Doa Pun Dijadikan Isu
Oleh Ehek2001

Dua hari lalu Timbalan Menteri Pendidikan yang lebih kerap bercakap lagak seorang Menteri telah menimbulkan isu doa yang dikatakan hanya bertumpu kepada satu kaum sahaja sehingga menimbulkan suasana tidak selesa bagi kaum yang lain. Datok Aziz Shamsudin seorang politikus licik yang aktif dalam kes fitnah ke atas Anwar Ibrahim berkata demikian  sebagai mengulas kejadian beberapa ibu bapa pelajar berketurunan Cina telah menganjurkan demonstrasi di hadapan Sekolah Kebangsaan Convent Light Street, Pulau Pinang bagi membantah pembacaan doa pada setiap pagi untuk murid beragama Islam. Ia dikatakan melanggar tradisi sekolah itu selama ini!

Aziz kini mengarahkan semua Jabatan Pendidikan Negeri supaya menyeragamkan bacaan doa supaya boleh diterima semua kaum tanpa prejudis. Mangkuk hayun itu mahukan Unit Agama Islam dan Jabatan Moral terlibat dalam menangani isu itu. Seperti biasa, ia berlagak serba tahu dengan mengatakan isu itu sudah pun dibincang di peringkat tertinggi pegawai Kementerian cuma belum dilaksanakan sahaja! Aziz seolah-olah mengatakan yang isu doa itu begitu besar kerana ia boleh menimbulkan kesan perkauman yang tinggi. Begitulah nampaknya pandangan seorang Timbalan Menteri UMno.

Ada beberapa perkara yang berbangkit daripada isu ini. Pertama soal maruah Islam dan yang kedua adalah bukti kejahilan dan kehaprakan seorang Timbalan Menteri yang telah kehilangan isteri dalam kemalangan di Lebuhraya beberapa tahun dahulu.

Pada satu masa dahulu ketika zaman penjajah, mana-mana murid sekolah pasti akan melalui sesi membaca munajat oleh Padri Kristian yang kebetulan pula adalah pengetua sekolah. Ianya dilakukan setiap hari persekolahan di sekolah yang berasaskan misionari Kristian itu. Apa juga istilahnya - Konvent, St Patrick, St Michael, St Georges, St Anne dan sebagainya. Bagi murid beragama Islam mereka hanya berdiam diri tanpa perlu terlibat sama kerana ia membabitkan akidah! Itu juga alasan kenapa golongan orang tua-tua kita dahulu enggan menghantar anak mereka ke sekolah aliran Inggeris walau terbukti pintar dan cerdik!! Ketika itu tidak pun kedengaran rintihan atau demonstrasi oleh orang-orang tua kita atau pemimpin Umno di kala itu untuk memperbetulkan keadaan. Ibu bapa keturunan Cina juga tidak berdemo walaupun mereka penganut Buddha, kenapa agaknya?

Apabila keadaan sudah berubah dengan kebanyakan sekolah misionari sebegitu diambil-alih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, membaca doa menjadi isu! Kenapa pula? Sepatutnya ibu bapa tadi yang diberi penerangan tentang pembacaan doa. Bukannya sehingga Timbalan Menteri terpaksa campurtangan. Apakah ibu bapa pelajar itu penganut Kristian atau Buddha? Sepatutnya pada tahap PIBG, mereka diberi penerangan dan kefahaman. Setahu kita tiada doa yang menindas kaum lain apatah lagi sehingga menimbulkan berantakan perkauman. Bodo bendul betullah Aziz Shamsudin ni!

Rakyat Malaysia terutamanya orang Islam menjadi kaget dan terkejut apabila Aziz telah mengarahkan penyeragaman doa di seluruh negara. Lebih aneh apabila beliau mahukan doa itu boleh diterima pelbagai murid yang anutan agamanya berbeza tanpa sebarang prejudis. Apakah Aziz menganggap doa sebagai suatu cabang budaya yang boleh diintegrasi dan dirojakkan?? Apakah itu budaya yang menular dalam Umno yang kini turut dianggotai keturunan Siam, Portugis, Cina Sabah, Bumiputra yang tidak pun beragama Islam? Peliklah engko ni Jis!!

Sebagai seorang yang beragama Islam, Aziz sepatutnya berbincang dahulu dengan cerdik pandai Islam kerana ia seorang yang bodoh! Sekiranya ia seorang yang arif, tentu sahaja ia tidak meminta diadakan doa yang seragam seolah-olah seperti pakaian seragam sekolah. Permintaannya itu telah menunjukkan tahap keislamannya. Mana ada dalam sejarah doa yang boleh digunapakai semua agama? Kalau tak silap semasa pengkebumian mangsa letupan kapal terbang di Johor tahun 1977 dahulu, bukan hanya satu upacara agama yang dibuat. Kesemua mangsa dikebumikan dengan dimulai acara sembahyang mayat dan kemudiannya diikuti oleh lain-lain acara Agama! Tidak pula dibuat satu acara Islam dengan dicampur-adukkan dengan nilai-nilai agama lain.

Sepatutnya doa yang dibaca itu tidak boleh dijadikan isu sama ada oleh ibu bapa yang terlibat, PIBG mahu pun Kementerian dengan Timbalan Menteri yang DOL itu. Apa yang perlu dibuat ialah penyelesaian secara kekeluargaan di peringkat sekolah itu. Sikap toleransi dan perpaduan yang dibangga-banggakan rejim Mahathir jelas satu pembohongan apabila perkara kecil sebegitu sudah mampu mendidihkan kemarahan. Sebenarnya pun ianya adalah masalah serius dalam negara. Setelah 46 tahun merdeka dan selepas peristiwa hitam 13 Mei yang dicetus Mahathir dan sekongkolnya, ternyata perpaduan kaum dalam negara masih rapuh. Salah siapa agaknya? PAS, PRM, DAP atau pemimpin politik mana……??? Tentu anda dapat memberikan jawapannya.

Tidak perlu untuk mereka berdemonstrasi, yang jelas menggambarkan betapa dangkal dan emosionalnya daya fikir mereka. Ini bukan soal kezaliman sepertimana yang dibuat Kepala Taik ke atas Anwar dan seluruh rakyat!! Kecik perkara maaa….

Sepatutnya peringkat menteri membincangkan perancangan pendidikan masa depan, peluang biasiswa serta bimbingan agama dan moral yang terbaik. Terutamanya peluang biasiswa! Sekiranya negara Perancis, Jerman dan lain-lain negara maju memperuntukkan Dana yang besar untuk biasiswa sebagai asset strategik masa depan, kenapa pemimpin negara menjadi sebaliknya?

Siapa nak tolong jawab dalam hal biasiswa dan peruntukan Hak Keistimewaan Orang Melayu? Sekiranya masih ada! Atau ia hanya tinggal sebagai slogan dan laungan?

Ehek2001 - 08.07.2003


Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~
Click Here!