PM Kelima Yang Dua Kali Lima
Oleh Dr Nologareng
 

Akhirnya tertunai juga hasrat Endon untuk menjadi Wanita Pertama Malaysia setelah TKT Mahathir terpaksa juga merelakan jawatan empoknya itu diserahkan kepada Abdullah. PakLah yang pada awalnya dilantik sebagai TPM bidan terjun seperti mana Ghaffar Baba selepas pengunduran Musa Hitam, berjaya menghumban TKT keluar dengan usaha-usaha gigih kemnya yang telah menggunakan sepenuhnya jentera media dengan pelbagai aturcara ‘Selamat Berambus Mahathir’.

Akhirnya Mahathir telah masuk ke perangkap sendiri yang asalnya mungkin bertujuan melihat popularitinya apabila mengumumkan persaraannya tahun lalu. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak lidah binasa badan. Pun begitu kita dapat melihat dengan jelas bagaimana TKT Mahathir masih mencuba pelbagai cara dengan bantuan proksi seperti orang yang kelemasan. Factor umur dan kebencian oleh orang Melayu secara peribadi merupakan kelemahan yang tidak boleh diperbaiki. Hatta tokoh korporat yang bagai lintah mengelilinginya selama ini juga telah perlahan-lahan mengundurkan diri, mencari ‘betis’ yang lebih bergetah. Semestinya orang itu adalah PakLah!

Kegagalan para kospirator untuk mencipta satu scenario membungkus PakLah telah menyebabkan Mahathir terpaksa juga beralah, walaupun media menunjukkan persaraannya sebagai satu yang boleh dimegah. Itulah kehebatan propaganda media dalam negara kita yang terdiri daripada wartawan mencari makan.

Secara rasmi belum ada lagi gelaran rasmi diberi kepada Mahathir kecuali Tun yang terpaksa juga kita martabatkan ia sebagai Tun Kepala Taik itu. Ada yang memanggilnya Bapa Pembangunan Global serta ada pula yang menggelari Bapa Pembangunan Sukan. Apa sahajalah. Pada orang Melayu dan marhaen seperti kita, ia tetap tersohor sebagai Bapa Pengkhianatan Negara aka Raja Penyangak. Mungkin tidak lama lagi akan diumumkan gelaran tertentu atau mungkin juga ia akan berlalu begitu sahaja seperti mana mantan PM lalu yang akhirnya mengecut bagai anggur kering tanpa dipedulikan lagi media yang dahulunya adalah penjilat terulungnya.

Setelah tertabal sebagai PM, barulah kita lihat muka PakLah lebih ceria dan bercahaya. Endon pun tidak kurang kalahnya dengan sorotan akhbar tentang kediaman rasmi serta perabot yang rata-rata buatan luar negeri yang menyimpan nostalgia peribadi. Walau pun tidak berapa sihat dengan penyakitnya itu, ia masih dikira segak untuk mendampingi PakLah yang mula menunjukkan bagak. DS Endon mempunyai seorang kembar yang sudah pun meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang sama- barah payu dara.

Secara politiknya, pemerhati akan melihat apa yang dibuat PakLah dalam 100 hari daripada tarikh ia menjadi Perdana Menteri. Itu adalah tempoh asas yang diguna-pakai bagi menilai rentak dan aliran pemerintahannya. Apakah ia akan menjadi seorang pemimpin yang unggul dan ulung atau ia hanya menuruti jejak BJ Habibie mantan Presiden Indonesia dahulu yang dilihat sebagai boneka Soeharto. Jika menurut apa yang dituturkan DS Abdullah semasa masih Timbalan Perdana Menteri, ia hanya akan dikenang sebagai Jalut kepada watak ventriloquist Mahadi yang masyhur tidak lama dahulu. Atau ia hanya menjadi watak boneka dengan Mahathir sentiasa ada di belakangnya menjadi dalang memberi titah. Sekiranya itu terjadi, alamat negara akan lebih cepat hancur dibuatnya.

Kita pernah menulis artikel bertajuk ‘Mahathir: I’ll be There’ mengulas betapa Mahathir sentiasa bersedia membantu Abdullah jika diperlukan. Mungkin ada kalangan kita yang merasakan Mahathir akan berambus terus tanpa mencampuri urusan kerajaan selepas itu. Memang itulah kelakuan yang sepatutnya. Itulah yang diamalkan oleh mantan PM yang terdahulu seperti Tunku atau Tun Hussein Onn. Mereka memilih cara ‘low profile’ sebagai mantan PM. Akan tetapi TKT Mahathir lain pula rentaknya. Seminggu sebelum persaraannya, ada tersiar berita bagaimana kakitangan pejabatnya telah memindahkan barang peribadi daripada pejabat PM ke satu lokasi baru di sebuah Perpustakaan di Putarjaya. Untuk apa agaknya ia mempunyai pejabat di bangunan kerajaan sedangkan ia telah bersara? Apakah untuk ia mudah berpindah kembali ke Putarjaya? Dari sepatutnya berambus begitu sahaja, Tun Kepala Taik telah menimbulkan pelbagai tandatanya pula. Jika semasa menjadi PM ke merata dunia ia menjual temberang tanpa memberi kesan yang baik kepada negara, apahal lagi ketika beritanya pun dipencil sehingga ke laman sembilan?

PakLah pula terlalu kerap berjanji betapa Mahathir diperlukan dalam hal-hal tertentu seperti dalam MSC dan sebagainya. Kita tidak pasti apakah itu janji yang akan ditepati atau janji kosong yang tidak perlu dipenuhi sebagaimana amalan TKT Mahathir selama ini. Mungkin itu umpan untuk menjinakkan Manusia Berhati Syaitan itu sahaja. Oleh kerana Tun Kepala Taik Mahathir tidak melepaskan jawatan Presiden Umno, maka sudah tentu ia mempunyai muslihat yang lain pula. Suatu yang Abdullah sendiri pun tidak dapat membaca langkahnya.

Cara terbaik yang ada untuk PakLah mematikan terus cengkaman TKT ialah dengan memulakan pendakwaan ke atas Mahathir. Langkah pertama ialah mengenakan tahanan rumah sebaik sahaja Pengkhianat itu pulang berehat dari Sepanyol. Segala rekod serakah dan kejahatan TKT sudah pun berada dalam genggaman PakLah dan kemnya. Ia memerlukan seseorang seperti Presiden Argentina Nestor Kirchner yang tegas dan amat berani membongkar dan memperbetulkan kembali kesilapan Presiden terdahulu yakni Carlos Menem. Malah ia berani mengambil keputusan menghadkan kuasa Presiden dengan mengembalikannya kepada Parlimen berbanding TKT yang memusatkan segalanya kepada batang tubuhnya. Apakah PakLah punya kesanggupan sebegitu untuk menjadi seorang PM yang dipandang tinggi, terhormat dan mulia?

Seperti yang dikatakan MGG Pillai, PakLah memang berhadapan masalah kerana langkah tegas seperti itu akan menguburkan terus UmnoBn kerana kehaprakan selama ini akan terdedah untuk dihakimi rakyat dalam pilihan raya yang semakin hampir itu.

Jika PakLah memilih untuk meneruskan sahaja acuan yang ditinggalkan TKT bedebah itu, negara kesayangan kita ini akan menjadi lebih parah seperti kata pepatah sudah jatuh ditimpa tangga. Keluar mulut harimau masuk rahang buaya. Hutang satu Trillion RM yang ditinggalkan dan semakin membiak bunganya serta kegagalan melunaskan principal akan menjadikan Malaysia satu lagi Argentina di sebelah sini. Argentina yang dahulunya perkasa sekali ekonominya tersembam menyembah bumi apabila hutang luarnya mencecah USD500 billion. Perhatikan perbezaan yang kecil dengan hutang yang ditanggung negara kita dengan bunga yang semakin mekar setiap detik. Ketika itu barulah agaknya ahli Umno biasa yang terbuai selama ini akan bangkit dan mengganyang pemimpin mereka kerana terpaksa beratur di pagar masjid untuk semangkuk bubur!! Ketika itu, tiada apa lagi yang boleh dilindungi oleh propaganda mereka. Bisul yang dibikin Mahathir sudah mula meletup. TKT Mahathir amat menyedarinya serta faham betapa ia berada dalam kedudukan yang bahaya.

Apakah kerana itu, musibat itu melarikan diri terus ke luar negara sebaik bersara? Walau media mendendangkan kejayaan 22 tahun pemerintahan TKT Mahathir dengan segala dokumentari dan puja-puji sana sini, ianya tetap tidak dapat meyakinkan Mahathir. Ia sudah dihantui satu perasaan bawah sedar yang akan sentiasa meruntunnya. Tidak pernah lagi sebarang pemimpin Malaysia merasa sepertinya. Dihambat bayang-bayang kesalahan besar terhadap orang Melayu, agama Islam dan juga himpunan individu yang telah dianiayanya secara langsung mahupun tidak. Merasa malu kerana kelentungan dan penipuannya telah terdedah saban waktu melalui pelbagai saluran media alternative sehinggalah di Dewan Parlimen. Merasa terpukul kerana menyalah-gunakan peruntukan Bumiputera untuk kepentingan sendiri serta anak bini. Yang lebih dahsyatnya ialah apabila ia memisahkan bapa dan anak daripada kaum keluarga mereka semata-mata untuk terus mencengkam kuasa sambil mengenakan musuh politiknya.

Akan tetapi kerana dia bukan seorang Melayu yang tulen dan berjiwa besar, maka ia tidak melakukan perkara yang sepatutnya, yakni menyesal dan menebus semua kesalahannya itu. Laksana seekor singa yang berhati tikus, ia memilih untuk melarikan diri menjauhi orang Melayu yang telah dianiayanya dengan tingkah-laku, kuasa dan juga perkataan hina yang hanya layak keluar daripada mulut anak gampang. Sebagai fugitive itu, TKT dapat melihat, menilai dan merencana dari jauh. Ingat, kedudukan Abdullah belum kukuh dan masih boleh digugat.

Oleh kerana ia terkenal sebagai seorang PM yang gemar berpelesiran keluar negara sejak awal memegang tampuk pemerintahan, langkah ia melarikan diri ke Eropah bercuti selepas berambus pergi memang suatu yang tidak masuk akal. Ini adalah kerana Eropah itu lebih kerap dikunjunginya berbanding sesetengah tempat dalam negara. Kenapa ia tidak melawat negeri asalnya, Kedah yang baru-baru ini dilanda banjir sambil kembali beramah mesra dengan rakyat kecil yang telah diabainya? Jawabnya kerana ia seorang Kepala Taik yang bergelar Tun.

Apapun Paklah mendapat negara seperti mana BJ Habibie mendapat Indonesia. Prasarana dan projek mega memang mewarnai landskap negara, akan tetapi kesan hutang yang ditinggalkan itu teramat besar untuk ditanggung oleh pembayar cukai - yakni rakyat jelata. Itulah kehaprakan Mahathir yang tersohor. Pengamalan rasuah dan penipuan terhormat begitu menjadi-jadi di zaman TKT Mahathir. Masih ingat lagi kes bon RM19 billion PUNB? Anda belum lupa kes rasuah Rafidah dan Ali Abool Hassan serta lagenda Naib Presiden Umno Muhd Mohammad Taib dengan wang 17 kilonya? Jangan lupa pula kisah banglo Jeneral Ismail Qarun yang ranap bersama 11 buntil wang sejuta RM setiap satu.

Seperti yang ditulis MT, perubahan sedang berlaku dalam institusi polis akan tetapi rakyat menanti apakah ia akan menyeluruh atau hanya beberapa kerat sahaja yang luruh? Saranan Pak MT supaya dihumban segala Ketua Polis Negeri yang ada memang wajar dan bertepatan sekali kerana rakyat marhaen sudah nak berbulu melihat mereka yang rata-ratanya hidup melebihi pendapatan. Akan tetapi ulasan supaya PakLah merombak cabinet adalah yang paling baik dan penting pada ketika ini. Suami Endon ini tidak boleh berlengah lagi.

Tunggul buruk seperti yang digelar MT kepada individu tertentu dalam cabinet hari ini memang satu analog yang menceritakan perihal mereka. Kepala Tunggul sudah pun terpelanting.

Bersama perubahan kepala negara, kita juga telah diberitahu akan berlakunya penyerahan kuasa kepimpinan Polis Raja di Malaysia PRdM. Raja Pasemboor telah pun secara rasmi diganti oleh Mohd Bakri yang media gambarkan sebagai seorang yang berdisiplin dan menolak rasuah seperti kisah beliau menolak curut yang dibeli oleh pegawai bawahannya. Profilnya digambarkan begitu cantik sekali sehinggakan mampu membuatkan kita berasa bersyukur seperti mana orang bersyukur dengan berambusnya TKT Mahathir. Beliau juga pernah menjadi Ketua Bahagian Narkotik di Bukit Aman.

Belum pun sampai seratus hari edah TKT berambus pergi, si Abdullah PM lantikan Mahathir telah menyerlahkan bakat Umnonya. Kali ini 13 orang pelajar Melayu di Pakistan menjadi mangsa. Sebagai meneruskan kepimpinan Mamak Tun Kepala Taik, Abdullah dengan kerjasama KPN baru (dah mula dah!) telah menaikkan lagi carta kesalahan mereka kepada orang Melayu. Kesemua 13 orang pelajar yang telah disahkan tidak bersalah dan tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas oleh kerajaan Pakistan serta diakui oleh Pegawai Konsulat Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pakistan, Abdul Ghaffar Iskandar telah diperbesarkan oleh akhbar tempatan sebagai pelapis kepimpinan Jemaah Islamiah ciptaan Singapura itu. Kerja haprak tipu-menipu begini bukanlah baru dalam akhbar utama negara. Isu tanjak KuLeigh, kes fitnah terhadap Anwar Ibrahim serta pemujaan terhadap TKT adalah bukti akan gelagat keji mereka.

Sekiranya ada orang yang menaruh harapan kepada perubahan dalam negara dengan tertabalnya Abdullah sebagai PM dan bertukarnya Raja Pasemboor kepada Mohd Bakri Strict, ianya akan bersifat sia-sia sahaja. Usah ditunggu seratus hari, dalam tiga belas hari ini sudah cukup untuk membaca gerak politik dan pentadbiran negara.

Negara hanya bertukar CEO baru seperti mana sebuah kapal yang bertukar kapitan. Daripada tangan Kapitan Keling ia berpindah kepada Kapitan Badawi. Namun hakikatnya kapal ini sudah terlalu teruk ibarat Titanic yang mula menjunam kini ke dasar kemelesetan ekonomi yang dahsyat. Buritan yang kelihatan itulah merupakan kemegahan yang sering dibanggai TKT Mahathir, PakLah dan segala pengikut serta juak mereka. Buritan itulah yang ditandai oleh Menara KLCC, KLIA, Putarjaya, Monorail/LRT dan pelbagai projek mega yang akhirnya menjadikan negara kita pariah dalam dunia ekonomi.

Kita katakan pariah, ‘keranamu Mahathir’ kita terpaksa mengapungkan ekonomi negara melalui penjualan bon dan pelbagai pinjaman mudah serta pinjaman daripada sindiket kewangan dalam negara. Apakah TKT Mahathir dan kini Abdullah merasakan yang rakyat marhaen tidak tahu menahu perihal bagaimana Tabungan awam seperti KWSP, KWAP dan sebagainya hanya memegang nota dan skrip dengan wangnya telah hangus disalah-guna rejim Tun Kepala Taik selama ini??

Terlalu meluas sebenarnya skop kerosakan yang ditinggalkan bedebah yang liat nyawanya itu seperti mana yang pernah ditulis dan diulas rakyat marhaen sejak 1998 dahulu. Secara perbandingannya kerja haprak TKT Mahathir selama 22 tahun ini juga menyamai puluhan tahun kerosakan yang dilakukan oleh pemimpin Argentina daripada zaman pemerintahan tentera sehinggalah kepada pemimpin yang dipilih rakyat seperti Carlos Menem. Mahathir tidak perlu berbangga menipu rakyat dengan pendekatan ekonomi kontroversialnya seperti tambatan mata wang RM kepada USD kerana Argentina juga telah mengamalkan pendekatan yang sama. Kini Presiden barunya sedang melakukan perubahan drastic mengembalikan negara itu kepada landasan demokrasi yang sebenarnya. Mengurangkan kuasa Presiden, memecat Hakim beruk, menyingkirkan Ketua Polis perasuah dan korup, membersihkan institusi tabungan awam yang sering disauk oleh pemimpin parti dan kerajaan.

Itulah sebaik-baik langkah yang sepatutnya diambil oleh PakLah dalam memperbetulkan kerosakan yang ditimbulkan TKT. Tidak cukup dengan bercakap sahaja. Bak kata pepatah – kokok berdegar-degar ekor terpalit najis. Itulah sebenarnya PakLah sekarang, ibarat seekor ayam jantan yang berkokok menentang rasuah dan mahukan pemimpin bercakap yang benar. Melihat kepada kerakusan anaknya Kamaludin membina empayar niaga serta kelentungan terkini Abdullah tentang 13 pelajar yang ditahan itu, tidak ada beza stail pengurusan negara antara bedebah TKT dan juga Kepala Taik yang lembik ini. Penipuan, propaganda, penipuan, propaganda- itu sahaja!

Wajarkah kita menunggu sehingga seratus hari untuk menabalnya sebagai seketul lagi Kepala Taik??

Dr. Nologareng - 13.11.2003 (suntingan M@RHAEN)

Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/
Dapatkan maklumat terkini di Forum M@RHAEN.



Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~ .
Click Here!