10 Hari Yang Serba Mungkin
Oleh Dr Nologareng
 

Sekiranya bukan janji keling, dalam 10 hari lagi Mahathir sKT yakni PM yang paling dibenci orang Melayu akan berambus pergi meninggalkan namanya yang cukup busuk dalam lipatan sejarah bangsa!

PM Mahathir telah mengumumkan pengundurannya di hari penutup Persidangan Umno tahun lalu yang penuh dengan emosi sehinggakan ada menteri yang patah tumit kasutnya. Ada orang yang mengatakan sandiwara itu hanya sebagai menguji popularitinya. Apa pun seperti kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk akibatnya. Kini Mahathir hanya ada kurang lebih seminggu untuk kembali ke dunia nyata, sebagai manusia tanpa kuasa. ( jaga…. hang!)

Bermula dari hari sandiwara di PWTC itu, kerap diperkatakan orang betapa Mahathir akan mungkir janjinya. Ini telah menimbulkan kemarahan di kalangan ahli Umno totok- seolah-olah kita mengatakan ketua mereka sebagai manusia munafik! Kita pun terkejut dengan reaksi mereka. Bab mungkir janji, menipu dan berbohong bukanlah suatu yang asing kepada bedebah ini. Gelaran Raja Kelentong mungkin dapat menjentik minda kita supaya kembali memikirkan tentang janji-janjinya itu.

Mahathir sKT telah mencipta rekod sebagai pemimpin dunia yang paling banyak mantan timbalannya. Musa Hitam, Ghaffar Baba, Anwar Ibrahim adalah antara orang yang menjadi mangsa dan pernah digula-gulanya. Kini Abdullah Ahmad Badawi, cucu kepada seorang ulamak dan pengasas Umno Pulau Pinang pula diangkat menjadi Timbalan PM. Itu adalah langkah segera Mahathir menyelamatkan kabinetnya serta menjaga air mukanya kerana telah diperlecehkan sebagai manusia yang tamak jawatan dan kuasa. Satu karikatur oleh Zunar ada memperihalkan situasi itu.

Setahun hampir berlalu, soalnya siapakah agaknya yang berundur dahulu? Apakah PM yang tak tahu malu pergi dahulu atau Abdullah pula menjadi mangsa baru?

Pada adatnya, kakitangan biasa kerajaan yang mahu bersara tentu sahaja sibuk dengan urusan perpindahan serta dokumen rasmi menyerahkan jawatan. Sebulan terakhir akan dihabiskan masa menyelia agar dokumen persaraan berkaitan pinjaman dan sebagainya berjalan lancar. Sesetengahnya pula akan mengambil cuti pada akhir tempoh jawatannya.

Ini tidak pula dibuat oleh Mahathir. Kakitangan istana Putarjaya tidak pun bergelut membungkus barangan peribadinya. Malah surat peletakan jawatan untuk YDP Agong perkenankan pun belum dihantarnya lagi. Ini ialah persoalan perletakan jawatan Mahathir Perdana Menteri bukannya Mahathir mamak benggali roti. Apa yang lebih menarik perhatian kita ialah dari beberapa bulan lalu sehingga hari ini berlaku pertembungan peribadi antara mereka yang diwakili proksi masing-masing.

Bukanlah suatu yang mengejutkan apabila kem hardcore  Mahathir begitu bersungguh memastikan ia terus berada di persada. Tentu sahaja para lintah pacat itu memerlukan kehadirannya bagi memastikan mereka terus memperolehi habuan. Kita semua sudah maklum siapa mereka melalui penulisan rakyat marhaen seperti kita yang sayangkan negara. Mahathir telah timbulkan isu Perasuah Teruk dan kebimbangannya. Kemudian timbul pula isu PKPM yang memang hendak diletak atas batang tengkuk PakLah! Manakala kem PakLah juga tidak kurang garangnya dengan berjaya mengekang perancangan juak Mahathir di Stadium Bukit Jalil dan juga dalam Perhimpunan Agung Umno yang baru lalu. Malah Abdullah sempat berbahasa yang Mahathir mesti menunaikan janjinya yang dibuat secara sukarela semasa melawat Jepun dengan 300 orang mengikutinya.

Apa yang menyebabkan Mahathir kalah berbanding Dollah ialah faktor umurnya. Walaupun ia bermati-matian menunjukkan kehebatan fizikal dengan berkuda dan tidak henti-henti bekerja, usianya tetap juga yang itu. 77 tahun bukan lagi usia yang banyak orang bergantung harap. Bila-bila masa sahaja boleh direntap. Jika buah muda pun boleh gugur apatah lagi yang sudah ranum tua walau pun ia liat bagai pelepah pisang! Di sini PakLah ternyata terserlah. Seperti kata iklan radio, hargailah si Abdullah! Segala helah secara politik terbuka Mahathir sudah kalah. Apatah lagi dengan berjujus orang dan NGO melancarkan program Selamat Berambus Mahathir.

Dalam tempoh yang begitu suntuk ini, Mahathir hanya ada beberapa pilihan untuk mengetepikan Abdullah. Oh! Tentu saja melalui tangan ghaibnya. Ramai soldadu yang sanggup melakukan semua kerja-kerja kotor untuk PM Diktator. Pertama Abdullah atau Hindun meninggal dunia, kedua melalui darurat yang mudah untuk dilakukannya. Dan yang terakhir sekali ialah melalui apa yang dikata Khalil Yaakub sebagai Amanat Terakhir PM. Dalam majlis amanat itu sendiri, Mahathir boleh melakukan kudita peribadinya dengan mengetepikan Abdullah secara ugutan dengan sokongan ahli MT yang sudah dijerut tali pelirnya itu. Akan tetapi mungkin para pembaca boleh membuat pelbagai andaian lain yang matlamatnya yang sama- untuk terus berkuasa.

Dengan pelbagai rancangan yang semacam itu, maka Mahathir rasa boleh selesa untuk terus di persada. Jadi buat apa bedebah itu kalut untuk membungkus reta peribadinya. Mahupun menghantar surat resign kepada YDP Agong. Itu sebab ia tega merayau ke sana-sini berlagak seolah-olah ia tidak berjanji apa-apa. Semakin hampir detik 31 Oktober semakin yakin ia yang Abdullah adalah mangsa seterusnya. Dalam politik tiada kawan yang kekal selamanya, begitu juga dengan musuh yang akhirnya boleh mimpi sebantal pula. Ini lah perangai pengamal Freemasonian dan cara kerja Machiavellian seperti Che Det Kepala Taik.

Anwar telah ditimpa beberapa bencana bikinan konspirator yang gagal meragut nyawanya- helikopter TUDM terhempas, brek kenderaan diputuskan semasa di Langkawi, helikopter malang TS Yahaya, gempur UTK di Damansara, karate maut Bapa Anjing Rahim Nor dan juga penggunaan racun arsenik.

Fakta itu telah menyebabkan Abdullah berjaga-jaga dari menaiki helikopter tentera dan awam, kereta peribadi dan rasmi yang dijaga mekanik peribadi 24 jam serta berbagai langkah lain untuk mengelak sabotaj.

Ada seseorang yang telah bermimpi berlaku pembunuhan politik dan pesawat udara yang terhempas. Apakah itu gambaran apa yang bakal terjadi dalam tempoh 10 hari ini untuk memenuhi hasrat si Kepala Taik?

Dr. Nologareng - 21.10.2003 (suntingan M@RHAEN)

Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/
Dapatkan maklumat terkini di Forum M@RHAEN.


Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~ .
Click Here!