Ketua Pengarah JKR Yang Makar
Oleh Dr Nologareng
 

Telah pun didedahkan oleh media serta pengakuan secara rasmi oleh Menteri Pengangkutan Chan Kor Choy betapa terdapat seorang Ketua Pengarah dalam Jabatan Kerajaan yang hidup bagai para dewa dengan menggunakan tabung rakyat macam mak bapanya yang punya. Sekali imbas ianya hanyalah puncak seketul bongkah ais yang tenggelam dalam air. Bayangkan pula bagaimana dahsyatnya pengamalan haprak Ketua Eksekutif Negara si Kepala Taik yang bakal berambus dua hari lagi itu. (Jangan lupa dalam tempoh 22 tahun ia habiskan RM1 billion untuk berpeleseran sahaja)

TS Dato' Ir. Hj. Zaini b. Omar si Ketua Pengarah JKR sekarang telah mendapat lesen penerbangan semasa menjadi Ketua Pengarah di Jabatan Penerbangan Awam lagi. Sejak itu ia sering menggunakan pesawat milik Jabatan itu untuk kepentingan peribadi yang diasap perabun dengan alasan pelbagai tugasan luar. Segala kerja hapraknya telah meninggalkan hutang sekitar seratus ribu Ringgit kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) yang terpaksa ditanggung oleh rakyat awam. (MalayMail: D-G Goes On Joyrides In DCA Plane)

Apa yang lebih dahsyat ialah ia berkemungkinan telah melanggar segala hukum-hakam penerbangan dalam hal ehwal penyelenggaraan pesawat. Tanggal 16 Ogos 2001, semasa sudah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah JKR, beliau bersama empat yang lain terselamat daripada maut apabila pesawat Cessna 402 yang dinaiki telah terhempas di Batu Arang Selangor. Dalam sidang akhbar pelbagai alasan munasabah telah diberinya sebagai penyebab kemalangan, akan tetapi soalan sama ada minyak pesawat telah kehabisan sebagai punca telah menyentaknya sambil ia beralih membebel soal kelewatan bantuan dari DCA.

Salah laku penyelenggaraan pesawat itu tercatat dengan baik dalam buku log penerbangan membabitkan TS Zaini Omar. Menurut satu sumber kejadian malang yang menimpa pesawat Cessna milik Tanjung Flying Club of Penang itu jelas disebabkan kehabisan minyak, bukannya oleh pelbagai sebab lain yang cuba ditemberangkannya itu.

Kerja temberang ini bukanlah satu yang baru dalam negara kita. Apa yang dibuat oleh PM yang keberatan berambus itu lagi dahsyat kesannya. Apa nak jadi dengan ekonomi negara selepas ini? Maksud kita ialah keadaan negara ekoran kerakusan berbelanja wang rakyat tanpa akauntabiliti selama 22 tahun mencengkam negara ini. Jika benar seperti yang ditimbulkan YB Abd Rahman dalam sidang Parlimen lalu, bagaimana agaknya negara mahu bangun ke depan jika jumlah hutang sudah mencapai tahap Trilion RM?

Apa yang lebih menimbulkan tandatanya dan kemualan ialah apabila  Menteri Chan Kong Choy tampil ke hadapan memperkecilkan sikap haprak yang dilakukan oleh Ketua Pengarah JKR itu. Nadanya mungkin agak membela apabila memperlekehkan angka RM180 ribu yang diperkatakan itu sambil menegaskan ianya hanya RM80,000 sahaja dan akan ditebus dengan wang rakyat kemudiannya. Semudah itu menteri rejim ini menutup kehaprakan Pegawai yang taat setia di bawah mereka. Rahsia keji yang dibongkar terus disapu ke bawah tikar.

Begitu jugalah amalan Mahathir Kepala Taik selama ini semasa memerintah negara. Bedebah itu akan menyembunyi dan menyorok segala kes rasuah menteri dan Pegawai kerajaan yang setia dan sanggup dianjingkannya kemudian hari. Rahim Thamby Chik, Rafidah Aziz dan Ali Abool Hasan dan beberapa nama besar Umno yang lainnya telah disenyapkan kesnya oleh Bapa Perasuah Negara itu. Perhatikan kebejatan Dr Khir Toyo yang mengalahkan toyol apabila mempersoalkan perilaku mencuri wang rakyat. Apakah Mahathir mengambil tindakan? Tentu sahaja tidak.

Hanya ada dua tiga hari sahaja lagi yang memisahkan Mahathir dari jawatan yang sangat disayanginya itu. Jawatan yang bukan dipandang dari sudut amanah. Ia hanyalah untuk membolehkan Mahathir bedebah membalun negara punya khazanah. Selepas ini jika panjang umur, Abdullah akan tertabal sebagai PM walaupun suasana di Putarjaya dan kem kedua pemimpin tertinggi Umno itu begitu hangat. Yang mahu berambus seolah-olah tak mahu melepaskan jawatannya. Mungkin ia bimbang nasib Soeharto di Indonesia, Roh Tae Woo dan Chun Doo Hwan di Korea Selatan dan Ferdinand Marcos di Filipina akan menimpanya. (Gambar: Kedua-dua bekas Presiden Korea Selatan bergari ketika di bawa ke muka pengadilan kerana terlibat dengan rasuah, masing-masing berjumlah RM1.62 bilion dan RM2.2 bilion)

Seperti yang ditulis Pak MT (Yang Perlu Paklah Buat Sebelum Rombak Kabinet) tentang perubahan yang perlu dibuat PakLah dalam institusi kepolisan sebelum merombak kabinet, PakLah juga perlu menangani gejala rasuah yang amat dahsyat di zaman Kepala Taik. Jika mengambil kayu ukur Indonesia, langkah yang paling berkesan ialah menahan kepalanya dahulu untuk mengurai segala kusut masai sosial itu. Perkara pertama yang patut dibuat Abdullah ialah tahanan rumah ke atas bekas PM Mahathir sKT. Kemudian dimulakan proses perundangan yang berkaitan. Soalnya mampukah Abdullah yang beberapa bulan lalu Mahathir sindirkan sebagai Perasuah Teruk?

Bolehkah Abdullah tampil seperti mana Presiden Argentina Nestor Kirchner yang baru dipilih itu? Hanya langkah seperti Presiden Argentina itu mampu memulihkan negara kita. Ubah kepimpinan polis dan badan kehakiman, singkirkan anggota kabinet yang tersohor amalan rasuahnya. Jika Abdullah terus lembik dan meneruskan sahaja apa yang dibuat Mahathir tanpa mahu mengubahnya kepada tahap yang lebih baik, maka kita hanya bertukar Kepala Taik sahajalah.

Cuma kali ini penampilannya yang agak lembik.

Dr. Nologareng - 29.10.2003 (suntingan M@RHAEN)
Malaysia memerlukan PM seperti ini!! Musim Bunga Argentina Kirchner
mar_a_tag1342.html

Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/
Dapatkan maklumat terkini di Forum M@RHAEN.



Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~ .
Click Here!