Kedah: Banjir Rahmat Umno Tergugat
Oleh Dr Nologareng
 

Seluruh kawasan Utara Semenanjung yang ditimpa banjir sudah pulih atau hampir pulih sepenuhnya. Kebanyakan mangsa sudah pun pulang ke rumah masing-masing. Mereka kini sibuk membersihkan rumah, membuang peralatan yang rosak dan menjemur tilam bantal yang terendam serta mencuci longgokan pakaian. Tilam-tilam yang berjemuran di atas pagar dan tepi jalan sudah menjadi pemandangan biasa. Begitu juga dengan pakaian yang dijemur bergayutan sehingga atas dahan pokok mangga! Ketua rumah dan isteri serta sanak-saudara mencuci, membersih dan menyabun lantai dan dinding rumah manakala anak-anak kecil bermain tanpa mengetahui kesengsaraan dan derita yang ditanggung ibu bapa mereka.

Apa lagi yang boleh kita kata selain daripada menyebarkan fakta bagaimana rejim UmnoBn tidak lagi boleh menjadi tempat rakyat menyandar harapan dan bergantung nasib. Mereka bukanlah pemimpin yang berdedikasi dan sedar betapa jawatan itu ialah amanah yang akan dipersoal oleh Yang Maha Esa. Mereka hanyalah sekumpulan pembodek dan penyangak yang berkiblat kepada Maha sKT yang akan berambus dua minggu lagi.

Bermula dari hari pertama banjir lagi telah terdedah kepincangan rejim UmnoBn bermula daripada peringkat atas sehinggalah ke kepimpinan akar umbi yang sering orang Melayu momokkan sebagai Jin Kacau Kampong, JKKK! Salah seorang politikus yang suka menyakat mereka adalah saudara Zulkifli Nordin Peguam kepada DS Anwar Ibrahim. Apa boleh buat, memang itu lah jati diri mereka. Gelagat haprak yang mereka pamer itu lah yang menganugerahkan mereka dengan gelaran kapcai sebegitu.

Kelemahan, kegagalan dan kehaprakan mereka dalam menangani masalah banjir baru-baru ini telah menyebabkan berlakunya pertempuran sesama pemimpin Umno, agensi kerajaan dan juga sesama ahli Umno. Di Kedah khabarnya ia telah menjadi isu hangat yang bakal memudahkan Umno dikapankan dengan berkesan. Pemimpin Umno peringkat negeri terpaksa mengakui kesilapan mereka yang memberi ruang kepada petugas PAS/Keadilan menebarkan pengaruhnya semasa banjir. Itu sahajalah yang mereka mampu katakan untuk membela diri. Sebenarnya apa yang dibuat pemimpin Barisan Alternatif timbul dari kesedaran dan keinsafan atas dasar ihsan sesama makhluk. Politik bukanlah matlamat asal mereka. Ianya hanyalah sekunder. Berlawanan dengan fikrah tolol ahli Umno yang mengutamakan kepentingan sempit politik mereka.

Lantaran itulah terjadi kelewatan pemberian bantuan dan pertolongan. Mereka tidak turun terus membantu mangsa sebaliknya lebih gemar berada di gigi air sambil meninjau apakah YB si polan muncul. Apabila sahaja pemimpin besar mereka muncul barulah mereka menjadi galak dan naik isim untuk meranduk air macam kerbau kepingin bunga telipok. Apatah lagi jika hadir wartawan dan juga kamera Televisyen, maka semakin biang lah mereka bagai itik berjumpa air.

Beberapa majlis berbaur politik untuk menangguk di air yang keruh telah Allah takdirkan gagal. Datok S. Saravan gagal hadir sehingga mangsa banjir terpaksa menunggu ke detik 12 malam di kawasan Sungai Lalang Parlimen Kuala Muda! Manakala YB Yong Pau Chak Kulim Bandar dan YB Lim Parlimen Padang Serai entah di mana batang hidungnya? YB Marlia bekas guru KEMAS juga khabarnya telah menghiris hati mangsa banjir dengan bantuan yang tidak setimpal. Malah perempuan ini tidak hadir dalam beberapa majlis bantuan politik sempena banjir. Kata sumber yang memberi maklumat, ia takut dibedal dan dihamput oleh JKK yang naik angin setelah melihatkan betapa licin dan tangkasnya pasukan PAS/ Keadilan membantu.

Berbeza sungguh dengan petugas kebajikan PAS/ Keadilan yang sudah membantu dari hari pertama lagi. Berbekalkan kewangan peribadi, sumbangan dan tabungan yang ada, mereka terus menghulurkan bantuan tanpa memilih bulu kepartian. Menyedari agensi kerajaan berkaitan gagal menyediakan kemudahan perhubungan, mereka telah mengambil inisiatif menyewa bot enjin sangkut, Pajero hatta traktor untuk melawat dan membantu mangsa banjir. Dalam pada DS Mahathir Kepala Taik sibuk meladeni pembesar asing, pemimpin muda BA seperti YB Mat Sabu dan Saifudin telah turun padang selama seminggu membantu dan memantau keadaan. Mungkin masalah banjir ini bukan lagi agenda penting baginya, maklumlah ia seorang pemimpin bertaraf dunia yang digelari Bapa Pembangunan Global! Pheh.

Memang kita berhak mengungkit dan bertanya KENAPA sKT tidak langsung turun untuk melihat bencana di negerinya sendiri? Apakah itu bukti yang sengaja Allah jadikan supaya orang Melayu nampak betapa haprak dan bedebah Mahathir sekor ini? Tidak jadi hal sebenarnya untuk ia luangkan masa beberapa jam menaiki pesawat helikopter melawat dan menenteramkan kesedihan mangsa banjir. Kita ada helikopter NURI, Black Hawk VIP, yang terbaru Super Lynx. Ha! Satu lagi ialah helikopter Bomba buatan Rusia, Mi-17 yang mampu memuatkan seluruh anggota kabinetnya untuk bersama. Malangnya mereka lebih gemar untuk berlatih menerima tetamu OIC sambil menikmati keselesaan di Putarjaya.

Selama seminggu itu, hampir kesemua 53 tapak penempatan mangsa banjir petugas BA lawati, sama ada yang rasmi seperti sekolah, masjid dan surau, mahupun yang dibuka sendiri atas jalan oleh mangsa. Mereka telah menghulurkan bantuan yang perlu sekadar termampu tanpa mengira bulu politik mereka, tidak seperti mana JKKK! Khabarnya sebanyak 10 kelompok bantuan oleh MERCY Malaysia yang dihantar telah dilencongkan oleh JKKK untuk kepentingan mereka tanpa sampai kepada mangsa. Akhirnya MERCY telah menggunakan rangkaian bantuan oleh petugas BA, barulah bantuan segera berjaya disampaikan. Seperti yang kita tulis dalam artikel lepas, itulah dia tahap mentaliti pemimpin bawahan Umno. Kira nak ngap saja seperti mana kelakuan TG mereka Raja Penyangak si Kepala Taik!!

Cuba kita bayangkan bagaimana bersungguhnya pemimpin muda BA bagi membantu mangsa. Usah pertikai sama ada mereka jujur atau tidak, sama ada ia demi kepentingan politik atau tidak. Yang pasti Kepala Taik tidak datang langsung! Malah Syed Razak hanya berlegar di bilik operasi banjir negeri. YB Saifudin dan brother YB Mat Sabu telah menaiki traktor yang disewa mendekati mangsa sambil membantu mereka. Rombongan mereka sentiasa diiringi oleh penyokong pelbagai bangsa. Memang mengharukan melihat kesungguhan mereka membantu. Kita dapat bayangkan keadaan yang lebih baik jika mereka turut diberikan peruntukan DUN dan Parlimen sebagaimana yang dinikmati wakil UmnoBn!

Ratusan juta RM telah Mahathir sKT agihkan bagi perjalanan OIC seolah-olah Khazanah negara milik rakyat Iscander Kutty yang ampunya. Dia memastikan segalanya berjalan baik secara peribadi. Dari jalan Boulevard yang diganti batu-batanya dengan menelan RM50 juta sehinggalah kepada penempatan dan makan minum perwakilan. Kenderaan yang digunakan adalah yang terkini dan canggih teknologinya yang juga menelan belanja ratusan juta RM. Dikhabarkan yang DS Kepala Taik sendiri yang menentukan menu makanan dengan memastikan setiap hidangan kurang kolesterolnya! Begitulah prihatinnya PM kita yang juga seorang doktor perubatan dahulunya!!

Manakala televisyen tidak putus-putus menyiarkan sedutan, dokumentari dan pelbagai rencana yang diatur Zam senator agar imej Mahathir kembali terpantul. Dihebahkan fakta songsang betapa Mahathir lah pencetus kepada Bank Islam, Universiti Islam, pelbagai agensi Islam serta arkitek Malaysia Moden sehinggalah digelari arkitek Putarjaya. Tidak cukup dengan sedutan dalam negara, akhbar pula menyiarkan temu ramah antara Dollah Komunis dan Jeneral Pervez Musharraf si Khadam Amerika yang menyeru Mahathir supaya jangan bersara!! Kepala Taik Pakistan ini bukan main membodek Mahathir sehingga mengatakan ia sebagai ‘public property’ (- setaraf jamban, pun public property - M@R).

Akan tetapi semua itu tidak bermakna apa-apa di mata rakyat jelata. Hampa puji pi lah apa pun kepada Mahathir. Ia tetap juga Kepala Taik pada pandangan rakyat marhaen. Orang kampung yang ditimpa bencana banjir tidak memerlukan NAM, OIC atau LIMA. Mereka perlukan keselamatan dan ketenteraman dan perhatian oleh kerajaan. Mereka memerlukan bantuan yang sewajarnya yang tak mungkin menimbulkan iri hati kepada orang lain yang tidak ditimpa musibah. Mereka perlukan pemulihan ekonomi secepat mungkin dan juga pembaikan jalan perhubungan dengan kadar yang segera.

Seperti biasa rejim ini akan membantu secara ala-kadar sahaja. Bak kata pepatah Marhain Tua, sekadar melepaskan kentut di kerusi menteri! Tidak lebih dari itu. Mahathir lebih merasa seronok menghamburkan wang rakyat semata-mata untuk memenuhi ego dan tuntutan nafsu tua nya dari membelanjakan kepada yang memerlukan. Bedebah itu tidak ada langsung rasa bersalah mahupun akauntabiliti terhadap bangsa Melayu. Malah ia sering memperlekehkan mereka. Dia tidak pun mempedulikan kemarahan atau mempedulikan keperluan rakyat marhaen. Sebagai separa dewa, rakyat perlu menerima seadanya apa sahaja yang dibuat atau diperintahnya.

‘I don’t care’ adalah ungkapan yang ia beri kepada wartawan luar apabila ditanya tentang reaksi menyanggah orang Melayu terhadapnya. Barangkali ia mengucapkan ‘I don’t give a damn’ apabila ia bercakap sendirian dalam istana Putarjayanya!!

Para sukarelawan BA telah menghabiskan lebih RM20,000 membantu dan menghulur kepada yang perlu di Parlimen Padang Serai. Bantuan mereka amat dihargai sehingga sudah berbunyi ungkapan ‘tahun ini aku nak ajar depa’ terbit dari mangsa banjir yang sudah berusia! Malah mereka begitu senang dan selesa dikunjungi wakil rakyat parti Barisan Alternatif. Manakala dalam pada itu, bantuan makanan kering dan sayuran mencurah tiba sumbangan tauke Cina yang punya hati budi membantu mangsa. Ianya segera diagihkan kepada mangsa, bukannya dibawa masuk ke dapur sendiri seperti yang dibuat JKKK! Keserakahan pemimpin bawahan Umno yang merupakan cerminan kepada kerakusan pemimpin atasan mereka kini menyebabkan mereka dalam kehangatan. Sebenarnya itulah peluang untuk mereka digantikan.

Tentu sahaja ini namanya banjir rahmat.

Dr. Nologareng - 16.10.2003 (suntingan M@RHAEN)
Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/
Ramai telah memberikan sokongan dengan mendaftar sebagai Warga Forum M@RHAEN.
Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~ .
Click Here!