PENGAJARAN DARIPADA KEKALAHAN SADDAM

Akhirnya menjadi bahan sejarahlah seorang pemimpin yang zalim di bumi Iraq. Seorang yang satu masa dulu memperhambakan dirinya kepada tuannya, Amerika. Dia diburu dan dihina bila sudah tidak berguna lagi kepada tuannya. Begitulah tragiknya hidupnya seorang diktator yang sanggup menjadi talibarut musuh Islam semata-mata untuk menjadi kawan kepada pemerintahan zalim, Amerika yang diberi gelaran “ Syaitan Besar” oleh Imam Khomeini. Lihatlah betapa bencinya rakyat Iraq kepada seorang diktator yang menindas rakyatnya sendiri, menggunakan gas beracun untuk mereka yang tidak bersetuju dengannya serta membunuh ulamak dan pejuang Islam dengan begitu kejam. Apakah Raja Fahd, Amir Kuwait, Hamid Karzai dan ramai lagi pemerintah zalim di negara umat Islam mengambil iktibar dari peristiwa ini. Kamu akan dibuat sedemikian oleh penyangak nombor satu ini bila kamu sudah tidak berguna lagi kepada mereka.

Di mana perginya tentera Iraq yang disuntik dengan semangat Baath, ideologi kafir anutan Saddam. Mereka melarikan diri dan mudah menyerah kalah sebagaimana tentera Kuwait bila di serang Iraq dulu. Tidak bezanya dengan tentera di negara Islam lain yang tidak menimbulkan kegerunan kepada musuh kerana mereka takut kepada mati dan tidak disemai semangat jihad.

Dulu Saddam disanjung oleh Amerika dan sekutunya bila mahu menjadi alat Amerika dan sekutu-sekutunya untuk menghancurkan Revolusi Islam Iran. Saddam dengan rela hati menyerang Iran yang baru sahaja berjaya dalam revolusi Islamnya atas arahan Amerika. Berapa ramai saudara seagama di kedua-dua buah negara menjadi mangsa komplot jahat Saddam dan tuanya, Amerika dan Zionist. Berapa banyak harta benda kedua-dua buah negara musnah semata-mata mahu menjadi kawan kepada syaitan besar ini. Inilah bala yang menimpa mereka yang tidak mahu mengikut perintah Allah yang mengharamkan berkawan dengan manusia kafir dan musuh Allah ini.

Tindakan diktator di negara-negara Islam yang sanggup menganiaya dengan menangkap dan menyiksa orang Islam dengan tuduhan sebagai pengganas, ahli JI dan sebagainya adalah mengikut telunjuk Amerika. Ada yang sanggup menutup sekolah-sekolah agama kerana sekolah-sekolah ini berjaya menyedarkan umat ini tentang yang haq dan yang bathil. Mereka yang menjadi pengkhianat agama dan bangsa ini pasti akan menemui bala dari Allah kalau tidak di dunia, di akhirat sudah pasti. Waktu itu tuan kamu, syaitan besar tidak akan memperdulikan kamu.

Bersama-samalah kita berdoa dan sembahyang hajat kepada Allah supaya bala dan hukuman Allah segera diturunkan kepada pemimpin yang zalim serta penyokong-penyokong mereka agar ianya menjadi pengajaran kepada mereka yang kurang yakin kepada hukuman Allah.

Khalid ibnu Walid - 07.05.2003


Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!