Amier Andyka: Satu Lagi Kes Biliary Atresia!
Oleh Dr Nologareng
 

Dalam tempoh terdekat ini sudah berlaku dua kematian akibat penyakit ini seperti yang disiar akhbar dulu. Kita masih belum melupai kesedihan ibu bapa adik Sofea Qhairunnisa apabila anak kecil itu menghembuskan nafasnya akibat negara kita tidak memberikan perkhidmatan percuma untuk penyakit itu. Ya, negara kita yang punya segala-galanya untuk orang Melayu menjamu mata tidak pun mempunyai perkhidmatan percuma untuk penyakit itu.

Ash Amier Andyka Nor Hisam Usni, berusia setahun, kini berada di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) menanti untuk dibedah dengan hati yang disumbangkan oleh ibunya. Apa yang membantutkan hasratnya setakat ini ialah keadaan kewangan yang tidak mengizinkan. Menurut ibunya, Anitafauzi Jamaludin, 32 tahun, mereka hanya mampu mengumpul setakat RM75,000 sahaja dari sumbangan Pusat Zakat Selangor, sektor korporat dan persendirian sedangkan kos keseluruhan pembedahan ialah RM265,000.

Memang tiada siapa pun yang berdoa ditimpa malang dengan penyakit sedemikian rupa. Hatta batuk demam pun orang minta hindari, inikan pula penyakit sebegitu yang bukan mudah untuk menyembuhkannya.

Dalam tempoh yang sebegitu genting setelah gagal dengan operasi ‘Kasai’, hanya pemindahan hati yang bakal menjanjikan penyembuhan sepenuhnya dengan izin Allah. Sekali lagi Allah takdirkan seorang budak lelaki Melayu mengidap penyakit yang akan mengukur setakat mana tahap kemanusiaan kerajaan UmnoBn dan para kroni yang bagai lintah bergayutan sekeliling mereka.

Di negara kita terdapat beberapa yayasan milik orang Melayu yang mempunyai dana yang sungguh lumayan. Antaranya ialah Yayasan al Bukhary serta Yayasan Pok. Kali ini biarlah kita tumpukan kepada yayasan yang dipunyai keluarga keturunan Syed dari Alor Setar Kedah.

Oleh kerana mereka punya dana yang kukuh, Yayasan al Bukhary telah beberapa kali mengeluarkan peruntukan kepada yang perlu. Semasa kisah kembar Siam Permatang Pauh menghiasi dada akhbar, Yayasan itu telah mengeluarkan RM1.6 juta membiayai hobi Datok Malik Mydin mencipta rekod negara menyeberangi Selat Inggeris. Tatkala banjir melanda Kedah yang majoriti mangsanya orang Melayu memerlukan bantuan berupa pakaian dan makanan, Yayasan itu seklai lagi mengeluarkan dana untuk membiayai pakaian sukan kanak-kanak sekolah berjumlah RM1.2 juta. Nasib baiklah penggiat politik Barisan Alternatif, Mercy Malaysia dan satu badan NGO kaum Tionghua telah mengagihkan bantuan secukupnya.

Hari ini akhbar telah menyiarkan sekali lagi satu trajedi perubatan yang menimpa adik Ash Amier Andyka Nor Hisam Usni. Apakah sekali ini Yayasan al Bukhary akan melakukan sesuatu yang mengejutkan untuk membantu anak malang ini? Sama-samalah kita tunggu!

TS Mokhtar Al Bukhary adalah seorang konglomerat terkini dalam stable Mahathir yang cukup kaya dan berjaya. Beliau tersenarai sebagai salah seorang Biliana dalam negara. Bisnesnya berkembang biak dan menyentuh pelbagai bidang. Selain dari urusan tradisi beras yang diperkuat lagi dengan pembelian saham BERNAS, ia memiliki saham Pelabuhan Tanjong Pelepas, kilang aluminium Bakun dan juga pembekalan kereta kebal PT91 melalui syarikat MMC.

Membina pelbagai Muzium Islam, Pusat Islam serta masjid memanglah suatu yang baik. Akan tetapi adalah jauh afdhal jika dapat menyumbang kepada satu operasi yang bakal menyelamatkan nyawa seperti dalam kes penyakit ini. Kita amat berharap Yayasan al Bukhary membuat kejutan kali ini. Janganlah pula tetiba mengumumkan tajaannya kepada seorang bakal angkasawan sudahlah!!

Dr. Nologareng - 21.10.2003 (suntingan M@RHAEN)
Artikel berkaitan:
Pemindahan Hati Amier Andyka

Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/
Dapatkan maklumat terkini di Forum M@RHAEN.


Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~ .
Click Here!