Apasal Musharraf si Khadam AS Menyebok?
Oleh Dr Nologareng
 

Mahathir terpaksa juga pergi walaupun hatinya keberatan atau enggan dilepaskan oleh mereka yang bergayutan sekelilingnya. Mereka mesti mengaku kalah dan menerima hakikat walau ianya pahit. Kepahitan itu hanyalah pendapat mereka sahaja. Kebanyakan orang Melayu merasakan bedebah itu patut bersara pada tahun 1996 lagi dengan menyerahkan kuasa kepada seorang Timbalan yang kelihatan begitu cekap dan berkarisma. Akan tetapi oleh kerana perselisihan dalam kaedah mengurus ekonomi negara telah menyebabkan retak mencari belah. kini seorang Melayu yang boleh diharapkan terpaksa meringkuk di Sungai Buloh gara-gara kemahuan PM Kepala Taik bukannya atas kesalahannya itu.

Anwar lebih selesa menerima pandangan IMF serta Bank Dunia dan pendapat telus ahli ekonomi kerana pendekatan itu lebih berasas. Manakala Mahathir pula berselindung di sebalik pelbagai alasan kepentingan strategik negara dan tuduhan jahat terhadap Soros untuk menggunakan pendekatannya yang non konvensional. Akan tetapi apa sebenarnya yang terjadi ialah Mahathir telah menambah luka parah yang dahsyat terhadap ekonomi negara. sekarang ini ia terlindung oleh pelbagai pendekatan sehinggakan ramai yang hairan bagaimana Malaysia boleh keluar dari kemelesetan ekonomi tanpa mengikut resepi dua badan kewangan dunia itu. Tunggulah dalam tempoh masa terdekat ini sebaik Abdullah memegang tampuk pemerintahan.

Mahathir berkelentong dan berbohong dalam dan luar negara betapa pendekatannya itu telah berjaya mengapungkan ekonomi negara dan kita berjaya dengan pendekatannya yang tersendiri. Memang benar tambatan mata wang pada jangka pendek boleh menyelamatkan kejatuhan ekonomi kerana ia membolehkan para korporat dan ahli perniagaan merancang dan mengurus syarikat tanpa bimbang kepada turun naik nilai RM yang keterlaluan. akan tetapi penggunaannya secara berpanjangan akan memberi kesan yang lebih teruk seperti mana yang menimpa Argentina. Akhirnya apabila Pesos terpaksa dilepaskan dari tambatan kepada Dollar Amerika, nilainya menjunam sambil menjerut negara itu.

Apabila kita memanggilnya dengan nama manja Raja Kelentong, ianya bukanlah tidak bersebab. Ia menjaja ke sana-sini betapa Malaysia terus maju ke depan tanpa membuat pinjaman luar. Seperti kata saudara MT, ia sebenarnya menimbulkan gurauan di mata masyarakat kewangan antarabangsa. Ini adalah kerana ia mendapat ‘pinjaman luar’ melalui bon yang dikeluarkan dan dijaja oleh Solomon Barney and Smith. pada Julai lalu, Jamaludin Jarjis @ Drakula di Khazanah telah mengumumkan bon Islam Sukuk akan dikeluarkan pada penghujung tahun ini. Apa Mahathir fikir orang tidak tahu bagaimana ia telah menyauk segala bon yang dikeluarkan Petronas? Bagaimana pula dengan softloan yang diperolehi saban waktu dari negara Jepun?

Secara ringkasnya, dari sudut ekonomi Mahathir sKT telah menjahanamkan negara. melalui bon dan pinjaman dalaman yang memang berasal daripada luar. Kaedah itu sebenarnya satu pengkhianatan kerana rakyat terpaksa menanggung bunga atau kadar faedah yang lebih tinggi. Ianya lebih dahsyat dari membuat pinjaman terus yang sering dimomoknya itu. Lihatlah kemajuan ekonomi Korea Selatan, Thailand dan Indonesia. Penghapusan pengamalan KKN yang bersembunyi di sebalik slogan ‘kepentingan strategik negara’ itulah yang memacu ekonomi negara-negara tersebut untuk jauh meninggalkan negara.

Mahathir adalah liabiliti kepada negara dan rakyat. Ia adalah pengkhianat yang pepat di luar rencong di dalam! Setelah 22 tahun barulah jelas manusia jenis apa keturunan Mamak ini. Setelah keruntuhan ekonomi yang dianggap bencana dan juga sikap kerasnya terhadap pendokong agama dan keadilan seperti Anwar Ibrahim, baru lah orang Melayu membuka mata! Walaupun agak lama, namun ia masih belum terlambat untuk orang Melayu bangun menuntut kembali Hak mereka yang dirampas oleh kelompok Pengkhianat Ketuanan Dinasti Kodi ini.

Orang Melayu telah menunjukkan kebencian dan rasa hati mereka terhadap Mahathir dalam keputusan Pilihan Raya Umum lalu. Bukan setakat Kelantan tak dapat dirampas, malah Terengganu pula yang hilang sementara beberapa kerusi DUN dan Parlimen Umno tumbang. Bukan itu sahaja, beberapa menteri yang curang dan anggota konspirator juga telah ditendang keluar. Malah ramai yang menang dan menjadi menteri adalah kerana penipuan undi pos yang diatur sesuka hati. Apabila pembangkang menuntut pemerhati wujud bagi undi pos, menteri pun melenting. Terutamanya Najib yang menang majoriti kecil, itupun sesudah ribuan undi pos disogok masuk!

Isyarat sebegitu yang diberi orang Melayu sepatutnya diberi perhatian yang serius sambil membetulkan di mana yang silap. Ini tidak langsung diberi perhatian oleh Kepala Taik kerana ia tahu yang rejimnya masih mempunyai beberapa senjata untuk terus menentukan keputusan pilihan raya. Skandal SPR dan Puteri Umno adalah salah satunya yang jika dicampurkan dengan hantu yang diselitkan sebagai pengundi memang boleh memberi keputusan yang membingungkan. Seperti yang diumumkan oleh SPR, mereka telah pun mengikuti nasihat Majlis Raja-raja dengan memecat 7 nama kakitangan anggota Puteri Umno. Bagaimana pulak dengan yang lainnya di seluruh negara?? Berapakah jumlah sebenarnya?

Apakah mereka ini yang akan mengguna terus kertas bernombor kod yang dikeluarkan Barisan Nasional sebagai rujukan pengundi tanpa perlu melihat kepada Kad Pengenalan?

Kemenangan yang dijamin secara khianat oleh beberapa agensi kerajaan itulah yang membuatkan Mahathir angkuh dan kurang ajar terhadap orang Melayu kerana ia beranggapan tidak memerlukan undi mereka. Perhatikan bagaimana ia bercakap bagak tidak mempedulikan sama ada orang Melayu menyokongnya atau pun tidak. Dalam temu ramah di luar negara ia mengesahkan kesombongan Mamak Pedukang dengan isi kandungan temu ramah yang mampu mengulangi epik Raja Mendeliar!! Malah semasa ditemuramah CNN tahun lalu juga menyerlahkan siapa sebenarnya musibat keling ini. (30 minit yang membogelkan Mahathir)

Jadi apabila orang Melayu sudah muak dan majai dengan karenah pengkhianat terulung itu, tidaklah mendatangkan kehairanan sebenarnya kepada politikus yang sensitif. Itu sebablah kenapa pihak pembangkang @ Alternatif dengan cepat mengambil kesempatan yang terhidang. Isu perlekehan Agama Islam dan penganiayaan terhadap Anwar dengan mudah merebakkan sentimen anti-Mahathir sKT yang sekali gus menghumban Umno.

Apabila pendedahan demi pendedahan dibuat terhadap kekejian, kezaliman dan ketidak-prihatinan rejim khianat ini tanpa henti secara berulang-ulang dan sistematik, ia memberikan kesan yang amat efektif sehinggakan rejim juga cuba meniru dengan melancarkan laman web sendiri yang hidup segan mati tak mahu. Kesannya memang hebat sehinggakan jika kita perhati betul-betul, setiap hari sidang akhbar mereka cuba menjawab dakwaan yang dibuat kita!

Perubahan orang Melayu kini bermula dari kota dan terus meresap ke desa, kampung dan ulu. Sudah biasa kedengaran di kedai kopi bagaimana orang tua yang menghentam Mahathir sebagai pengkhianat, barua, bedebah dan tua kutuk. Bukan lagi suatu yang baru apabila anak-anak kecil meludah apabila terpandang gambar Mahathir.

Mungkin ada benarnya janji untuk berhenti yang dibuat setahun lalu adalah untuk ‘test market’ apakah ia masih dimahukan! Atau mungkin juga kesasulan yang dirancang Yang Maha Esa sehinggakan ia tidak lagi boleh melakukan khianat pada janji yang dibuat. Pelbagai acara, majlis dan buku yang kesemuanya mengisyaratkan ‘selamat berambus’ kepada Mahathir itu telah menutup rapat peluang untuk sebarang kemungkinan drama Mahathir di saat-saat akhir. Pelbagai helah dan cubaan telah gagal dan dipatahkan oleh kem Abdullah. Hanya tinggal 16 hari sahaja lagi. Kemungkinan peluang yang ada ialah pada majlis amanat terakhir yang bakal dibuat pada 30 hari bulan nanti seperti kata Khalil Yaakub. Itu pun jika majoriti ahli MT mengikut rentaknya! Akan tetapi Abdullah dan kemnya tentu sahaja turut merancang untuk memintas. Apakah ketika itu akan wujud elemen Jeneral Wiranto seperti di Indonesia? Siapa tahu!

Sekiranya rayuan hanyir dari seorang khadam AS itu hendak diguna sebagai azimat perjuangan terakhir Mahathir, kita merasakan ia sebagai satu strategi pandir yang hanya mendatangkan kelucuan kepada pengkaji sejarah negara di belakang hari. Lagi pun siapa sangatlah Musharraf itu? Kalau ekonomi negara dia sendiri bergantung kepada ehsan dan sokongan negara Paman Sam, lebih baiklah ia menumpu ikhtiar bagi mengubah nasib dan menaikkan martabat negaranya. Tak usahlah dok kacau-ganggu iklim politik Malaysia.

Kami tahu bagaimana mahu mengurus politik dan ekonomi negara kami. Tunggulah sehingga Kepala Taik berambus! Jangan dok teringat nak jadi Menteri Kanan macam Lee Kuan Yew sudahlah……..

Dr. Nologareng - 15.10.2003 (suntingan M@RHAEN)
Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/
(sila daftar sebagai ahli & sertai pelbagai topik perbincangan di situ)


Tapak Cerminan M@RHAEN https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~ .
Click Here!