KENAPA AGAKNYA MAHATHIR BALIK MACAM PENYAMUN?
Oleh Ehek 2001

Satu berita pelik yang kita perolehi kelmarin amat mencurigakan. Mahathir Kepala Taik kelmarin pulang bercuti dari luar negara secara bersembunyi dengan hanya diketahui oleh Abdullah, Megat Joned dan anaknya Mukhriz. Pembesar-pembesar UmnoBn lain tidak pun mengetahui secara terus seperti biasanya yang mana membolehkan mereka meluangkan masa menunjuk muka di lapangan terbang untuk diingati PM supaya tidak tercicir ketika pilihan raya menjelang tiba.

Pada hari ini 18 April, kes rayuan Anwar Ibrahim dihakimi. Senario itu juga pelik kerana begitu lama rayuan dibuat secara tiba-tiba sahaja dalam masa dua minggu ini proses keadilan menjadi begitu lancar seolah-olah mendapat sentuhan pelinciran. Kini, keputusan yang memang telah dijangka, telah pun dibuat. Mahkamah Rayuan menolak permohonan rayuan Anwar Ibrahim. Alasan bertulis ke atas penghakiman (penolakan) itu ditangguh ke satu tarikh yang tidak dinyatakan. Namun begitu, hukuman ke atas Anwar Ibrahim berkuat-kuasa serta-merta dan tidak pula boleh ditangguh-tangguh.

Sedangkan kita rakyat marhaen tahu bahawa ianya bertaraf pertunjukan sarkas mahkamah kangaroo yang terburuk dalam sejarah negara. Masih segar dalam ingatan bagaimana seluruh jentera kerajaan dipergunakan untuk memutar minda dan menipu rakyat jelata dengan cerita fitnah konspirasi peringkat tertinggi yang dalangnya melibatkan dua Tun, dua Tengku dan dua Joned seperti kata MGG Pillai. Dan semua orang juga tahu kepalanya ialah manusia yang juga digelar Raja Penyangak.

Bermula dari saat itu Mahathir terhenyak teruk imejnya di kalangan orang Melayu sebagai PM yang paling tidak popular dan dibenci secara terbuka. Marhaen masih ingat bagaimana Mahathir sanggup menggayakan perlakuan seks dengan tangan di hadapan kaca TV. Malah Mahathir bertegas dengan mengatakan ia mempunyai bukti kukuh. Selepas itu rakyat juga melihat bagaimana musibat tua ini mencorot bagi tikus melarikan diri dengan sekongkolan Hakim beruk untuk dikecualikan sebagai saksi. Sekiranya itu terjadi tentu sahaja ia akan terkencing disagat Christopher Fernando dan Karpal Singh. Mahathir juga membuktikan yang ia Raja di Malaysia apabila membuat ‘precedent’ dengan menjadi satu-satunya bakal saksi yang bertanya terlebih dahulu soalan yang bakal dihadapinya. Bahasa mudahnya Mahathir mengamalkan budaya soalan bocor!!

Apakah kepulangan Mahathir secara berahsia dan keputusan Mahkamah Rayuan menolak permohonan rayuan Anwar mempunyai perkaitan dan pertalian?

Dunia dan rakyat Malaysia secara amnya tahu bagaimana dalam dunia diplomasi, Mahathir terhenyak teruk akan kerakusannya menyingkir dan menghenyak Anwar yang banyak berjasa semasa krisis Umno tahun 1987 dahulu. Dunia juga merakamkan bagaimana Anwar telah dicuba hapuskan dalam tak kurang tujuh cubaan dengan yang unggulnya ialah kes pencerobohan UTK, peristiwa lebam mata dan keracunan Arsenik.

Mahathir melihat bagaimana rakan-rakan sealirannya telah terpelanting dengan Saddam yang baru sahaja terguling. Di Iraq hanya lakonan mengelabui mata saja diteruskan sana-sini bagi mencari beliau, hakikatnya ia sudah pun berada di luar negara. Dikatakan perundingan rahsia tiga penjuru telah menyelamatkan Saddam, anak-pinak dan pemimpin lainnya. Apakah Mahathir cuba mengikuti jalan yang serupa bagi melincirkan perjalanan keluarnya daripada politik negara yang telah beliau malbarikan sekian lama? Apakah ia akan mengotakan janjinya untuk  berhenti pada Oktober ini?

Hari ini rakyat marhaen telah pun diberikan jawapan terhadap persoalan apakah Anwar akan terus terpenjara dengan karenah dan niat busuk Mahathir dan para akomplisnya.

Ehek 2001 - 18.04.2003


Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~
Click Here!