Damage Control Pasca Banjir Di Kedah Gagal
Oleh Dr Nologareng
 

Ada pun berita yang diterima tentang negeri Kedah sungguh menggelikan hati kita. Para pemimpin Umno yang menghilang semasa bencana banjir, kini tetiba muncul bagai cendawan selepas hujan. Malah mereka begitu sebok dalam pelbagai majlis, sehinggakan ada dua tiga tokoh dalam satu masa.

Kedah di bawah Pak Syed Razak adalah seumpama Malaysia nanti di bawah Abdullah setelah Mahathir belah. Tabungan negeri kontang dengan hutang yang bertambah matang. Jumlah hutang negeri ini ialah sekitar RM1.28 billion. Akan tetapi lagak kerajaan negeri mempamerkan yang sebaliknya. Apatah lagi tatkala saat-saat pengisytiharan Bandaraya Alor Setar semakin hampir ini. Pelbagai projek pengindahan dilakukan dengan rancaknya seolah-olah ia negeri yang mewah atau sebahagian dari wilayah negara Brunei.

Imej kerajaan Umno negeri ini terpukul teruk dengan rekod kewangan yang hancai dibuat oleh beberapa bekas MB yang lalu. Sanusi Joned yang kuat membaca itu juga gagal menyerlahkan ekonomi Kedah. Malah dia sendiri turut menyumbang kepada kecederaan ekonomi negeri. Orang Melayu belum melupai himpunan projek merapu MB yang kuat membaca ini. Semuanya masih tersergam untuk diketawakan dan juga sebagai hujah membungkus mereka dalam pilihan raya.

Setelah Sanusi pergi dengan dihiasi cerita hitam ia menyeligi pekerja lapangan terbang, Pak Syed Kubang Rotan masuk sebagai ganti dengan pelbagai janji. Modal besar Umno hari ini ialah Alor Setar bakal menjadi bandaraya. Lalu mereka cuba gandingkan pengisytiharan itu dengan Pak Syed. Ditambah lagi pula dengan Wawasan merapunya- Kedah Maju 2010! Mungkin penasihat imejnya yang mencadangkan ide sebegitu supaya imejnya terpacu. Kemudian kita diberitahu Pak Syed sudah punya lulusan MA sedangkan sijil ijazah awalnya tidak pula ada siapa yang tahu.

Pendedahan tentang isu pembalakan di kawasan tadahan hujan Hutan Ulu Muda telah menggemparkan seluruh isi negeri dan juga rakyat dalam negara. Rasuah berjumlah RM123 juta telah dikaitkan dengan anugerah itu. Rejim Pusat yang sudah dapat menghidu bahayanya dari segi politik segera mengarahkan pembatalan kontrak itu. Pak Syed tersepit. Syed Ah Koon yang menjadi runner dalam konsesi balak ini telah dibunuh secara licik di hadapan rumahnya dengan pembunuh meninggalkan kereta terbakar di tepi lebuhraya. Seorang saksi telah mati. Pihak PRdM pula menghujahkan ia sebagai kerja gila kumpulan samseng yang berebutan habuan kawasan operasi.

Imej rejim Umno Kedah di bawah Pak Syed terjejas teruk. Isu pembalakan itu turut dibawa oleh akhbar CAP- Utusan Pengguna dengan lengkapnya. Sidang pengarang telah dipanggil kerajaan negeri dan dihamput. Akan tetapi akhirnya Pak Syed yang semput.

Entah kenapa, secara tidak sedar pola banjir dalam negara berubah dengan nyata. Jika dahulunya Kelantan, Terengganu serta Pantai Timur yang terjejas teruk. Kali ini negeri Utara pula yang menerima bala. Selain dari Pulau Pinang dan Perak, Kedah adalah negeri yang terjejas teruk ditimpa bencana. Kedah adalah negeri kepada dua Perdana Menteri- YM Tunku Abdul Rahman dan juga Mahathir sKT. Kebetulannya bencana terjadi serentak dengan Persidangan makan angin pemimpin beragama Islam OIC. Apakah gunanya OIC ditukar nama sekiranya ia masih satu perkumpulan yang hanya bercakap sahaja tanpa mempunyai bisa yang mampu melindungi ummah?

Banjir yang melanda telah menyerlah kepincangan rejim ini. Rakyat lebih mengenali hati budi mereka. Orang Melayu semakin membuka mata. Mungkinkah Kedah akan mengikut jejak negeri Pantai Timur yang menghumban kerajaan angkuh UmnoBn dalam pilihan raya umum ini? Persoalan ini sungguh tidak menyenangkan untuk ditujukan kepada pemimpin Umno negeri. Mereka masih beranggapan kepimpinan mereka kebal. Ianya benar untuk satu tempoh yang sudah pun berlalu. Perubahan kefahaman dan erti politik kepada orang Melayu membawa makna yang besar dan penting dalam sejarah negara. Kita sedang menjadi saksi satu perubahan kepada sistem yang lebih baik.

Penyelamatan imej Umno cuba dibuat dengan pelbagai cara. Antaranya melalui program anak-anak pintar melalui Yayasan Sultanah Bahiyah. Kelmarin khabar yang diterima mengatakan satu majlis diadakan di sebuah sekolah di Padang Serai. Pemimpin Umno yang hadir ialah YB Cikgu Hidir, Ketua Pemuda Umno negeri Aziz Sikh Fadzir dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Zainal Abidin Zain. Ratusan murid-murid telah terpilih untuk program ini yang merupakan kanak-kanak cerdik seluruh Parlimen Padang Serai. Majlis itu digambarkan seolah-olah satu majlis berteraskan pendidikan. Namun beberapa bukti telah menunjukkan ia memang satu program politik.

Sepanjang jalan menghadiri majlis itu telah terpasang bendera UmnoBn. Ianya terhenti beberapa meter dari sekolah terbabit. Manakala ucapan oleh Timbalan Menteri itu sendiri jelas berbaur politik dengan menyeru secara terbuka para hadirin menyokong BN! Inilah masalah sebenarnya dengan pemimpin Umno, mereka tidak lagi sensitif untuk membaca perubahan dan isyarat yang rakyat beri. Pemberi maklumat mengatakan yang ramai dari ibu-bapa yang menemani anak-anak pintar itu adalah golongan menengah Melayu. Mereka tanpa segan silu mempamerkan pegangan politik mereka di kereta. Ada lambang bulan dan juga mata. Malah ramai yang tidak menunjukkan stiker adalah juga penyokong BA melalui kenyitan mata dan anggukan mesra.

Hadirin telah dikatakan tidak mengendahkan ucapan merapu dan retorik oleh pemimpin Umno. Mereka bersembang sesama sendiri sehingga berdengung dewan. Malahan satu ketika Zainal Abidin terpaksa meminta kerjasama hadirin untuk mendengar celoteh politiknya! Bukan sekadar mereka tidak mendengar kelentongan Timbalan Menteri itu, malah ramai pula yang pergi ke kantin menikmati juadah yang dihidangkan.

Begitulah secara ringkas cerita bagaimana rakyat sudah tidak lagi mengendah dan menghormati pemimpin Umno. Bagaimana mahu menghormati pemimpin yang tiada bezanya dengan penyangak dan penyamun? Isyarat mata dan bahasa tubuh hadirin jelas memberi isyarat yang kurang baik kepada Umno. Apatah lagi mengambil kira kisah banjir yang baru lalu itu.

Sebenarnya sebahagian besar daripada hadirin adalah merupakan guru, arkitek, jurutera, doktor dan juga cerdik pandai pelbagai bidang keturunan Melayu. Itulah taburan sosial yang tidak dapat dibaca oleh pemimpin Umno pada hari itu. Mereka ini mempunyai maklumat. Mereka mempunyai jaringan maklumat yang luas, bukan sekadar akhbar arus perdana picisan atau sogokan dari kaca TV. Fakta itulah yang menyebabkan mereka gelisah dan bercakap sesama sendiri. Malah ucapan menteri dijawab mereka dengan bahasa badan yang mewakili perasaan geram dan benci mereka. Sekiranya pemimpin Umno cerdik, tentu sahaja mereka tidak jadikan majlis itu sebagai kempen awal pilihan raya.

Orang Melayu telah menolak mereka sama ada secara rahsia mahupun terang-terangan. Dalam majlis tersebut, tentu Aziz Jongang dan YB Hidir tentu dapat menghidu isyaratnya. Mereka harus akur bagaimana cerdik pandai Melayu sudah tidak lagi menerima mereka sebagai pejuang bangsa. Mereka memang tidak boleh diharap. Mereka adalah pagar, musang dan juga gunting seperti yang digambarkan dalam pepatah Melayu. Memang wajar mereka dihumban dan dipertanggungjawabkan atas apa yang terjadi kini.

Institusi Melayu sudah rosak teruk dalam tempoh 22 tahun Kepala Taik menjadi Raja Kutty dalam negara. Isu Bahasa Inggeris, penindasan ke atas SAR, penganiayaan terhadap penjihad Afghanistan, rekayasa KMM dan Al Maunah serta penganiayaan terhadap pemimpin harapan Melayu- DS Anwar Ibrahim telah menjadikan Umno parti haprak dengan ketuanya adalah Raja Penyangak.

Tak akan cukup damage control yang cuba mereka sogokkan ini. Begitu juga tentang ulasan Zam Mydin dalam akhbar yang mengatakan kerajaan Kedah Mesra rakyat. Orang Melayu hanya tersenyum sinis memandangkan mereka tahu niat sebenar Zam yang mengidam kerusi Parlimen Kuala Muda yang kini dipegang Daim yang diam itu.

Sebagai jagoan demokrasi yang seperti mereka laungkan di sana-sini, ada baiknya mereka mempersiapkan ketahanan mental supaya menerima arus perubahan politik ini dengan tenang. Jangan jadikan diri mereka seperti puak haprak luar negara yang terus mempertahankan rejim diktator yang akhirnya merosakkan negara. Orang Melayu sudah berubah dan menjadi matang untuk berpolitik. Mereka mahukan wakil rakyat yang memperjuangkan hak mereka di Dewan bukannya politikus haprak yang hanya memenuhi nafsu perut dan bawah perut sahaja!!

Dr. Nologareng - 20.10.2003 (suntingan M@RHAEN)
Artikel berkaitan:
Polis! Sudah Jumpakah Pembunuh Syed Ah Koon??
Kes Syed Ah Koon: Apa Betulkah Polis Telah Menyelesaikannya?
Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/
Ramai telah memberikan sokongan dengan mendaftar sebagai Warga Forum M@RHAEN.
Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~ .
Click Here!