Banjir Menghangatkan Bontot Pemimpin Umno
Oleh Dr Nologareng
 

Tatkala suasana banjir di Kedah dan Seberang Perai mulai reda, suasana Utara Perak pula meningkat bahayanya.

Apa yang dapat diulas, pemimpin negara ini tidak peka dan prihatin dengan permasalahan dan bencana yang menimpa rakyat marhaen. Jika ada pun ianya hanya ulasan bak melepaskan kentut atau sendawa punggung seperti kata anak saya. Memang itu pun yang dapat dipandang orang.

Daim Zainuddin yang diam begitu lama tetiba muncul dalam satu majlis penyerahan bantuan berbaur politik kepada mangsa banjir di Merbau Pulas, sekali gus merasmikan Dewan Umno yang dibina dengan wang rakyat itu. Beliau melahirkan rasa terkejut dan kesal kerana keadaan banjir di kawasan laluan Sungai Muda masih teruk sedangkan projek tebatan banjir telah dibuat sejak tahun 2000 lagi dengan kos RM450 juta. Semasa menjadi Menteri Kewangan beliau telah meluluskan projek mendalamkan Sungai Muda kepada dua buah syarikat- Syarikat Wira Kerjaya Sdn Bhd dan Red Mix Sdn Bhd dan dijangka siap tahun hadapan. Seperti biasa sebagai politikus licik, beliau berjanji untuk berjumpa pengurusan syarikat terbabit bagi membincangkan status projek berkenaan.

Memang bekas menteri kita begitu gemar memberi janji yang manis molok sebegitu. Anehnya mereka tidak pun melakukan kerja hakiki sebegitu semasa dalam tugas kerana terlalu asyik dengan kesibukan membalun harta dalam khazanah negara. Bukankah ia Daim yang pernah Anwar membuat laporan polis atas kehilangan berbilion wang tabung parti Umno sedikit masa dahulu? Bukankah ini Daim yang pernah bercakap bagak betapa ia bermain saham untuk duit poket sahaja? Kenapakah semasa menjawat jawatan Menteri Kewangan dahulu ia tidak memastikan perjalanan syarikat terbabit dengan teliti? Kenapa sekarang baru mahu bising-bising?

Sebenarnya Daim dan Mahathir sKT telah berkongsi rahsia dan kekayaan yang sukar untuk ahli kecil Umno faham selok-belok permainan mereka. Berbekalkan ilmu Qarun kedua mereka saling bertolongan membalun wang negara dengan pelbagai projek penswastaan dan projek mega.

Kini banjir sudah pun mulai reda di Kedah dan Seberang Perai Utara. Apakah yang dibuat oleh agensi kerajaan untuk membantu mereka yang malang dalam bencana alam itu? Jabatan kebajikan Masyarakat? Jabatan Pertahanan Awam? Jabatan Bomba dan Penyelamat? Jabatan Kerja Raya?

Kita mahu melihat apa yang dibuat oleh rejim memerintah ke atas kes rakyat yang kehilangan rumah dibawa arus banjir. Kita juga mahu tengok agensi tertentu membantu mereka mendapatkan kembali dokumen peribadi yang hancur dan dihanyutkan air seperti surat beranak, sijil-sijil persekolahan atau dokumen pengenalan diri. Apakah kerajaan akan membantu petani yang habis terendam padi yang ditanam? Bagaimana pula dengan lembu kerbau yang menjadi korban?

Sungguh malang nasib orang Melayu yang gersang di bumi sendiri. Hati mana tidak sedih dan pilu apabila mengenangkan kes Kembar Siam Muhammad dan Ahmad yang terpaksa menagih simpati Raja Abdullah Arab Saudi atas usaha seorang Inggeris yang cacat untuk membiayai pembedahan mereka. Kita saban waktu diberitahu dan diasak ke dalam pemikiran betapa kerajaan memerintah adalah kerajaan Melayu yang terbaik. Merekalah segala-galanya terutamanya Dato’ Seri Mahathir si Kepala Taik yang dianggap separuh dewa oleh hardcore Umno. Akan tetapi apabila berlaku kematian kepada mangsa penyakit biliary atresia (arwah Sofea Qhairunnisa) kerana tiada wang biaya pembedahan, hati kita menjadi geram dan berdendam.

Perhatikan pembaziran yang dibuat Kepala Taik sepanjang ia mencengkam kuasa. Cuba kira berapakah yang rakyat marhaen rugi kerana salah urus ekonomi negara? Perhatikan bagaimana tahap perkhidmatan kesihatan yang hanya dipertingkatkan dalam rangka untuk diswastakan kemudiannya. Ada pengamat yang mengatakan negara dan rakyat kerugian sekitar RM300 bilion akibat projek kantul tajaan Mahathir yang bersekongkol dengan korporat elit keturunan China yang haprak.

Seperti yang baru saya sebut dalam artikel lalu, patutkah Musibat Tua itu tidak meluangkan masa meninjau masalah banjir rakyat? Kenapa perlu ia terhegeh-hegeh menayangkan hospitaliti ia kepada orang luar tetapi tidak langsung turun padang melihat penderitaan rakyat di negerinya sendiri? Beberapa minggu lalu, seorang pemain bola pasukan MPPJ telah diterbangkan dengan helikopter secara solo dari Universiti Malaya selepas beliau menghabiskan kertas peperiksaannya semata-mata untuk bermain bola! Takkanlah PM tidak boleh lari sekejap dari kesibukannya selama 4-5 jam untuk meninjau nasib malang yang menimpa rakyat dengan helikopter?

Bapa kencing berdiri anaknya kencing sambil berlari-lari. Jadi tak hairanlah apabila ramai pemimpin Umno yang gagal turun dan memberi bantuan yang sepatutnya. Menurut sumber di kawasan Taman Tiong Kulim, kelompok gereja lebih cepat menghulurkan bantuan berbanding Umno yang memerintah! Lebih menyedihkan apabila melihat yang majoriti penduduk di situ adalah orang Melayu Islam!!!

Bandingkan pula dengan kesanggupannya meredah kesejukan di Kutub semata-mata menziarahi beberapa orang Saintis sambil melihat penguin berjalan! Atau untuk memberitahu kita akan kewujudan serangga di sana.

Cuba kita luangkan masa menghitung berapa banyak wang negara dihabiskan untuk Persidangan OIC dan Persidangan NAM semata-mata untuk memenuhi tuntutan egonya. Cuba kita tenung bagaimana ia membazirkan sewenangnya tabungan Petronas milik rakyat untuk pembangunan Putarjaya. Pembaziran memang menjadi mercu-tanda pembinaan Bandar itu. Mahathir sewenang-wenangnya mengarah pokok-pokok tradisi dibuang dan diganti dengan tumbuhan luar negeri tanpa mempedulikan hukum-hakam kuarantina tumbuhan. Bagaimana pulak dengan kos ubahsuaian?

Kini banjir telah meninggalkan kesan kemusnahan yang dahsyat. Ada yang kehilangan rumah, kehilangan harta benda termasuk ternakan dalam kolam. Manakala jalan raya terkopek teruk permukaannya dengan lopak atau‘pothole’ di sana sini akibat arus air. Jambatan ada yang runtuh dan tergelohom jalannya. Kita sedang mengira masa yang diambil untuk membaik pulihnya demi kebajikan rakyat yang merupakan pembayar cukai dan juga pengundi. Kemudian kita akan bandingkan dengan peruntukan RM50 juta untuk penggantian blok bata yang menurapi Jalan Boulevard Putrajaya yang dibuat dalam jangka masa yang boleh dicatatkan dalam Malaysian Book of Record. Sedangkan ianya hanyalah untuk melegakan pandangan mata Mahathir sKT dan egonya. Dari situ kita akan ukur kerajaan jenis apakah rejim Mahathir ini! Tradisi Membela Rakyat atau Tradisi Membelakangkan rakyat?

Ketidakpuasan hati Daim yang pendiam itu mungkin berasas. Yang anehnya beberapa hari lalu telah diumumkan permintaan pihak-pihak tertentu untuk projek penebatan yang katanya bernilai RM1 billion. Kita mungkin keterlaluan untuk menuduh adanya penyelewengan berlaku dalam operasi kedua buah syarikat yang disebut Daim itu. Kita mungkin perlu untuk melihat lebih mendalam apakah syarikat itu mendapat pembayaran seperti sepatutnya atau perkhidmatan mereka belum dilunasi sehinggakan mereka terpaksa menangguhkan operasi kerana subkon sudah mogok!? Jangan lupa bahawa ekonomi negara kini memang tenat!!

Beberapa kejadian YB UmnoBn mungkir dari menghadiri majlis penyerahan bantuan banjir telah melukakan lagi kecederaan politik yang sedia ada. Manakala yang hadir pula hanya hale-bale saja kata orang Kedah. Lebih kurang melepaskan kentut di kerusi DUN gitu. Tidak bersungguh dan tanpa simpati. Memang itu budaya dan resam yang bercambah dalam politik Umno zaman Mahathir sKT. Nawaitu mereka hanya untuk perut dan bawah perut. Kalau tidak percaya, tanyalah kepada Rahim Thambynya tak kecik yang kini diserlahkan sebagai seorang pemimpin Islam rantau ini. Tidak malu kah kita orang Melayu?

Begitu juga apabila GuruNanak Mahathir sKT telah mengeluarkan fatwa supaya orang Islam mempelajari ilmu Sains untuk menguatkan iman mereka dalam persidangan OIC. Aii..sejak bila pula cakapnya perlu didengari sedangkan kesaksiannya telah ditolak akibat fitnah ke atas Anwar Ibrahim. Berimankah ia sebagai seorang doktor perubatan yang mempelajari Sains akan tetapi bergelumang dengan pengamalan sihir dan bomoh? Bedebah ini yang jahil tentang Islam malah sering memperlekehkan tentang Islam mahu berkhutbah tentang Islam pulak? Layak kah ia?

Hanya 17 hari sahaja lagi untuk Mahathir berambus pergi dari peta politik Negara. Itu pun jika Abdullah bijak menjaga keselamatan nyawanya serta tangkas memintas helah kem Mahathir. Dalam akhbar Utusan sudah ada surat dalam ruangan forum yang kita tahu ditulis oleh panel khas supaya diadakan satu perhimpunan raksasa di stadium Bukit Jalil untuk menyatakan sembah takzim kepada Tungku Mahathir sKT. Tidak cukup dengan itu dalam akhbar Berita Harian tersiar seruan Presiden Pakistan Jeneral Pervez Musharraf supaya PM Kepala Taik terus mencengkam singgahsana!! Itu adalah antara usaha terakhir mempertahankan Raja Penyangak itu. Jika dibiarkan perhimpunan di stadium itu bakal melumpuhkan pertabalan Abdullah. Cukup dengan laungan- Mahathir sKT jangan berhenti! We want Mahathir!! Ianya cukup untuk melembutkan lutut Abdullah sambil membatalkan angkat sumpahnya!

Dalam pada itu, banjir yang menyejukkan dan melembabkan mangsanya telah pula menghangatkan bontot pemimpin UmnoBn apabila mengambil-kira pilihanraya yang semakin tiba. Apabila batang hidung Mahathir yang besar itu tidak melawat mangsa banjir, bantuan banjir dipolitikkan, pemimpin UmnoBn gagal menghadiri majlis sumbangan bantuan, JKKK yang lembab dan pilih bulu, agensi bantuan kerajaan yang culas tanpa peralatan yang secukupnya. Jelas mereka tidak bersedia. Memang rejim ini tidak pernah bersedia untuk kepentingan rakyat marhaen. Alamat lah tuu….

Dr. Nologareng - 15.10.2003 (suntingan M@RHAEN)
Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/
(sila daftar sebagai ahli & sertai pelbagai topik perbincangan di situ)


Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~ .
Click Here!