BI Meningkatkan Ilmu Sains dan Matematik - Satu Pembohongan
Oleh Dr Nologareng
 

Sudah hampir setahun dasar yang dipaksakan ke atas rakyat berjalan walau pun ditentang oleh cendekiawan serta rakyat terbanyak secara terbuka mahupun rahsia. Jika melihat kepada alasan yang diberi memanglah ia suatu yang amat baik dan menyedapkan hati. Siapa yang tidak mahu anaknya menguasai ilmu dengan baik. Akan tetapi fakta yang ada dalam negara menunjukkan yang dasar itu akan kantul akhirnya.

Orang sering bertanya, terkadang dalam bentuk seloroh: Apakah anak Melayu hanya pandai mengira dalam bahasa Inggeris serta memahami Sains dalam Bahasa Orang Putih? Apakah bila disoal guru, Mamat berapakah jumlah 72 dibahagi 9? Si Mamat akan terjuling matanya mencari jawapan. Kemudian apabila disoal dalam BI, Mamat what’s the answer if 82 is divided by 9? Lantas Mamat akan menjerit ‘8 sirrr’?? Apakah itu yang cuba dikhabarkan oleh para menteri terutamanya TS Musa MH (Mangkuk Hayun) yang mempunyai skandal rasuah di USM dahulu?

Beberapa minggu lalu dalam akhbar tempatan, Musa yang naik secara mengejut itu telah menegaskan yang dasar itu telah pun mencatatkan kejayaan yang memberangsangkan tanpa memberi butir-butir kajian atau soal-selidik kepada umum.

Mari kita lihat di manakah bertumpunya pelajar-pelajar bijak anak bangsa. Selain dari sekolah berasrama penuh dan Sekolah Agama berasrama Penuh, MRSM adalah tumpuan anak-anak yang bijak. Kumpulan ini lah yang biasanya diguna sebagai modal menteri kerajaan untuk menyuntik imej mereka. Dalam soal yang terkini ialah penguasaan mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Mengikut perancangan asal, dalam masa lima tahun barulah pengajaran diberi sepenuhnya dalam bahasa penjajah itu. Kenapa pula, tetiba Menteri telah mengatakan yang ia akan dijalankan sepenuhnya tahun hadapan? Apakah hanya kerana setiap kali mereka mengulas dan memuji pencapaian murid yang entah dari mana mereka gagau itu? Kekesalan kita bukannya tidak berasas. Lihat sahajalah pada sistem Bahasa Malaysia baku yang sudah pun dibekukan! Dengan perbelanjaan yang tinggi dan kejayaan yang telah terbukti, kini ia sudah pun dimansuhkan semata-mata kerana Anwar adalah pencetusnya!!

Ada kalangan ahli Umno yang tidak pernah pun menjejak kaki ke Universiti bercakap pandai laksana seorang ilmuan, mengatakan yang rancangan itu cukup baik mengulangi kata-kata PM bagi meningkatkan penguasaan ilmu. Mereka sanggup berhujah semberono walhal semasa zaman persekolahan mereka, keputusan dua mata pelajaran itu sungguh teruk malah ada yang kantul walau diajar dalam Bahasa Malaysia. Cuba bayangkan keputusan peperiksaan mereka jika diajar dalam Bahasa Inggeris?? Tentu sahaja berceracak angka P8 atau F9 kerana mereka juga kantul dalam subjek bahasa itu!

Orang sebegini memang mudah dipergunakan dan amat digemari bapa menteri. Dan inilah kelompok soldadu yang menjadi benteng dan penampan dalam setiap lawatan menteri seperti mana langau yang menghurungi ketulan taik. Kerap kali mereka bersaiz besar, malangnya keunggulan otak mereka tidak selari dengan kadar massa ototnya.

Ramai ilmuan Melayu yang menjeruk rasa membungkam dengan langkah undur ke belakang oleh PM yang mahu berambus itu. Malangnya mereka tidak punya keberanian yang tinggi untuk perjuangkan keyakinan mereka. Selama tempoh 30 tahun ini ilmu Sains dan Matematik telah berkembang dan mudah diajar kepada rakyat terutamanya orang Melayu. Sudah banyak buku ilmu yang diterjemahkan sebagai bahan rujukan sehingga ke peringkat universiti. Malah ini bukanlah suatu yang pelik pun. Jepun, Korea, tetangga kita Indonesia juga melakukan perkara yang sama. Malah Jepun dan Korea Selatan telah unggul dalam penguasaan kedua-dua ilmu itu dalam Bahasa ibunda mereka.

Ia telah dibuktikan oleh kaji-selidik yang dijalankan oleh UNESCO. Yang anehnya para pelajar AS dan UK telah mencorot kedudukannya walau diajar dalam bahasa mereka sendiri. Bolehkah Mahathir bedebah memberi alasannya? Bahasa Ingeriskah yang penting dalam pengajaran ilmu atau teknik pengajarannya?

Kita golongan marhaen memang mengambil berat akan soal ilmu kerana ia sangat penting kepada rakyat dan juga masa depan negara. Tidak guna kita menjadi penyokong kepada manusia bersifat gunting dalam lipatan. Adalah pelik apabila orang Melayu masih memilih pagar yang jenis makan padi! Musuh dalam selimut sebegini adalah lebih dahsyat kemusnahan yang mampu dibuatnya. Bayangkan suasana reban yang dimasuki musang berbulu ayam? Tentu pembaca semua boleh mengagak siapakah yang kita maksudkan sebagai gunting, pagar dan musang itu!

Kita merasa amat gusar sekali apabila seluruh jentera kerajaan telah dipolitikkan oleh Umno. Kita memandang bahaya di hadapan apabila tahap pelajaran dimanipulasikan mereka demi kepentingan sempit yang bercorak peribadi. Bagaimana negara mahu mencapai tahap keunggulan apabila keputusan peperiksaan dikompromikan sedemikian rupa. Pegawai Tinggi kementerian pelajaran diarah mengubahsuai kedudukan graf keputusan peperiksaan untuk memberi yang molek-molek supaya Najib mampu tersenyum ketawa mengekek!

Memang benar apabila MT menulis mengatakan Mahathir telah dirobotkan dan pihak-pihak anasir gelap yang berada di belakangnya. Malah itulah yang telah menguasai Mahathir selama ini sehingga tercetus segala projek mega yang gila. Jika boleh kita ingin bertanya lagi, kenapa dibina KLIA apabila Subang Airport hanya perlu ditambah panjang landasan dengan belanja yang sedikit cuma? Kita juga mahu bertanya untuk apa KL mempunyai dua bangunan menara semata-mata mahu meletakkan antena? Kenapa tidak diguna bukit yang mengelilingi Lembah Kelang?

Oleh kerana ‘think tank’ yang mengelilingi Mahathir adalah para kelompok elitis Cina penyangak, maka lahirlah segala projek yang haprak. Kelompok ini juga yang telah melahirkan pelbagai institusi pendidikan swasta yang menggunakan English bahasa pengantar. Ini lah punca sebenar kenapa Mahathir mengarahkan Matematik dan Sains diajar dalam bahasa Inggeris!! Semata-mata menyediakan rakyat marhaen sebagai pelanggan kepada institusi yang dimiliki keparat berbangsa Cina yang kurang mendapat sambutan! Sambil itu taukeh syarikat percetakan yang dimonopoli bangsa Cina akan menjadi pembekal buku-buku teks kepada kementerian. Soal kita kenapakah tidak diberi sahaja tugas itu kepada Dewan Bahasa dan Pustaka yang mempunyai segala kemudahan dan kelengkapan??

Memang benar seperti mana kata mantan PM Allahyarham Tengku Abdul Rahman bahawa Mahathir sKT akan memusnahkan segala-galanya. Sepanjang 22 tahun ini memang jelas negara telah dijahanamkannya dengan sungguh licik sekali. Bukan sekadar ekonomi malah maruah negara pun digadainya dengan penjualan aset syarikat-syarikat tertentu.

Kembali kepada isu BI sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik. apa yang dibuat Mahathir betul-betul hanya untuk keuntungan towkey China sambil beberapa kerat pemimpin Umno tumpang menyauk untung. Hujah pandir yang dijual ke tengah masyarakat adalah bukti kehaprakan dan pengkhianatan kepada anak bangsa.

Keputusan peperiksaan Semester akhir di MRSM Trans Krian Seberang Perai baru-baru ini telah memberi petanda betapa dasar Bahasa Inggeris akan kantul jika menurut acuan gopoh Mahathir dan juaknya! Orang Melayu perlu menyedari dan memahami dengan bersungguh akan muslihat Pengkhianat bangsa Melayu ini. Hanya beberapa orang sahaja dari pelajar yang mendapat UPSR 5A ini yang mendapat markah 70-80 peratus. Yang lainnya mencorot sehinggakan ada yang mendapat bawah 40 peratus!!

Kita telah mencabar NTV7 supaya menyiasat dan menghebahkan perkara ini di media massa. Cukuplah dengan pendedahan yang berbaur politik saban waktu terhidang. Kita berharap mereka tidak lagi membuat pendedahan yang mempunyai motif tertentu. Luangkan masa untuk menyelidik masalah pelajaran anak bangsa. Namun kita tahu yang mereka terikat cara kerja dan skop siasatannya. Begitu juga lah dengan wartawan akhbar harian. Periuk nasi beb…..

Memang terlalu banyak isu pilihan raya yang menanti rejim UmnoBn untuk dikapankan dan diberi paku terakhir. Isu balak, lesen judi, skandal makmal komputer, persundalan dalam SPR, pembaziran NAM & OIC, hutang luar yang bertimbun dan pengangguran. Yang terkini ialah banjir di Utara Semenanjung.

Dalam kecanggihan teknologi maklumat tanpa sempadan, Mahathir terlupa untuk mengulas bahawa di Jepun dan Korea, Sains dan Matematik terus diajar dalam bahasa ibunda. Jika tidak, pecahlah tembelangnya.

Kita tunggu kot-kot dalam amanat terakhir Mahathir nanti bedebah ini akan diasak oleh pepuak Abdullah! Jangan Bedollah pula berselerak sudah lah.

Dr. Nologareng - 14.10.2003 (suntingan M@RHAEN)
Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/(sila daftar sebagai ahli)


Mulai sekarang anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN:
Tapak Utama:http://marhaen.internations.net
Tapak Utama versi baru: http://marhaen1.web1000.com
Portal sokongan interaktif & mesra-pengguna: http://marhaen.portal.dk3.com/
Blog kembaran M@RHAEN (GOBLOK) 1: http://goblok.blog-city.com/
Blog kembaran M@RHAEN (BLOGKU) 2: http://blogku.dk3.com/
Selain itu, anda boleh terus melayari Laman M@RHAEN di tapak-tapak sokongan/cerminan asal.
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~ .
Click Here!