Tun KT Mahathir Penasihat 20 Persen
Oleh Dr Nologareng
Nampaknya negara ini akan terus berada di bawah bayangan dan pengaruh manusia durjana yang masih terus mahu berkuasa. Jika kita berfikir secara mendalam, memang benar agak susah bagi orang yang sudah terlalu masyhuk dengan kuasa tetiba menjadi rakyat biasa walau pun gelaran Tun Kepala Taik mendahului namanya. Inilah dia Tun Kepala Taik Dr Mahathir punya cerita.

Belum pun sampai 100 hari yang dinanti untuk dibuat penilaian ringkas terhadap PakLah sebagai Perdana Menteri, perkembangan tentang TKT yang amat dibenci orang Melayu itu jelas menunjukkan betapa Abdullah bukanlah seorang PM yang berkuasa penuh seperti lazimnya. PakLah tidak lebih hanyalah BJ Habibie kepada Soeharto. Manakala si Tua itu terus menerus menghulurkan bisanya. Kini istilah penasihat adalah senjata beliau untuk terus mengacau segala dasar dalam negara dengan bantuan para juak dan tunggul buruk yang terus mengongsi kabinet Abdullah Badawi.

Memang jelas kini yang Abdullah telah tersilap langkah. Langkah beliau menolak syor yang dibuat marhaen supaya beliau segera merombak kabinet kini sedang memakan kerajaan pimpinannya. Jika mengambil katanya baru-baru ini, nampaknya Pilihan Raya Umum akan diadakan pada bulan Mac nanti ketika cuti sekolah. Ramalan yang mengatakan Pilihan Raya Umum pada bulan ini telah ditolak Abdullah secara spontan. Akan tetapi PakLah memang sangat mahukan haknya sendiri bukannya jawatan ehsan yang kini dipangkunya.

Secara tiba-tiba kita melihat suasana dalam negara yang sebelumnya dikejutkan dengan berita kematian di jalan raya pada musim raya, telah beralih pula kepada kekalutan parti politik dan pentadbiran seperti pengharaman parti PBDS serta  menteri bergocoh dengan Pegawai BPR. Pada masa yang sama juga berlaku kekalutan dalam kedudukan pegawai parti Umno di Kelantan sehinggakan Ibrahim al Kataki mahu menunjuk jantan. Sekali gus pemimpin Umno di negeri tersebut yang ditolak rakyat telah pula cuba mengait dan bikin cerita yang pemimpin dan parti PAS yang memerintah negeri cuba menangguk di air keruh. Kita kini mampu bertanya, apakah ada sesuatu yang sedang dirancang mereka?

Memang bijak apabila pemimpin PAS dan Barisan Alternatif lain mengambil sikap membisu dan tidak terbawa-bawa dengan isu yang dimainkan pemimpin Umno. Mungkin mereka sudah faham dan kenal hati budi pemimpin Umno. Bukannya lama pun apabila kita mengenang kegawatan buatan mereka yang kemudiannya disusuli pula oleh Ops Lalang secara borong. Ramai pemimpin PAS, DAP dan NGO yang diseret ke ‘Resort’ Kamunting sedangkan yang bikin onar dan cerita ribut adalah Lee Kim Sai dan Najib anak lelaki Tun Razak.

Rakyat yang sebelum ini menarik nafas lega dengan pengunduran Tun KT Dr Mahathir ada yang tersedak dan mengkelan makannya sejak beliau dilantik sebagai Penasihat Petronas melalui agahan soldadunya di kalangan wartawan. Kemudiannya dia dilantik lagi sebagai penasihat LADA, pembangunan Pulau Tioman dan pelbagai lagi yang semakin meleret senarainya. Mungkin bedebah itu tahu yang dirinya akan terus dilupakan sebaik mengundur diri, tambahan lagi dengan pelbagai gelaran buruk yang diperolehinya dari rakyat marhaen. Lalu inilah kaedah yang difikirnya amat sesuai. Semuanya bermula dengan pejabat baru nya di perpustakaan Kepimpinan Perdana, satu Yayasan haprak yang dia sendiri reka untuk terus membalun wang rakyat dan berfoya-foya secara percuma.

Secara tersembunyinya, kita tahu yang bedebah tua itu amat kepingin kedudukan seperti Lee Kuan Yew di Singapura sebagai menteri Kanan. Akan tetapi tidak mungkin langkah itu ditirunya kerana terlalu menjolok mata apatah lagi setelah janji berhentinya itu dicurigai orang sehingga lah ke tarikh ia angkat kaki.

Jika diteliti secara halus, TKT Mahathir bukanlah seorang pemimpin hebat yang mampu orang Melayu agung-agungkan. Apa yang tersemat dan tertanam dalam kepala otak orang Melayu adalah hasil propaganda media dan jentera yang dikuasainya. Pagi, petang siang dan malam, orang Melayu diasak betapa Tun Kepala Taik seorang yang sungguh hebat, hanya satu dalam sejuta dan pelbagai lagi frasa yang molek-molek belaka. Soal nya benarkah begitu? Kalau lah, saya ulangi, kalau lah orang Melayu tersedar dari kepompong pemikiran sebegitu, tentu sahaja Tun KT sudah pun diseret ke penjara atau lebih teruk lagi jika nasib Presiden Romania, Nicolai Causescu jatuh menimpanya. TKT Mahathir dilihat unggul hanya sanya kerana propaganda, propaganda dan propaganda seperti kata Marhain Tua.

Ramai penulis rakyat yang pernah mempersoalkan tentang kehebatan Mahathir. Kita pernah meminta ia namakan 5 projeknya yang mendatangkan keuntungan kepada negara dan rakyat. Cabaran itu gagal dijawabnya dengan baik. Sebaliknya ia akan membebek tidak karuan sambil memberi nama satu dua syarikat Korporat yang kunun ditajanya. Memang pun ia tidak akan mampu memberi lima contoh projek berjaya yang diminta tadi kerana hampir kesemuanya gagal dalam erti kata yang sebenarnya. Lihat sahaja muka belakang wang kertas RM10-tentu anda faham maksud saya.

Baru-baru ini Tun KT sekali lagi membangkitkan isu projekMega yang sering dibanggainya selama ini. Seperti biasa ia akan terus berkelentung dan berbohong. Pengkhianat bangsa ini telah cuba memperbodohkan rakyat dengan mengambil contoh jambatan Pulau Pinang dan Lebuhraya PLUS sebagai antara projek Mega yang berjaya dan berdaya maju. Apa punya auta keling sekor ini. Penulis Kim Quek ada menyebut perkara ini yang sekaligus memperleceh temberang yang dijual Mahathir. Hakikatnya kedua projek tadi adalah yang diminta rakyat sekian lama. Ia tidak pun termasuk ke dalam senarai projek Mega yang dibangkitkan oleh rakyat. Apa yang disebut adalah penyelewengan pengurusan penswastaan yang telah menjadikan rakyat sebagai korban. Bukankah pengurusan PLUS, IndahWater serta pelbagai penswastaan telah melingkupkan wang rakyat sedangkan pemegang konsesi terus kaya-raya.

Memang pun Mahathir adalah contoh pemimpin yang gagal, segagal-gagalnya dalam mengemudi negara. Perhatikan apa sudah jadi kepada ekonomi negara sebaik Tun angkat kaki! Kemelut tender landasan kereta api berkembar akhirnya telah ditunda. Kenapa agaknya? Tentu sekarang rakyat mula faham akan keadaan ekonomi negara yang sedang meruncing. Sekali gus alasan yang diberi PakLah betapa ia memberi keutamaan kepada RM-8 sambil memperlekehkan projek landasan itu telah membuka pekung sebenar ekonomi negara. Semasa YB Kemaman telah mendakwa hutang luar negara mencecah angka RM 1 Trillion, tiada siapa pun di kalangan jemaah menteri yang berani memperlecehnya. Bayangkan sekiranya angka itu terus meningkat dan menghampiri USD 500 Billion. Tentu sahaja negara kita juga akan jatuh bankrup sepertimana yang dialami Argentina!!

Langkah songsang oleh PakLah begitu bercanggah dengan gaya ego yang Mahathir tunjukkan sebelum ini. Kenapa ada perbezaan yang begitu ketara dan menjolok mata? Apakah selepas ini ada lagi beberapa projek dan MOU yang telah ditandatangani akan ditunda dan dibatalkan sahaja? Bagaimana tentang kontrak pembelian pesawat SU-30MKM yang khabarnya menghadapi masalah enjin seperti dialami pesawat serupa dari India? Apakah negara akan mampu melunaskan bayaran tunai bagi segala pembelian senjatanya yang dibuat semasa era Tun kepala Taik mencengkam kuasa?

Apapun, langkah PakLah itu memang bertepatan dan harus dipuji kerana berani menunda serta membatalkannya kemudian hari. Pada awalnya memang ia akan ditunda, namun pengamat ekonomi sudah dapat membaca betapa matlamat sebenar ialah untuk terus membatalkannya. Projek itu memang ternyata tidak ada gunanya buat masa ini. Begitu jugalah dengan senarai panjang projek gajah putih yang kini sedang membawa negara ke pintu kemuflisan. Sekiranya LTSAAS masih boleh diguna, kenapa perlu KLIA dibina? Jika banyak bangunan pejabat yang kosong di KL, kenapa perlu KLCC dipacakkan sehingga menyakitkan mata memandang? Apakah pembinaan Bandar Putarjaya mengurangkan kesesakan jalan di Ibu Kota? Jawabnya semua projek tadi adalah sebagai helah untuk merompak dan menyamun wang rakyat.

Hanya dengan meletakkan TKT Mahathir di kandang pesalah barulah semua itu akan dihuraikan satu persatu. Soalnya berani kah PakLah menyahut seruan itu?

Apa sudah jadi kepada Petronas selama 22 tahun Tun KT memegang kuasa? Gergasi minyak negara yang pada mulanya ibarat lembu tenusu kini sudah menjadi seperti penagih dadah di Pusat Serenti. Bebanan hutang termasuk bon sudah ratusan billion, manakala dalam negara pula ia telah dipaksa Mahathir si bedebah untuk menanggung segala syarikat yang rugi serta membeli pula pegangan dalam Putrajaya Holdings. Memang ada benarnya, jika ada yang mendakwa Petronas sudah tidak mampu menyediakan peruntukan tahunan RM2 Billion untuk pembangunan Putrajaya. Petronas adalah sebuah agensi kerajaan yang terletak secara eksklusif di bawah batang hidung Mahathir sebelum ini. Jika begitu parah keadaannya sekarang, kepada siapa agaknya yang mahu kita tudingkajn jari sebagai pesalahnya?

PakLah harus lebih berani untuk membatalkan beberapa lagi projek Mega yang berunsur kronisma dan nepotisma. Negara dan rakyat akan berterimakasih sekiranya PakLah mengikuti jejak Presiden Argentina yang begitu berani untuk menghumban anasir tunggul buruk dalam kabinet dan institusi kerajaan. Presiden itu lebih terkehadapan apabila ia telah mengurangkan kuasa Presiden dan menyerahkan hak itu kembali kepada Parlimen. Nah! Inilah yang amat diperlukan Malaysia. Mulakan dengan kembalikan Petronas kepada Parlimen dan bebaskan perjalanan perundangan yang telah Mahathir belenggu selama ini.

PakLah wajar melihat semula semua MOU dan projek yang telah diluluskan Mahathir pada saat akhir sebelum ia berambus pada 31 Oktober lalu. Oleh kerana PakLah sudah memulakan dengan Projek landasan Kereta api berkembar, maka tidak sukar untuk PakLah membatalkan sedozen projek lain yang dikira sama tarafnya dengan projek landasan berkembar itu.

Pada kebiasaannya penasihat adalah seorang yang mempunyai akal yang jenuh serta mempunyai pengalaman yang berharga untuk disumbang kepada yang memintanya. Berpandukan legasi kodi yang ditinggalkannya, apakah layak ia menjadi penasihat negara?

Dr. Nologareng - 13.01.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat:

Click Here!

Sertai Maillist M@RHAEN