ISA 13 - Konspirasi PRdM Dan Abdullah Untuk Berkuasa 
Oleh Dr Nologareng
Memang malang dan memalukan orang Melayu berikutan penahanan atau tangkapan 13 orang pelajar muda Melayu yang belajar di Pakistan ini. Walaupun PM bermuka bodo ini cuba berdalih dengan istilah antara tahanan dan penangkapan, ianya tidak memberikan sebarang kelegaan kepada orang Melayu secara am apatah lagi keluarga mereka secara khusus. Kita telah berulang kali mengingatkan betapa bermulanya jatuh sesebuah kerajaan diktator ialah apabila rejim memerintah mula memusuhi bangsanya sendiri.

Mewarisi dari rejim Tun Kepala Taik, PakLah tidak mempunyai hati yang berani dan bersih untuk mengundur kembali keserakahan dan kebejatan manusia berdarah benggali itu. Walau apa pun keletungan dan dakwaan mereka, orang Melayu tidak sekelumit pun percaya bahawa isu Al Maunah, KMM dan JI itu suatu yang benar! Kegagalan mendakwa mereka di mahkamah dan proses perundangan rimba yang dibuat ke atas anggota Al Maunah telah menjelaskan pada mata rakyat betapa rejim ini walau telah bertukar Kepala Taiknya tetap perlu dihumban dalam pilihan raya yang sudah hampir itu..

Strategis yang berada di sekeliling PakLah (termasuk Musa Hitam) ternyata tersilap besar apabila meneruskan juga penahanan pelajar berkenaan. Sungguh memalukan serta mendatangkan rasa mual yang sangat apabila petikan akhbar Utusan Malaysia kelmarin mengatakan yang Abdullah PM terbaru dari Umno itu telah mengatakan yang para pelajar itu bukanlah muda sangat yakni mereka itu berumur. Membaca petikan itu kita pun terus menyelak akhbar mencari kebenarannya. Takdirnya, kata-kata PakLah itu telah ditempelak oleh muka depan akhbar itu sendiri. Terpampang muka 13 anak Melayu yang menjadi mangsa. Seorang dari mereka berumur 25 tahun, dua orang 21 tahun manakala yang lain adalah belasan tahun. Maknanya mereka itu masih mentah semasa dihantar belajar agama beberapa tahun dahulu.

Wow! Abdullah yang menyeru pemimpin UmnoBn supaya berkata benar telah berbohong lagi untuk sekian kalinya. Apakah boleh khalayak yang berumur 25 tahun ke bawah dianggap sudah berumur??

Pada kebiasaannya, orang mengira umur 40 tahun sebagai batas untuk mengatakan seseorang itu telah berumur. Manakala 50 ke atas dianggap telah tua. Atas lagi daripada itu dianggap orang tua tak sadar diri jika masih belum berubah kepada kebaikan dan bertaubat. Takkanlah itu pun PakLah tak tahu? Bukankah had umur Pemuda Umno sehingga 40 tahun? Terpesong sungguh otak PakLah.

Akhbar tidak perlulah berbohong saban hari dengan mengeluarkan pelbagai alasan, helah, andaian serta kemungkinan dengan memetik sumber polis sebagai puncanya! Umum telah pun mengetahui bagaimana modus operandi mereka yang bersendikan propaganda semata-mata.

Sebagai menjentik minda, mari kita ingat semula bagaimana kes fitnah liwat DSAI, affidavit Nallakaruppan, tuduhan pelbagai senjata militan milik Ezam dan rakan-rakan, wang RM3 billion milik Anwar, Al Maunah, KMM serta tuduhan Anwar punya kaitan dengan kelompok militan diketengahkan dalam akhbar. Kesemuanya diatur dan dirancang oleh beberapa kerat manusia spesis hawar demi kepentingan peribadi dan politik rejim ini. Apabila kita memperkatakan selepas 31 haribulan Oktober, sekaligus ia merujuk terus kepada Abdullah suaminya Endon Mahmud.

Sehingga hari ini, rejim zalim yang mula menindas orang Melayu ‘bukan ahli Umno’ tidak pun mempunyai bahan bukti bagi mengaitkan ahli KMM. Mereka hanya menganyam cerita bohong dan propaganda demi menakutkan rakyat terutamanya warga bukan-Melayu. Ini mudah difahami kerana rejim UmnoBn memang bergantung harap sepenuhnya kepada undi golongan ini. Orang Melayu sudah pun meminggir dan menjauhi mereka. Umno sudah menjadi lemah. Jika tiang seri sudah dimakan bubuk, alamat tidak lamalah istana BN akan tumbang. Sekiranya mereka mempunyai bukti kukuh yang bukan cerita khayalan, tentu sahaja mereka bernafsu benar untuk mengheret mangsa itu ke mahkamah.

Sekiranya anggota teras KMM seperti mana tuduhan yang dibuat oleh pemimpin atasan PRdM pun tidak mampu mereka kemukakan bahan bukti sehingga kini, apatah lagi dengan tahanan ingusan 13 orang itu. Belum pun sampai 20 hari menjadi Perdana Menteri PakLah sudah tersandung langkahnya. Pada awal kekuasaan TKT dahulu, penderhaka negara yang ulung itu telah membebaskan sekian ramai tahanan ISA. Sedangkan Abdullah si Taik Lembik pula telah menangkap 13 orang budak remaja di bawah ISA. Tidakkah ia memberikan gambaran yang menakutkan sekali gus menabalkan ia sebagai Kepala Taik II yang lebih zalim? PakLah tidak boleh membersihkan dirinya dengan mengatakan bahawa itu kerja polis, bukannya atas suruhan dia!

Adalah merupakan satu langkah bijak sekiranya PakLah mengikuti saranan oleh MT supaya membebaskan 13 orang remaja itu dan ditahan pasportnya. Sambil itu mereka boleh dipanggil untuk disoal-siasat. Ini sekali gus boleh menjarakkan PakLah daripada tercemar imej mesra rakyat yang cuba dijajanya kini. Akan tetapi PakLah dan PRdM terus mengambil jalan yang lebih teruk dan keji apabila terus menuduh yang kesemua anak-anak itu dihantar keluarga mereka ke Pakistan untuk menyertai militan.

Malah hari ini akhbar telah pula menyatakan hasrat rejim PakLah untuk menyoal-siasat pula anggota keluarga remaja ISA13 itu.

Kita boleh perhatikan bagaimana mereka sedang merancang sesuatu untuk menutup pembohongan dan kesilapan mereka berkaitan ISA13 ini. Memang jelas institusi polis sudah menjadi satu sayap militia UmnoBn yang zalim demi memuaskan tuan mereka yang baru.

Memang benar seperti mana kata pepatah Kuno China- ‘untuk menutup satu pembohongan, sembilan lagi pembohongan akan dicipta’. Pepatah itu dapat menerangkan pelbagai situasi yang berlaku dalam negara. Sebenarnya ia adalah lanjutan dari kerja tipu-menipu rejim dari zaman TKT sehinggalah ke era Abdullah Badawi. Semasa isu Al Maunah Bukit Jenalik, ketololan para konspirator dalam adegan mencuri begitu banyak senjata dengan ramai anggota untuk disumbat ke dalam 3 buah jip telah cuba ditutup dengan pembohongan baru apabila Kementerian Najib mengarahkan sekumpulan komando berlatih selama dua minggu untuk menyumbat senjata sebanyak itu untuk ditontonkan kepada ahli politik! Begitu juga dalam kes ‘lewat’ DSAI, mereka terpaksa mengada-adakan tilam, tompokan peta air berahi, saksi palsu dan sebagainya untuk menguatkan hujah walaupun pada tarikh yang diberi, apartmen Tivoli Villa belum pun siap dibina.

Begitu jugalah apa yang berlaku dalam kes ISA13 ini. Pihak perisikan PRdM dan Abdullah cuba mencatur kembali pandangan rakyat tentang KMM, JI dan Al Qaeda dengan cerita karut baru tentang ‘misi’ 13 orang pelajar muda yang belum pun berumur lagi itu seperti dakwa PM Abdullah. Rejim cuba mengatur jalan ceritanya supaya nampak lebih logik dan dapat diterima rakyat. (Mungkin jika ada letupan di KLCC, KLIA, Putarjaya atau Polis terjumpa bom di situ keadaan menjadi lebih menarik!)

Pendedahan demi pendedahan termasuk rujukan artikel dari luar negara dan artikel TAG yang kita ketengahkan menyerlahkan betapa mereka sedang bermain dengan api kemarahan orang Melayu.

Kini mereka membuka medan yang lebih luas dengan mengatakan para ibu bapa sebagai dalang yang menghantar anak-anak mentah itu untuk menimba ilmu menjadi militant. Menurut akhbar, sumber PRdM telah menyatakan niat mereka untuk turut menyoal siasat para ibu bapa dan penjaga tahan ISA13 itu! Agaknya ke mana pula hala tuju konspirasi itu selepas ini? Apakah ia bertujuan untuk menyauk PAS, individu politik tertentu serta akhbar Harakah dengan menggunakan pengakuan secara paksa terhadap pelajar Agama itu? (ingat kes Nallakarupan dan tuduhan DSAI ada RM3 Billion!!)

Apapun cerita makar yang cuba digarap Abdullah bersama KPN baru si Bakri Strict (tak makan rasuah beb!!) serta Ketua SB tidak dapat mengubah pegangan rakyat yang jauh mendahului mereka mencari maklumat tentang penahanan pelajar itu di Pakistan dahulu. Ada pun kesilapan yang boleh dikaitkan ialah kerana mereka pernah duduk serumah dengan Gun-Gun pelajar Indonesia yang merupakan adik kepada Hambali. Akan tetapi apakah ianya boleh dianggap sebagai satu kesalahan dari segi perundangan? Perhatikan bagaimana negara Indonesia menangani isu yang ditimbulkan oleh perisik Pakistan untuk memuaskan hati Paman Bush itu. Mereka telah menghantar pegawai terus ke sana menyiasat dan membersihkan Gun Gun daripada tuduhan rekaan yang berubah-ubah dihalakan kepadanya oleh penguasa Pakistan. Berbuktikan pelbagai dokumen yang sahih serta tiada rekod jenayah di Indonesia, Indonesia membersihkan nama rakyatnya. Inilah langkah yang sepatutnya ditiru oleh rejim Abdullah bukan dengan menari mengikut rentak yang diatur oleh Amerika.

Pemerintah Malaysia mengambil langkah songsang yang sanggup menipu dengan mengatakan betapa 13 orang remaja bangsa sendiri itu berbahaya dan boleh mengancam Singapura! Begitulah pelik dan dahsyatnya otak bahlol konspirator. Apakah mereka kini menjadi ejen perisikan Singapura? Kita seharusnya membuka mata dan mula berfikir bahawa negara yang mula-mula mencipta istilah JI ialah Singapura dan Amerika. Apakah Abdullah dan sekongkolnya mahu kita percaya bebudak ingusan itu ‘militant’ yang bahaya dan anak didik ‘militant’ KMM? Apakah kerana mereka anak tahanan zalim yang dibuat oleh TKT dahulu, makanya mereka juga adalah anggota ‘militant’ yang sama?

Apa pun helah dan pelbagai andaian serta alasan yang diberi oleh PRdM serta Kementerian Abdullah tidak akan dapat meyakinkan rakyat seperti mana juga dengan pelbagai helah makar yang mereka beri tentang KMM, Al Maunah dan Al Arqam sedikit masa dahulu. Sekiranya Gun Gun sendiri didapati tidak bersalah oleh Pakistan dan juga Indonesia, apahal pula 13 orang remaja mentah itu nak menanggung getahnya? PakLah mesti jawab soalan ini.

Memang benar PRdM dan PM BJJ Habibie Malaysia itu bebas untuk berbuat apa sahaja demi mempertahankan kuasa yang ada pada mereka. Akan tetapi kita memohon sedikit kewarasan supaya mereka berubah dan membuat anjakan menjauhi amalan TKT Dr Mahathir yang penuh dengan retorika dan penipuan. Langkah itu perlu mereka lakukan demi kepentingan bangsa, agama dan negara. Sepatutnya mereka belajar dari kejadian-kejadian besar politik seluruh dunia serta dijadikan sempadan mana-mana yang mendatangkan kehancuran. Perhatikan gejolak di Indonesia, Filipina, Iran, Argentina dan juga Somalia. Gelagat pemimpin dan angkatan bersenjata yang menekan rakyat dengan kuasa mereka serta melakukan kerja tipu-menipu dengan menganiayai rakyat sendiri hanya akan mempercepatkan berlakunya huru-hara politik seperti negara yang kita berikan tadi. (Belajarlah dari kejadian Revolusi Iran di mana hampir 500 orang polis SB dibicarakan secara terbuka dan ditembak mati di padang bola sahaja. Nauzubillah….)

Kerja haprak pegawai atasan polis yang derhaka, khianat dan berhati busuk itu telah mula mengundang kemarahan seluruh rakyat. Dan semestinya mereka tidak mempamerkan secara terbuka atau turun ke jalan-jalan raya, tunggulah ketika pilihan raya dan apabila sampai masanya. Malah anggota keluarga yang bersusah payah membanting tulang mencari wang untuk anak mereka belajar juga mula memprotes, membantah tuduhan liar yang dibuat oleh sumber PRdM itu dengan beraninya dan tabah kepada media.

Kita tidak pasti sama ada cerita baru yang dibuat PRdM itu bertujuan untuk PakLah menerima masalah sekali gus menyebabkan ia rebah. Kita juga masih mencari apakah ada unsur-unsur ugutan dan kilasan tangan pada saat akhir TKT mengundurkan diri. Apakah ugutan kepada ekonomi negara menjadi percaturan mereka sehinggakan menjebak PakLah supaya ia gelabah dan kehilangan arah?

Inilah yang dikata mereka sebagai rahsia dalam kerajaan. Ianya perlu mengangkat sumpah sebelum diberitahu apakah status sebenar negara dalam kapasiti Perdana Menteri. Soalnya, apakah TKT Mahathir memberitahu segala-galanya ataukah Bedebah Tua itu masih menyimpan sebahagiannya bersama sekongkol untuk melibas kembali. Kini PakLah semakin tahu bagaimana teruk dan tenatnya ekonomi negara.

Hutang sudah mencecah RM 1 Trillion. Eksport masih rendah, FDI lesu untuk menjengah, kilang masih banyak yang ditutup hatta di kawasan Kulim Hi-Tech yang MB Kedah suka bermegah dengannya. Menurut sumber yang terbaru khabarnya kilang ADT! Manakala kilang pembuat wafer Silterra juga sudah terhimpit teruk dengan wang rakyat disuntik lagi untuk perbelanjaannya. Bon-bon yang dijual Petronas semakin matang untuk ditebus. Manakala rejim semasa era TKT telah berbelanja besar untuk membeli kelengkapan tentera dari kereta kebal, kapal selam, kapal pesisir pantai sehinggalah kepada SU-30MKM yang puluhan billion harganya dan sungguh meragukan itu. Apakah kerana itu, Abdullah sudah condong mengamalkan apa yang disaran pihak pembangkang dan penulis rakyat? Perubahan gaya kepimpinan yang tetiba mesra rakyat dan menitik-beratkan ekonomi berskala kecil yang lari jauh dari acuan mega Tun Kepala Taik sebelumnya menggambarkan yang Abdullah bersetuju dengan pendapat pembangkang.

Memang baik untuk Abdullah tidak bersikap seperti Tun Kepala Taik. Akan tetapi bayangan perubahan yang cuba disogoknya memancing undi itu terus lenyap bagai kabus disergah mentari.

Selagi isu ISA13 ini tidak selesai dengan kesemua mereka dibebaskan dan diikuti pembebasan tahanan tidak sah KMM, JI dan Anwar Ibrahim, Abdullah tidak usah bermimpi untuk mendapat sokongan rakyat terutamanya orang Melayu. Ingatlah, bahawa perseteruan dengan orang Melayu secara begini hanya akan membawa rebah kepimpinan Abdullah serta negara menjadi punah. Bahkan jika gejolak di bawah permukaan ini menjadi lebih serius akan membawa kepada masalah yang jauh lebih besar dari ancaman rekaan KMM, JI oleh pemimpin rejim dan polis.

Barang dijauhkan Allah.

Dr. Nologareng - 16.11.2003
Sila berikan respons/komen kepada artikel ini.

Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/
Dapatkan maklumat terkini di Forum M@RHAEN.



Tapak Utama: http://marhaen.internations.net
Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.

Click Here!
Hantar artikel ini kpd sahabat: