Tapak Utama https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://e-umno.tripod.com/

30 MINIT YANG MEMBOGELKAN MAHATHIR
Wamakaru wamakaraAllah waAllahhu Khairulmakiraiin
Oleh Dr Nologareng


Menjelang PEMILU yang akan datang, jentera parti UmnoBn dan kerajaan yang disalahguna saban hari cuba memenangi kembali sokongan rakyat terutamanya orang Melayu yang selama ini sering diperlekehkan oleh Regim tersebut. Berbagai cara dicuba dan digunapakai, namun belum menunjukkan hasil yang memuaskan. Selain dari memujuk dengan rasuah kebendaan dan juga janji, rakyat juga diugut fizikal dan perasaannya dengan ketakutan dan ancaman yang kononnya boleh berlaku sekiranya pemerintahan bertukar tangan.

Menyalahi undang-undang dan melanggar Akta hasutan? Memang betul, akan tetapi dalam konteks Malaysia di bawah cengkaman Mahathir; Perundangan Rimba dan duit serta kuasa boleh membeli keadilan dan keputusan. Mahathir adalah kuasa penentu, sekaligus mengesahkan betapa Diktator dan autoritarian sekali pemerintahannya.

Media pula akan membuat liputan dan wartawan luar akan diupah bagi membantu membina gambaran indah tentang negara dan Mahathir sebagai ikonnya. Lawatan luar negara dipergiat terutamanya ke negara-negara ekonomi dan kuasa yang penting seperti Amerika Syarikat, Rusia, Jepun dan China. Ketrampilan dan imej mengkagumkan dicipta dan ditayang saban hari kepada rakyat, betapa Malaysa beruntung mempunyai Mahathir sebagai Perdana Menteri dan kerajaan UmnoBn sebagai pemegang kuasa yang berjaya memberi kestabilan politik dan ekonomi.

Itulah yang dibuat para juak dan jongos Mahathir. Mereka terdiri dari berbagai latarbelakang seperti Profesore, pensyarah, ekonomis, pemimpin kesatuan, NGO dan sebagainya yang apabila diperhati betul-betul adalah merupakan sekumpulan ‘parrot’ @ barua yang hanya mengulang-cakap kelentongan Mahathir sahaja.

Lawatan terbaru ke Amerika atas undangan Presiden Bush yang baru lalu cuba digunakan Mahathir dan konsultan imejnya untuk mencanai otak dan memutar minda rakyat betapa Raja Kelentong itu adalah seorang yang bertaraf dunia kepimpinannya. Betapa sidang akhbar dengan Bush itu ditekankan kepada penghormatan Amerika terhadap sikap sederhana Regim Mahathir dan Bush amat menyanjunginya. Akan tetapi media Malaysia buat-buat lupa untuk memberitahu rakyat betapa Amerika tetap berpegang kepada keputusan awalnya yang menolak penghukuman tidak adil dan betapa DS Anwar adalah mangsa tahanan politik Mahathir. Sambil tersenyum Bush melemparkan telor tembelang ke muka Mahathir yang sering diwar-war sebagai Wira maskot negara!!

Mahathir yang begitu terluka oleh tindakan Bush itu kelihatan tergamam dengan ketegasan prinsip pentadbiran Amerika walau bertukar parti memerintah dalam kes Anwar. Lalu membazir dan merugikan sahajalah perjudian Mahathir menimbulkan kemarahan orang Melayu dengan isu KMM, Al Maunah dan Pemuda Keadilan yang dikatakan cuba menimbulkan huru-hara kepada negara.

Akhbar dalam negara sekali lagi menunjukkan betapa mereka hanyalah para abdi dan wartawan ‘eunuch’ dalam mengulas temuramah Raja Kelentong dengan wartawan CNN. Mereka turut memainkan cerita bagaimana Mahathir telah tertipu dengan wawancara yang disiarkan secara langsung melalui ASTRO. Apa yang nak ditipunya dan apa pula untungnya CNN apabila Raja Kelentong terjerat dengan kenyataannya sendiri??

Mahathir yang memahami peranan media dalam memutar minda rakyat tentu sahaja mempunyai perancangan peribadinya yang tersendiri apabila menerima pelawaan CNN untuk sesi temuramah. Mahathir memang bersedia dan mempunyai keyakinan yang tinggi untuk ditemubual sepertimana yang selalu dikelentongnya di peti TV tempatan. Malangnya ia terlupa bahawa ia tidak berkuasa mengatur siapa penemuramah dan halatuju ceramah. Mahathir masih berperasaan yang dia berkuasa sepenuhnya sepertimana di Malaysia. Mahathir terlupa yang menjadi ‘interviewer’ bukanlah Chamil Wariya atau ZAM Goebble dan soalan pula bukanlah sepertimana dalam kes Mahkamah Anwar yang ia boleh dapatkan dengan perintah mahkamah. Di sinilah asas bagaimana kote dan telor Mamak itu terjengoi ke mata dunia. Mahathir pun dilondehkan. Padan muka dia!

Di mana-mana dunia yang bebas pengamalan media dan aliran informasinya, tidak menjadi ketakutan atau terhad kebebasan jurnalis untuk mengutarakan soalan dan pendapatnya. Begitu juga bagi individu yang ditemuramah, mereka juga bebas bagi mengeluarkan pandangan dan pegangannya. Contohnya ketika Wakil Lubnan ditemuramah tentang Palestin dan Israel bagaimana ia menjawab dengan pendekatan negatif dari muslihat sebenar penanya soalan. Ketika disoal tentang jenayah pengebom relamati terhadap rakyat Israel, dengan selamba ia menjawab “memang Zionis Israel adalah penjenayah yang membunuh ramai rakyat Palestin yang tidak berdosa”. Begitu juga cara jawapan yang seterusnya. ( FOX TV Bersama Duta Lubnan ke AS - Bertemu Buku dengan Ruas )

Apa yang berlaku kepada Mahathir ialah menampakkan betapa Mahathir terlalu kerdil dan kebudak-budakan dalam mengharung tekanan yang sedikit cuma dari wartawan yang bebas dan berprinsip. Raja Kelentong mengesahkan apa yang Anwar kata sebagai seorang yang cepat melenting apabila disanggah kemahuannya. Mahathir juga mengheret PM-PM terdahulu yang juga dikatakan  sebagai pengamal Akta Drakonian  ISA bagi menutup kehodohan dan pemerintahan yang menggunakan kekerasan amalannya. Sebagaimana ia mengajak individu yang dihormati dalam memperlekehkan pencalonan Noble Prize untuk Anwar Ibarahim, dia juga menyeret pemimpin dahulu bagi menutupi kelemahan sendiri. Akan tetapi dia terlupa mengulas bagaimana Almarhum Tunku tidakpun menggunakan ISA ke atasnya atas kesalahan keji yang dia lakukan dahulu!!!

Bayangkan bagaimana agaknya terkedu dan gelisahnya Si Raja Kelentong ini sekiranya, Hakim jongos Paul tidak membatalkan sapina ke atasnya dalam perbicaraan kes fitnah terhadap Anwar. Ketua Geng Mamak ini harus terkencing jika diasak Peguam Fernando, Zulkifli Nordin dan sebagainya di dalam kandang saksi.

Mahathir juga menjual temberang dan cuba memutar minda penonton dengan jawapan palsu yang menyeleweng fakta. Dia memalukan negara Malaysia dengan fakta yang dilemparkan kepadanya sebagai musuh kepada kebebasan akhbar dan Kumpulan Hak Asasi Manusia. Dia terbelit dengan kekejian pemerintahannya yang menahan tanpa bicara beberapa penentang politiknya yang didahului oleh DS Anwar Ibrahim dalam senarai teratas.

Mahathir mungkin merasa begitu kecewa kerana ia tidak dapat sepuasnya membebek dan berceramah tentang pendekatan ekonomi ‘tanpa bantuan asing’ seperti yang selalu dijajanya dalam majlis parti dan kerajaan pimpinannya. Mahathir agak terbuku hatinya apabila ia tidak sebebas selalu menghentam parti pembangkang dan menyalahkan mereka sebagai penyebab rakyat tidak bersatu serta sikap mereka yang ‘militan’ dan anti-pembangunan.

Kita dapat bayangkan betapa Mahathir yang selalu bermegah dengan gelaran Wira maskot itu marah dan geram tentang persembahan buruknya yang juga dapat dilihat oleh rakyat tempatan golongan menengah melalui TV satelit milik rakannya Ananda Krishnan. Mahathir tentu sahaja berbincang dengan jurusolek imej serta konspirator sekelilingnya bagi membaiki keadaan itu semasa perjalanan pulang dari Amerika Syarikat.

Lantas ia pun membebek tentang dirinya yang teraniaya oleh helah Jurnalis CNN yang katanya telah membuat kesimpulan sendiri tanpa memberi peluang ia sepuasnya menyatakan pandangan dan pendapat sebagaimana di dalam media tempatan. Mahathir bebas berkata apa sahaja di tanahair atas dasar Malaysia Boleh!!

Akan tetapi Mahathir selamanya menyesal betapa ‘kote dan kerandutnya’ telah dimamah mata yang memandang dalam interview CNN itu. Bukankah kemakaran Allah mengatasi perancangan makhlukNya??

Dr Nologareng - 22.05.2002
TAG 765 CNN: Soal-jawab Zain Vergee dengan Mahathir (Terima kasih kepada Abu Qistina yang telah mengirimkan semula: mar_a_tag765.html )
Amin Sapiro: Wawancara Mahathir-CNN Mencelikkan Mata Dunia Sejagat!


 
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung ~
Click Here!