurkan satu kilogram gula pasir!! Tindakan memalukan itu telah menyebabkan JKKK tempat itu memaki hamun kepada Puan Marlia yang terus angkat kaki.

Beberapa kawasan telah tidak dihubungi selama dua hari yang menyebabkan mereka terputus bekalan makanan. Ada satu kawasan yang bernama Kg Tengah, sekumpulan penduduk seramai 15 orang telah mengikat perut selama dua hari kerana banjir. Nasib baik lah ahli PAS yang meronda menggunakan kenderaan 4WD sendiri telah menemui mereka lalu berpatah balik membeli bekalan beras dan ikan tamban kering.

Hati mereka tersentuh apabila melihat mangsa banjir itu telah siap mendidihkan air menanti beras yang dibawa ahli parti PAS untuk mereka kerana terlalu lapar. Lalu kesemua mangsa menikmati hidangan alakadar itu dengan seleranya seolah-olah makanan itu adalah hidangan lazat yang dihidang di Putarjaya mahupun meja makan anak Perdana Menteri!

Manakala rombongan YB Saifudin yang disertai penggiat dan simpatisan rakyat marhaen telah menyalurkan bantuan secara alakadar sumbangan sesama mereka. Bayangkan apa yang boleh dibuat beliau sekiranya peruntukan ADUN berada dalam tangannya? Yang menimbulkan persoalan ialah ke mana perginya YB Lim dan YB BN yang menjaga peruntukan kawasan Padang Serai dan Lunas? Kenapa mereka tidak pun menyalurkan peruntukan kawasan Parlimen dan DUN itu? Apakah mereka hanya bertumpu membantu ke kawasan pengundi Cina sahaja? Inikah muhibah yang dilaungkan mereka?

Beberapa cerita sedih telah menyerlahkan betapa kerajaan UmnoBn memang tidak layak memerintah negara. Baru banjir sebegitu telah menampakkan betapa teruk dan tidak tersusun pentadbiran mereka. Usahlah bermegah dengan LIMA atau OIC yang 3 hari lagi berlangsung itu! Bukan itu yang orang Melayu mahu. Ianya hanyalah untuk memuaskan nafsu manusia bedebah bernama Mahathir sKT sahaja! Lihatlah nasib orang Melayu Parlimen Padang Serai yang majoriti Melayu dan ahli Umno karat!! Apa yang mereka dapat dari LIMA dalam keadaan habis tenggelam harta benda dan dokumen penting?!

Mari kita lihat pula, bagaimana mereka telah menyenyapkan penderitaan rakyat di Utara dari diketahui oleh penduduk negara dengan mengecilkan berita dan menumpukan kepada LIMA dan cerita tentang Hikayat Kepala Taik. Bukankah lebih baik menyiarkan penderitaan rakyat dari menyiarkan rencana ‘Selamat Berambus Mahathir’ itu?

Mana dia bukti tradisi membela rakyat? Sungguh malang nasib ahli Umno kawasan terbabit apabila ahli PAS yang secara sukarela mengeluarkan duit menyewa bot enjin sangkut untuk membantu mereka. Manakala pemimpin JKKK lari bagai anjing bercawat ekor! Jelas mereka hanya bergerak apabila dilicinkan dengan wang dan habuan. Jauh berbeza sungguh dengan pendekatan Barisan Alternatif yang menumpu kepada bantuan kebajikan. Lihatlah bagaimana tabung Bantuan dalam Harakah sendiri begitu berkesan membantu tanpa mengira bulu- kaum, agama atau pegangan politiknya. Tidak seperti rejim Kepala Taik yang bukan sahaja dengan musuh politiknya, malah sesama ahli yang bercanggah pegangan pun dihentam borong sebagai musuh.

Sehingga hari ini Menteri Bollehwood yang menyauk untung peribadi yang besar bagi setiap acara yang berjalan di bawah Kementeriannya tidak pun menunjukkan batang hidung ke kawasan bencana. Bedebah itu lebih galak untuk mengulas isu penculikan di Sabah sambil menuduh akhbar telah menabur pasir ke dalam usaha kementeriannya untuk menarik pelancong dengan modal negara selamat dan bebas dari bahaya pengganas. Kita juga masih ingat Kadiarq Keling ini pernah mengugut hukum tembak kepada pemandu teksi Kuala Lumpur kerana enggan memasang bendera JJ semasa bulan kemerdekaan. Inilah dia rupa menteri Umno yang menjawati jawatan kabinet Mahathir.
 
Sementara itu MB Perlis, Shahidan Kassim telah bermegah dan cakap besar bagaimana negeri yang diperintahnya terselamat daripada banjir musim ini kerana berkesannya sistem penebat banjir yang dibina sedikit masa dahulu. Ini sekali gus telah menyebabkan PM yang menanti, Abdullah Badawi (jika tak mati) mengarahkan sistem penebat banjir dibina di kawasan yang dilanda bencana sekarang.

Ada orang bertanya kenapa Abdullah hanya melawat secara rambang sahaja dan tidak menyeluruh? Dalam tempoh masa 22 hari ini memang merupakan saat yang sangat genting. Adalah baik untuk Abdullah berjaga-jaga dengan mengelak dari menjadi mangsa sabotaj. Langkah berhati-hati yang diambilnya itu memang harus dipuji. Cuma kita bimbang sekiranya Mahathir sKT menggunakan dalih Dollah tidak stabil dari segi emosi untuk memegang jawatan Perdana Menteri kerana penyakit dia punya bini. Ditakdirkan Hindun pergi, tentu sahaja Mahathir sKT gembira tersengih hingga ke gusi untuk terus menjadi Perdana Menteri. Alasannya, Abdullah tidak stabil ‘emotionally’ sebagai Perdana Menteri.

Apa pun kita hanya percaya janji Mahathir jika pada 1 November 2003, Abdullah ditabalkan sebagai Ketua Eksekutif Negara yang baru. Sebelum tarikh itu, lebih baik diam dan perhati pergolakan yang ditimbulkan proksi mereka sambil berdoa supaya negara tidak menjadi kacau bilau dan tiada pergolakan seperti di negara yang Diktator mahu terus berpaut pada kuasa.

Masihkah kita ingat kisah Somalia, Argentina, Filipina dan Indonesia?

Sekali air bah, mungkin dua negeri lagi di bawah BN rebah!

Dr. Nologareng - 08.10.2003 (suntingan M@RHAEN)


Mulai sekarang anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN:
Tapak Utama:http://marhaen.internations.net
Tapak Utama versi baru: http://marhaen1.web1000.com
Portal sokongan interaktif & mesra-pengguna: http://marhaen.portal.dk3.com/
Blog kembaran M@RHAEN (GOBLOK) 1: http://goblok.blog-city.com/
Blog kembaran M@RHAEN (BLOGKU) 2: http://blogku.dk3.com/
Selain itu, anda boleh terus melayari Laman M@RHAEN di tapak-tapak sokongan/cerminan asal.
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~ .
Click Here!