Emel Dr. Munawar Anees Kepada Mahathir

Berikut adalah surat yang telah dikirimkan oleh Dr. Munawar A. Anees kepada Dr. Mahathir Mohamed. Surat ini telah dihantarkan melalui email dan melalui Faksimili Dr. Munawar A. Anees

18 Julai, 2003
Mahathir bin Mohamed Iskandar
Prime Minister's Office
Bangunan Perdana Putra
62502 Putra Jaya
Malaysia

Melalui Email: ppm@pmo.gov.my dan melalui Faksimili: +60-3-8888-3444

Mahathir

Saya telah membaca transkrip ucapan anda pada 10 Julai 2003, yang disampaikan di dalam majlis "Persidangan Ulama Islam SeDunia." Ia seperti satu sandiwara!

Setelah selesai semua tipu daya kotor yang kamu mainkan, kamu seolah-olah cuba bermain dengan kad "Islamik" Kamu boleh membawa beberapa jumlah mereka yang tidak mempunyai jiwa, yang dibayar, atau kamu boleh meminta kroni kamu yang korup untuk membangunkan menara buku setinggi 12 meter, tetapi sejarah tidak akan menaikkan kamu selain sebagai muslihat penjenayah.

Kamu tidak memeiliki sesuatu yang asli atau inspirasional untuk diucapkan dalam ucapan kamu. Sebaliknya, saya dapati kamu tidak langsung memiliki pengetahuan yang asas mengenai Islam. Untuk pengetahuan kamu bahawa perkataan ulama adalah perkataan yang berbentuk plural daripada perkataan Arab "Alim". Sepanjang ucapan kamu, walau bagaimanapun, kamu menggunakannya seolah-olah ia adalah suatu perkataan yang berbentuk singular. Untuk menyebutnya secara plural, kamu telah melakukan suatu penambahan yang amat melucukan -Ulamas. Dengan logik apakah, penambahan huruf Inggeris [s] diletakkan dihujung perkataan Arab untuk menjadikannya sebagai plural? Begitu juga, perkataan jahiliyyah bererti juga suatu zaman dalam sejarah Arab. Tetapi kamu menggunakannya untuk menerangkan tentang sekumpulan masyarakat. Pastinya kamu adalah seorang juhala. Carilah maknanya, jika kamu boleh.

Tujuan saya menulis nota ini bukanlah bertujuan untuk mendedahkan kejahilan kamu terhadap Islam. Dengan kaki yang dimasukkan ke dalam mulut kamu telah melakukan sesuatu tugas yang terpuji. Syabas. Bahawa seorang tua yang jahil seperti kamu dibiarkan untuk membeli pujian di mesyuarat OIC (Organization of the Islamic Conference) dalam bulan Oktober ini, adalah suatu tragedi bagi Umat Islam.

Tujuan saya menulis nota ini adalah untuk mendesak gantirugi yang kamu berhutang daripada saya, keluarga saya dan sahabat-sahabat saya. Ini tidak secara ekslusif dirujuk tentang gantirugi kewangan. Hutang kamu ialah hutang dalaman - moral, etikal, kerohanian, kewangan, psikologi dan sosial. Saya amat curiga jika kebangkrapan kamu di dalam tiga kategori yang pertama akan memampukan kamu membayar hutang yang banyak ini. Untuk pengetahuan kamu, kamu ditegah dalam tiga kategori berikutnya.

Pada 14 September 1998, kami telah melakukan suatu jenayah yang besar dengan memerintahkan anggota daripada unit khas kepada Polis Di-Raja Malaysia untuk mengeledah rumah saya. Di hadapan ratapan dan tangisan isteri saya, anggota yang ganas itu telah menculik saya dan menahan saya sebagai tebusan di dalam kurungan mereka untuk selama 126 hari.

Dunia telah mengetahui kehilangan saya, di bawah satu konspirasi yang diatur oleh kamu, hanya selepas Amnesty International mengisytiharkan saya sebagai tahanan mengikut rasa hati kamu. Kemudiannya, Pen International telah menjadikan saya sebagai penulis di penjara.

Media Malaysia yang menurut perintah kamu sama ada membisu atau memberi gambaran yang mengelirukan tentang di mana saya berada. Isteri saya sentiasa dilayan dengan buruk dan diganggu dan setiap kali beliau cuba mendapatkan seorang peguam untuk mewakili saya, beliau telah dikecewakan oleh anggota polis. Penghinaan yang dilakukan pada pagi hari Isnin adalah di atas arahan kamu untuk menghukum saya tanpa perbicaraan. Oleh itu, kamu seharusnya bertanggungjawab di atas kezaliman yang kamu lakukan ke atas saya dan keluarga saya. Tidak terselindung di bawah mana-mana perundangan, yang boleh menafikan bahawa kamulah yang bertanggungjawab di atas sebarang trauma yang saya dan keluarga saya hadapi akibat dari jenayah yang telah kamu lakukan.

Apakah kesalahan saya? Saya telah mengenali Dato Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, sebagai kenalan yang rapat sejak bertahun-tahun yang lalu. Kami telah berkongsi dan berjuang bagi memartabatkan ketinggian manusia sejagat. Kami telah bertungkus lumus untuk membina persekitaran intelektual dan politik yang bebas. Kami bersama-sama mencari idea untuk mewujudkan persamaan daripada sudut keharmonian ekonomi, jantina, bangsa dan kemasyarakatan madani.

Penahanan saya yang begitu lama oleh anggota upahan kamu telah mengajar saya bagaimana rasanya dipaksa berpisah dengan anak dan isteri. Bagaimana rasanya diperiksa dan digeledah, tidak dibenarkan membuat panggilan telefon, digari, ditutup mata, dibogelkan dan dihalau ke kandang haiwan, dicukur botak, disoalsiasat sepanjang masa, dihina, diberi dadah, dihalang daripada tidur dan didera secara fizikal. Apa rasanya diperas ugut, disoal oleh peguam polis, secara kejam untuk mendapatkan pengakuan palsu, dimasukkan ke hospital kerana keadaan jantung dan dirawat sebagai pesakit jiwa dengan symptom of Stockholm syndrome.

Saya terpaksa bertahan dengan memakan nasi dan ayam yang tengik bersama-sama dengan 12 ubat-ubatan setiap hari. Saya menghabiskan hampir empat bulan digari kepada palang katil hospital, dan di bawah pengawasan warder penjara. Keadaan itu menyebabkan keupayaan saya untuk bercakap, membaca dan menulis mengambil masa yang lama untuk pulih. Sering berlaku gangguan kepada ingatan. Saya berakhir dalam keadaan yang amat tertekan.

Kerana tidak bersetuju dengan peguam yang dilantik oleh pihak polis bagi mewakili saya, mereka memaksa saya agar tidak membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah dan mengugut saya dengan hukuman yang lebih berat lagi di bawah dakwaan yang baru jika saya tidak memberi kerjasama.

Di samping itu, isteri saya sering menerima gangguna daripada pihak polis, dicuri-dengar perbualannya, dan menceroboh e-mail dan akaun bank saya. Beberapa orang sahabat saya juga menerima nasib yang sama dan ada yang dipaksa menjauhkan diri daripada kami pada saat-saat kami memerlukan mereka.

Tetapi dalam usaha untuk menakut-nakutkan, mengasingkan sahabat-sahabat saya, kamu telah melakukan satu kesilapan dalam melaksanakan taktik gestapo. Bagaimana kamu telah memandang rendah tentang sikap kebebasan di beberapa tempat di seluruh dunia, melebihi teman-teman kamu di Barat.

Pintu simpati mula terbuka apabila sahabat saya, seorang pengarang Alvin Toffler, yang telah kamu rayu untuk menasihati mengenai projek multimedia kamu yang kini telah terkubur, telah menghantar satu mesej bantahan kepada kamu dalam masa 72 jam selepas penangkapan saya. Dalam satu temuramah yang utama dengan seorang lagi sahabat saya, Nathan Gardels daripada Los Angeles Times Syndicate, kamu merasa perlu untuk membuat satu jaminan -- yang tidak tercapai -- tentang keadaan saya.

Setelah hari berganti hari, peningkatan kerisauan mengenai keadaan saya kelihatan telah menjelma di dalam perkataan Elie Wiesel: Berpihaklah. Bersikap neutral akan membantu penindas. Bukan mangsa. Dan bukan penderitaan."

Sahabat dan orang asing seolah-olah sama membuat pendirian dan sokongan mula bertapak di serata tempat. Untuk memenuhinya, sekutu antarabangsa -- Sahabat-sahabat Dr. Anees (Friends of Dr. Anees) -- telah wujud dalam mempertahankan hak saya. Kumpulan utama seperti Naseer Ahmad, Basir Hai, Safir Rammah, Jamal Mubarak, Anees Ahmad dan Naeem Siddiqui telah melakukan kempen melalui media dan menghasilkan kejayaan yang besar.

Apa yang menyentuh perasaan saya ialah bahawa seseorang, Kamal Mubarak, yang telah membangunkan sebuah laman web walaupun tidak pernah bersua muka dengan saya. Jauh di lubuk hati saya, saya dapat melihat bahawa sikap kasih sayang manusia telah mula mengalahkan penindasan.

Yang anehnya, dua peguam terkemuka di Malaysia, Manjeet Singh Dhillon dan Balwant Singh Siddhu, telah menawarkan khidmat guaman mereka tanpa syarat dan secara bijaknya telah mengecewakan rancangan jahat pentadbiran kamu.

Kemuncaknya telah sampai selepas pembebasan saya dalam dakapan hangat dan diselubungi air mata sahabat-sabahat dari Amnesty di Toronto, Margaret John, yang menyaksikan ikrar penyatuan di antara saya dan Devan Nair, bekas Presiden Singapura, kerana kami telah datang untuk berkongsi nasib yang sama.

Sementara keganasan terhadap saya dan keluarga saya telah dikoordinat oleh polis, media dan hakim dalam peranan masing-masing, kamu dengan lancangnya memperdayakan setiap orang dengan kenyataan kamu yang palsu bahawa kamu memiliki bukti yang kukuh, bahawa (tuduhan bersetubuhan di luar tabi'ie) adalah benar... orang lain tidak mampu memperolehi maklumat yang saya dapat. (The Straits Times, Singapore, September 23, 1998)

Jika kamu mempunyai bukti yang kukuh kenapa kamu menyimpannya di dalam dada kamu? Kenapa tidak kamu datang ke hadapan dan dedahkannya? Tetapi kamu tahu bahawa kebenaran tersebut telah diciptakan di dalam makmal jenayah dan korup kamu di mana orang-orang seperti saya akan menjadi mangsa, disiksa dan diperangkap dalam membuat pengakuan yang palsu. Itulah yang kamu maksudkan bila berkata bahawa orang lain tidak mampu memperolehi maklumat yang kamu dapat. Dan itulah satu-satu kebenaran yang pernah kamu ucapkan.

Jika kamu tidak terlibat di dalam konspirasi jenayah ini maka apa yang boleh menjelaskan tentang penculikan saya? Kenapa kamu menghantar pihak polis untuk menculik saya? Kenapa penculik saya melakukan sesuatu yang tidak berperikemanusiaan terhadap saya dan keluarga saya? Kenapa pihak polis melantik seorang peguam untuk saya manakala pada waktu yang sama telah menghalang isteri saya dari mendapatkan peguam yang sah?

Kenapa anggota special branch "Dato" merayu kepada saya bahawa Anwar adalah ancaman kepada Malaysia dan mereka berusaha untuk menjatuhkannya? Kenapa SAC II Musa Hassan sendiri menyakinkan saya di dalam ibu pejabat polis kepuasannya pada malam sebelum mahkamah haprak (sham) bersidang? Kenapa mahkamah kangaroo menjatuhkan hukuman dalam masa tiga puluh minit selepas kehadiran saya secara paksa? Kenapa, selepas mahkamah, DSP Mazlan Mansoor menyampaikan mesej tahniah kepada saya dari bekas Ketua Polis Negara masa itu, Rahim Noor, kini beliau sendiri seorang penjenayah?

Kenapa anggota polis, diikuti oleh peguam polis, terus menerus memaksa saya agar tidak mengemukakan rayuan? Kenapa pihak media terus menerus memutar belitkan isu rayuan saya dengan cerita-cerita yang direka? Kenapa terdapat berbagai-bagai usaha untuk menculik saya dari hospital ke tempat kurungan yang dinamakan Bukit Aman? Kenapa keluarga saya dijadikan sasaran gangguan polis, manakala saya dirantai di katil hospital? Kenapa rayuan saya untuk membebaskan diri daripada tuduhan palsu dan hukuman palsu disimpan di bilik sejuk sehingga kini?

Pengisytiharan saya yang sah adalah rekod awam tentang dakwaan jenayah ke atas kamu, kerajaan kamu, polis kamu, media kamu dan sistem perundangan kamu yang tidak bertulang belakang. Jika kamu bukan dalangnya di sebalik konspirasi untuk menjatuhkan sahabat saya Dato' Seri Anwar Ibrahim kenapa kamu mendiamkan diri di atas pengisytiharan saya, sedangkan kamu mempunyai bukti yang kukuh?

Apakah yang boleh menjelaskan tentang keengganan pentadbiran kamu mengambil tindakan mahkamah dan bertindak terhadap mereka yang menculik saya?

Usaha kamu yang terdesak untuk menjauhkan diri daripada hadir semasa perbicaraan Dato' Seri Anwar Ibrahim telah dapat dikontradik daripada beberapa kenyataan kamu. Kamu telah mendedahkan diri kamu di hadapan seluruh dunia dan mereka yang bersekutu dan menyokong kamu dalam menjayakan jenayah penculikan, penyiksaan, memeras ugut, memutarbelitkan bukti, bersumpah bohong, trauma psikologi, dan menfitnah saya, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan keluarga kami.

Dr. Munawar A. Anees

- Kiriman Siasah Online & John Wayne (Terjemahan: Ladang Web) - 17.08.2003. (Suntingan M@RHAEN)


Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!