Tahniah kepada penulis skrip
[
lakonan terbaik Mahathir setakat ini]

Oleh Enot Sabah

Setelah puas melaga-laga dan memainkan sentimen perkauman serta agama sejak kebelakangan ini, akhirnya Mahathir sekali lagi cuba menipu rakyat Malaysia dengan pengumuman perletakan jawatannya.  Semua jawatan di dalam UMNO dan BN.  Memandangkan Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri berdasarkan atas kapasitinya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN maka perletakan jawatannya petang tadi juga membawa kesan yang sama kepada jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sekian lama itu.
 
Pada jam 6.05 minit petang Sabtu, 22 Jun 2002; Malaysia telah kehilangan Perdana Menteri selama lebih kurang sejam.  Ini adalah klimaks kepada suatu lakonan yang sebenarnya telah dirancang bagi meransang kepuasan penonton yang menonton lakonan mereka.
 
Sememangnya sebuah lakonan, misalnya filem atau teater jika digarap skripnya sebegitu rupa akan dapat mendatangkan rasa suspen di kalangan penonton.  Ini bergantung kepada kebijaksanaan penulis dalam menggarap dan mengolah jalan cerita sesebuah skrip itu.
 
Namun, peranan pemain-pemain watak [pelakon] juga amat memainkan peranan yang amat tinggi untuk memastikan kejayaan sesuatu lakonan itu berjaya mendatangkan kesan [seperti yang telah ditulis di dalam skrip] ke dalam hati para penonton.
 
Kesan unsur suprise dan suspen seperti ini selalunya memang mampu mendatangkan tindakbalas dan reaksi spontan penonton.  Di dalam sebuah filem misalnya, walaupun semua sedia maklum bahawa ianya hanya lakonan semata-mata tetapi jika lakonan itu mampu mendatangkan kesan thrill [hasil adunan unsur suprise dan suspen tadi] kadangkala penonton yang sudah maklum keadaan sebenarnyapun akan melompat, menjerit, menangis atau apa saja tindakan di luar kawalan mereka.  Tindakan spontan penonton ini biasanya bersesuaian dengan kesan yang dikehendaki oleh penulis dan pengarah filem itu.
 
Seperti kesan thrill  sesebuah filem juga, lakonan Mahathir kali ini walaubagaimana hebat sekalipun kesannya di hati rakyat Malaysia namun ia tidak akan kekal lama.  Kesan itu akan cepat beransur hilang dari hati rakyat yang terkesan.
 
Apa yang sudah menjadi fakta sekarang, selepas detik Mahathir melafazkan 'talak' terhadap semua jawatan yang disandangnya sejak 21 tahun yang lalu itu, maka tercatatlah di dalam sejarah negara ini bahawa Malaysia pernah tidak mempunyai Perdana Menteri selama sejam.
 
Kalau diambilkira kehidupan berumahtangga menurut Islam, apabila 'talak' sudah dilafazkan maka akan jatuhlah 'talak' itu.  Walaupun lafaz itu adalah untuk memenuhi kehendak skrip untuk menjayakan sebuah lakonan.

Kiriman: Enot Sabah (22.06.02)


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!