Belasungkawa Untuk Rakyat Malaysia
Oleh Dr Nologareng
Akhirnya benarlah seperti yang berlegar dalam dunia internet betapa PakLah hanyalah PM proksi kepada Mahathir tanpa mempunyai kuasa mutlaknya sebagai PM. Pelantikan Najib yang amat tidak disenanginya suami isteri itu jelas menunjukkan bahawa Tun Mahathir Kepala Taik masih lagi mewarnai politik dan hala tuju sosioekonomi negara. Sekali gus ini ialah tahun ke-23 ia mencengkam kuasa.

Kenapa pilihannya Najib? Tandus sangatkah Umno untuk mencari Timbalan Perdana Menteri? PakLah mungkin sudah kehilangan bunga silat politiknya atau pun gerakan anaknya sendiri sudah terhenti apabila Tun KT mencampuri. Sekali gus, secara simbolisnya Mahathir memberi pertanda betapa tidak semudah itu untuk rakyat melupakannya. Bedebah tua itu rupa-rupanya masih mempunyai bisa dan berkuasa.

Kalau kita merenung kembali keputusan Pilihan Raya Umum tahun 1999, adalah suatu yang tidak logik untuk meletakkan Najib di jawatan itu kerana menang tipisnya 243 undi walau setelah ribuan undi tentera diangkut ke situ. Seni dalam politik menjadikan ia serba mungkin. Dengan kerjasama khianat Pegawai di Jabatan Pendaftaran, ribuan rakyat marhaen telah diangkut dari Kedah dan diberikan petempatan sementara di bekas kawasan pembalakan dalam keadaan serba kekurangan. Mereka siap dibekali dengan MyKad baru yang menunjuk bukti betapa mereka menempat di situ. Di mana? Di situ, dalam kawasan Parlimen Pekan sebagai pengundi hantu.

Akan tetapi perancangan itu sudah pun dihidu beberapa bulan sebelumnya bila mana pemimpin negara menegaskan untuk menetapkan syarat pengundi mengikut alamat tempat tinggalnya. Lalu meriahlah mereka berhujah dan bertingkah mempertahankan ide itu. Rupa-rupanya, kelentungan itu adalah untuk menghalalkan kerja haram lagi khianat demi mencengkam kuasa. Khabarnya para penduduk setinggan yang rata-ratanya datang dari Kedah itu telah pun dilawati oleh Najib sendiri.

Setelah puas rejim menggunakan orang Filipina, Siam dan Pakistan, kini mereka beralih kepada bangsa Melayu sendiri sambil menabur janji. Menurut khabar mereka dijanjikan tanah sawah apabila BN/Umno menang dan terus memerintah. Yang menganehkan, dalam kawasan bekas hutan balak begitu sawah jenis apa agaknya yang mahu ditanam? Takkanlah mereka mahu dikerah menanam padi huma yang tidak produktif itu. Lebih bimbang sekiranya nasib mereka terbiar sebaik Najib mendapat kuasa. Bayangkan apa terjadi kepada mereka sekiranya Najib tewas!!!

Persoalan kenapa Najib kelihatan tenang dan bersahaja serta yakin wataknya apabila tampil di kaca TV terjawab dengan pendedahan eksklusif oleh akhbar Harakah itu. Sekiranya kita meluaskan lagi skopnya, itulah juga pengamalan yang dibuat seluruh negara dengan bantuan Pegawai khianat yang mengongsi Jabatan Pendaftaran Negara. Sudah kedengaran bagaimana anak-anak muda pekerja pejabat yang diarah untuk mendaftar MyKad baru khusus untuk Pilihan Raya Umum dengan habuan RM500 satu kepala apabila masanya tiba. Akan tetapi mereka ini anak muda Melayu yang sudah sedar dengan helah dan perangai pemimpin Umno yang onar. Dengan berani, sebahagiannya telah membantah.

Apa yang dikatakan rombakan kabinet oleh PakLah hanyalah umpama serakan dan mengacau buah mahjong di atas meja sahaja. Apa yang berlaku adalah alih kedudukan portfolio sambil menambah satu lagi mamak mangkuk hayun melalui pintu belakang. Jika itulah rupa cabinet baru Perdana Menteri, tidak perlu rasanya mengambil masa sampai dua setengah bulan sehinggakan sudah ada yang termengkelan.

Dakwaan betapa PakLah menggadaikan anggota kabinet kepada TKT Mahathir bedebah ada benarnya. Apatah lagi dengan menambah seorang lagi loyalis berdarah mamak yang bernama TS Mohd Nor Yakcop. Kata PakLah, TS Mohd Nor akan menumpukan kepada kerja pejabat bagi menjaga kewangan negara dengan jawatan Menteri Kewangan Kedua. Memang bagus alasannya memandangkan keadaan ekonomi yang terhimpit kini. Masalahnya insan inilah yang telah menyebabkan negara kerugian RM30 Billion atas nasihatnya yang silap dan tidak tepat sedikit masa dahulu. Kerugian yang diakui kerajaan dalam salahurus perniagaan mata wang itu hanyalah RM13 billion. Beliau juga teraju utama semasa Valuecap ditubuhkan Mahathir sedikit masa dahulu bagi menjaga pelaburan kerajaan. Hasil kerja kelompok akomplis beginilah yang menjadikan tabungan awam kering-kontang dan diganti dengan nota dan skrip.

Apakah Najib boleh membantu PakLah bagi memacu kembali ekonomi negara? Kelentungan media yang mengatakan Najib ahli ekonomi memang satu jenaka terkini yang nakal dan berniat jahat. Kita tidak tahu apakah itu unsur yang cuba memalukan Najib atau pun memang satu lagi acara merobotkan minda rakyat jelata. Sebelum kita tertipu, elok diulang lagi sekali- Najib pulang menyauk peluang politik selepas kematian ayahnya dengan tangan kosong!! Ya…..tanpa sijil kelulusan dari sana. Tidak ada sijil, ijazah mahupun postgraduate yang boleh dicantumkan dengan namanya. Just plain Najib!

Ingatkah para pembaca satu ketika dahulu, bagaimana ada seorang penulis yang mengatakan Najib telah mengeluarkan buku hasil tulisannya bertajuk- Mari Melukis Bersama Abang Najib??

Jika ada pun kejayaan cemerlang Najib adalah dalam memperkayakan serta memberi peluang kepada sang isteri untuk membalun sakan peluang dan projek kerajaan. Rasanya hampir setiap rakyat tahu bagaimana isterinya melalui pelbagai syarikat telah membalun kontrak Kementerian Pertahanan. Dahulu semasa Najib menjadi Menteri Pendidikan, Rosmah telah galak dalam projek Sekolah Bestari yang jelas menampakkan betapa ia memang seorang yang cerdik lagi bestari. Projek itu kantul begitu sahaja dengan pembaziran yang tiada taranya.

Itu sebablah semasa TV mengadakan acara membodek dan membina imej Najib mendatangkan satu macam punya rasa loya. Kita amat arif dan tahu bagaimana mereka melaksanakan acara syok-syok sendiri dengan melayani panggilan telefon yang telah ditapis serta dirancang inti-patinya. Kita juga amat peka, apabila beberapa nama mendakwa sebagai warga angkatan tentera yang merasa bangga sambil pujian melambung dihamburkan kepadanya. Apakah benar begitu? Ataukah ia sekadar solekan bedak untuk menutup sopak di muka?

Elok kita ulang tayang dan membaca semula rintihan seorang juruterbang pesawat helikopter dalam TUDM seperti yang tersiar dalam Harakah (Juruterbang TUDM Dedah Pelbagai Penyelewengan). Kita perhalusi dan dalami apa rintihan dan rasa tidak puas hati yang cuba disampaikan beliau. Kebenaran apa yang ditulisnya telah terhidang dengan berlakunya peristiwa pesawat terhempas baru-baru ini. Malah jika kita menoleh ke belakang, beberapa insiden yang memakan korban juga berasal dari masalah yang timbul oleh dasar kerajaan yang semakin pincang. Dasar penswastaan yang dahulunya dicanangkan akan memperbaiki dan meningkatkan mutu perkhidmatan hanyalah bertaraf melonggarkan taik telinga sahaja.

Kita pernah mendedahkan tentang tender pembekalan alat keselamatan SAR helikopter  yang telah dimenangi tender yang mahal tanpa kursus menggunakannya. Kita juga pernah menyiarkan tentang beza harga yang pelik bagi pesawat SU-30MKM serta kekeliruan kontrak perolehan yang jauh mahal harganya. Kita juga telah siarkan cara pendekatan ‘barter-trading’ yang salah dan menghamput harga komoditi kita sendiri.

Malah sudah ada yang mendedahkan bagaimana syarikat perunding yang terlibat dalam pembelian kapal selam Scorpene telah membuat untung buta jutaan ringgit, sedangkan yang meneliti dan mengkaji adalah pihak tentera sendiri! Kalau kita himpunkan kesemua kontrak pembelian yang dilakukan dalam tempoh terdekat yang lalu seperti pembelian MBT PT91, Scorpene, SU-30MKM, Sistem Astross dan segala perolehan lain-lain Kementerian, berapa agaknya yang dibolot mereka? Berapa pula yang Najib mendapat durian runtuhnya?

Najib bergelut melalui isterinya untuk memunggah khazanah manakala PakLah pula menggunakan anaknya si Kamaludin sebagai proksi. Jika dahulunya Tun KT Mahathir telah menyauk sebanyak mungkin wang rakyat di sebalik pelbagai slogan, alasan dan penswastaan dengan pendekatan proksi dan kroni. Sudahlah begitu, ditapuknya pula berbagai skrip, nota dan bon untuk generasi berikut membayarnya.

Dengan berlatar belakangkan fakta:

1) Hutang negara 1 Trillion Ringgit Malaysia
2) RM23 billion untuk melunaskan bon bagi tahun ini saja.
3) Eksport yang rendah dan FDI yang meleleh masuknya.
4) Bajet negara 9 tahun berturut-turut defisit
5) Perbelanjaan sakan oleh PM lalu, Tun Kepala Taik
6) Tabungan awam yang kontang dipenuhi dengan nota dan skrip
7) Kadar tambatan mata wang yang sudah tidak logik kerana USD menjunam 50%.

Apakah agaknya yang boleh dibuat oleh Najib dan PakLah? Takkanlah nak cap duit macam Perang Jepun dahulu kot?? Belasungkawa rakyat Malaysia.

Dr. Nologareng - 12.01.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat:

Click Here!

Sertai Maillist M@RHAEN