Satu Lagi Kembar Siam! Bukan Yang Terakhir…
Oleh Ehek 2002

Ah! Satu lagi kembar Siam ditakdirkan lahir dalam negara kita. Kali ini ibu bapanya berasal dari Permatang Pasir Permatang Pauh, dalam negeri bakal Perdana Menteri - sekiranya ada rezeki. Kembar Siam itu adalah anak kepada pasangan Puan Siti Zulaikha Zaidi dan Encik Zaidi b. Mohd Nor yang merupakan seorang pekerja bawahan di sebuah kilang dengan pendapatan RM600 sebulan.

Insan istimewa yang berusia 31 hari itu berkongsi hati dan mempunyai struktur jantung yang letaknya berdekatan. Anggota-anggota lain adalah normal. Artinya keadaan mereka tidaklah seistimewa Kembar Siam negara yang terpaksa menagih ehsan Raja Abdullah dari Arab Saudi. Kembar Ahmad dan Muhammad kini agak selesa dengan keadaan baru walaupun tidaklah selincah dan setangkas kanak-kanak biasa yang tidak istimewa! Kita agak hairan sebenarnya kenapa bahasa mekap ‘istimewa’ disogok ke dalam masyarakat bagi menggambarkan keadaan mereka. Apakah untuk melekakan kerajaan daripada rasa bertanggungjawab membantu melalui agensi yang sepatutnya?

Oleh kerana keluarga terbabit bukannya anak pasangan istimewa Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah atau Datuk Marina Mahathir Pengerusi AIDS negara, maka secara mudah kita dapat meneka betapa kelam dan sukarnya untuk mereka mencari modal bagi mengubati anak yang dilahirkan dengan keadaan Istimewa sebegitu.

Ribuan ringgit diperlukan bagi memisahkan kembar Siam yang comel itu. Untuk keluarga Zaidi, angka ribuan ringgit begitu menekan dan menghenyak beliau yang berpendapatan kecil itu. Memanglah jumlah sebegitu akan menggelikan hati keluarga mahathir Kepala Taik dan anak pinaknya. Mirzan pernah dikatakan menghabiskan ratusan ribu ringgit di atas meja judi sekelip mata di Hong Kong hingga berura-ura untuk mencabut nyawanya sendiri. Mirzan A/L Mahathir yang bijak bisnes perkapalan juga telah ‘menenggelamkan’ lebih 2 Billion untuk menyelamatkan syarikat yang akhirnya kantul juga. Tetapi bagi insan marhaen seperti Encik Zaidi, ribuan Ringgit yang diperlukan itu sungguh menyiksakannya.

Jika tidak kerana Putera Abdullah daripada Arab Saudi, Kembar Muhammad dan Ahmad tentu sahaja mengalami kepayahan yang amat sangat. Bagaimana agaknya nasib kembar yang yang baru ini? Apakah Mahathir dan bapa menteri yang begitu sebok meninjau nasib malang rakyat Iraq tidak nampak kepayahan rakyat dalam negara sendiri? Sudah besarkah gelembong susu untuk disuapkan kepada kera di hutan sedang anak sendiri dibiarkan kelaparan?

Apa yang dibuat oleh pemuda Umno dan Puterinya untuk menjuarai masalah yang sebegini? Lupakanlah hal rakyat Iraq kerana AS dan sekongkolnya bertanggungjawab menangani masalah itu, lagi pun Iraq bukanlah negara yang miskin pada zahirnya! Jangan lupa ia adalah negara yang mempunyai simpanan minyak yang kedua terbesar di dunia. Sepatutnya selepas kes kembar Muhammad dan Ahmad, negara sudah mempunyai mekanisma perkhidmatan percuma menangani masalah ini. Hai! Jangan dok kata tak ada duit, kerana bulan Februari lalu kita baru sahaja leburkan RM1 Billion untuk NAM dan sejumlah yang sama untuk Persidangan OIC yang bakal Kepala Taik pengerusikan!

Bercakap tentang kebajikan rakyat yang terabai tidak dapat tidak, kita pasti teringat akan kes Allahyarham Sofea Qhairunnisa dan Muhammad Nabil yang tidak terbela oleh kepimpinan Umno yang sedia ada. Mungkin dua nama ini tidak bermakna bagi Mahathir dan Siti Hasmah. Memang nama itu tidak sepenting Mirzan, Mokhzani dan Mukhriz. Tetapi mereka adalah cahaya mata dan buah hati dua pasang manusia Melayu/Islam yang akhirnya putus harap dan menanggung malang. Hanya beberapa ratus ribu RM yang memisahkan kehidupan dan kematian dua anak malang itu. Bagi anak PM, mudah sahaja mereka habiskan atas meja perjudian.

Kenapa Pemuda Umno tidak adakan acara tetap bulanan memungut sumbangan dan dana rakyat secara ikhlas untuk disumbangkan kepada yang memerlukan di setiap negeri? Kenapa negara yang mampu membazirkan wang hanya untuk memberi pentas kepada PM berleter dan membebel, menjadi begitu bakhil untuk kebajikan rakyat sendiri? Bolehkah lagi kerajaan haprak sebegini terus diberi kuasa mentadbir negeri dan khazanah rakyat?

Bukankah pilihan raya semakin hampir untuk dimanfaatkan sepenuhnya menghumban pemimpin yang curang?

Ehek 2002 - 21.04.2003


Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~
Click Here!