Kan Dah Kata, Sandiwara Sahaja
Oleh Dr Nologareng
Apabila sebuah kerajaan memperoleh mandat secara tipu helah dan bermuslihat, ia juga sekali gus tidak terasa terikat dengan rakyat yang di bawah. Apatah lagi kepada tuntutan dan suara pembangkang. Dengan majority lebih 2/3 di Dewan serta bantuan media, mereka akan sewenangnya bercakap dengan angkuh dan berlagak sombong.

Pilihan Raya Umum ke-11 yang baru berlalu telah dilaksanakan dengan jayanya oleh SPR mengikut skrip parti tunjang yang memerintah. Terlalu banyak pendekatan khianat dan tidak demokratik dilakukan semata-mata untuk memastikan rejim BN terus mencengkam kuasa sambil merancang supaya ia kekal sampai bila-bila. Manakala kewujudan parti pembangkang serta pilihan raya hanyalah sebagai ‘safety valve’ atau bukti betapa demokratiknya pengamalan politik mereka. Itu juga lah modal untuk mereka bebas bergerak di serata dunia sambil menadah tempurung meminta bantuan dan pinjaman perbankan antarabangsa!

SPR di bawah era TS Abdul RaSHIT telah membuktikan betapa dahsyat dan khianatnya mereka dalam melaksanakan tuntutan demokrasi yang sering dijuahkan oleh pemerintah. Apa yang kita dengari dari laman Internet, sembang kedai kopi dan juga ceramah politik bukan lagi satu fitnah atau rengekan parti yang kalah. Ia adalah kebenaran yang patut diambil perhatian dengan segera. Percayalah, apabila demokrasi mengengsot ke bawah, semangat revolusi akan meningkat setakah!! Itu adalah apa yang dapat digarap dari perkembangan geopolitik seluruh dunia.

Pasca Pilihan Raya Umum ke-11, tatkala ahli parti Barisan Alternatif sedang berkira-kira mengumpul bukti penyelewengan, pemimpin BN termasuk PakLah terlebih awal dan lantang melenting seraya jari dituding. Kali ini SPR yang bertungkus lumus mencuci bontot keldai Umno-BN telah terkena tendangannya! Oleh kerana Barisan Alternatif tidak mendapat ruang dalam menyatakan bantahannya, perasaan marah dan geram telah tersebar secara diam dan pantas pula gelombangnya. Ke mana-mana sahaja kita pergi, majoriti rakyat menyedari yang mereka telah ditipu. Semakin lama Pilihan Raya Umum berlalu, semakin banyak pula bukti dapat dikumpulkan. Hakikat ini turut disedari rejim yang memerintah walaupun mereka sedang merayakan kemenangan yang dihadiahkan SPR itu.

Sebaik sahaja kerajaan haram ditubuhkan, tetiba PM PakLah telah mengeluarkan pandangan barunya yang SPR tidak perlu disiasat di bawah Suruhanjaya DiRaja! Malah dengan angkuh dan tiada kemaluan, PM telah pula menyatakan yang ia punya lebih banyak tugas untuk dilaksanakan dengan MANDAT BESAR yang diperolehi daripada rakyat. Dan tergamak pula untuk media menyatakan kabinet yang masih mengekalkan menteri bermasalah seperti Samy Vellu, Rasuah Aziz MP Kuala Kangsar, sebagai Kabinet Rakyat!!

Ini bererti Rejim baru akan sekali lagi meneruskan dasar dahulu yang dipelopori Tun Kepala Taik dengan hanya menjadikan rakyat sebagai batu andas untuk mereka memijak.

Apabila sahaja kerajaan baru terbentuk, PakLah mula bertukar nada. Katanya ia perlu menumpukan usaha untuk membangunkan lagi negara dan memenuhi janji kepada pengundi. Tiada Suruhanjaya yang akan dibentuk sambil meremehkan sahaja seruan Barisan Alternatif. Malah ia sempat pula memperleceh dan menghina Barisan Alternatif sebagai satu pasukan yang tak perlu dilayan tuntutan mereka.

Begitu lah hebatnya mereka apabila sudah berkuasa, pandangan serta buah fikiran rakyat yang menyeru ke arah demokrasi sihat telah tidak diendahkan. Sedangkan apa yang diseru oleh Barisan Alternatif itu ialah inti pati dan asas dalam demokrasi sendiri. Bagaimana mungkin keputusan pilihan raya dapat diterima kalau ketelusan dan perjalanannya penuh dengan helah dan muslihat? Di sini demokrasi telah teruji dalam kadar yang cukup genting. Walau kerajaan hantu telah dibentuk dengan jumlah Menteri yang mencipta rekod, peringkat akar umbi di bawah, rakyat kecil tidak berpuas hati. Kemarahan dan kebencian orang Melayu meningkat setakah lagi.

Mereka sedar yang nasib dan kemahuan mereka telah dirompak orang lain dengan izin rejim Umno-BN. Hak mereka dalam menentukan kerajaan dengan sewenangnya telah dicabul dan dicatur orang luar. Ini juga memang disedari oleh pemimpin tinggi Umno-BN. Mereka juga tahu yang mereka naik dan mendapat mandat secara menipu! Ini dibuktikan dengan keengganan PakLah menubuhkan Suruhanjaya DiRaja menyiasat penyelewengan dan pengkhianatan demokrasi oleh SPR. Tak mungkin PakLah akan membenarkan Suruhanjaya ditubuhkan kerana dia tahu dan kita juga tahu siapa yang berada di belakang kemakaran SPR itu- PM Abdullah Badawi dan sekongkolnya.

Pembentukan kabinet haram PakLah yang merupakan kesinambungan pilihan Mahathir dan tempelan beberapa muka baru serta pertambahan jumlah menteri, lebih menjurus kepada agenda politik PakLah. Demi menghadapi Pemilihan pucuk pimpinan Umno Jun nanti, PakLah sudah mula menguatkan kuda-kudanya dengan menghulurkan gula-gula kepada anggota partinya dengan pelbagai jawatan yang ada.

Kalau kita lihat, satu alih-tumpuan baru kini telah terhidang untuk dijadikan belasahan, kisah gejala samseng yang menyebabkan kematian. Ini sebenarnya bukanlah perkara baru, sudah ada beberapa kes sebelum ini. Akan tetapi ianya kini digembar-gemburkan sambil memberi ruang kepada Menteri Pelajaran baru Hishamudin menonjolkan ketokohan. Namun apa yang lebih penting ialah isu penyelewengan SPR dan ketidak-puasan hati orang Melayu akan penipuan pilihan raya lalu berjaya ditenggelamkan. Itu lah matlamat sebenarnya.

Apa yang sering ditakut-takutkan kepada orang Melayu akhirnya berlaku juga melalui tangan mereka sendiri. Buat pertama kalinya anggota kabinet berbangsa Melayu Tulen telah menyusut dan menjadi minoriti di Parlimen. Mahu disalahkan siapa lagi kalau bukan kepada diri mereka sendiri?

Apa yang lebih membimbangkan ialah buat pertama kali juga Perdana Menteri adalah seorang yang sudah terjejas kredibilitinya di peringkat antarabangsa. Dengan skandal pengedaran peralatan tiub ‘nuclear enrichment’ oleh syarikat Scope milik anaknya, Kamaludin, PM PakLah sudah lemah dan terjejas di mata rejim Amerika. PakLah sudah membahayakan Negara melalui aktiviti rakus ekonomi anak lelakinya itu. PakLah kini bagai seekor lembu yang telah dicucuk hidungnya oleh rejim yang diperkudakan Yahudi di Amerika sana. Bolehkah PM ini dipercayai?

Dr. Nologareng- 31.03.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:

.

Sertai Maillist M@RHAEN