Nak Hadapi Pilihan Raya? Hmm.. Mari Kita Fikir Dahulu..
Selesailah sudah perhimpunan 'Agung' parti yang kununnya pembela Bangsa (walhal merekalah penyamun dan pengkhianat bangsa) dan memperjuangkan Islam sebenar. Memang banyak rakyat yang semakin sedar bahawa semua ini omongan jijik lagi meloyakan kerana ramai yang sudah sedar dengan apa yang Haq dan apa yang batil. Percaturan politik kebanyakan rakyat kini rata-rata makin matang. Ini satu sindrom yang normal di seluruh dunia, kalau tidak masakan diktator-diktator di seluruh dunia sudah jatuh. Bila seseorang diktator itu mula memperlihatkan 'kuku busuk'nya, maka wujudlah golongan yang menyedari korupsi dan kejelekan mereka. Apa yang berlaku? Pastinya kebangkitan rakyat mula tersebar luas dan akhirnya membawa kepada arus perubahan hinggalah objektif-objektif utama tercapai seperti menjatuhkan si diktator tersebut setelah menempuh pelbagai halangan.

Apa cabaran-cabaran yang perlu kita hadapi dan tempuhi? Seperti di negara-negara lain, selain daripada tekanan yang diberikan oleh sang penguasa, cabaran selanjutnya ialah untuk menyedarkan rakyat-rakyat lain keadaan sebenar agar mereka tahu siapa yang benar dan siapa yang batil? Memang rakyat biasa yang masih terlena dengan buaian mimpi indah hasil dodoian Utusan Meloya dan RTM pasti terpengaruh dengan apa yang mereka katakan. Salah siapa? Beza antara negara di bawah kawalan diktator dan negara yang bukan di bawah diktator ialah yang pertama-tamanya ialah kebebasan bersuara. Unsur yang paling besar di bawah perkara pertama ini ialah Media. Kawalan Media Dan Penyelesaiannya

Saban hari kita disajikan dengan cerita-cerita basi mengenai kegemilangan pihak pemerintah dan keburukan pembangkang. Suasana ini tidak wujud di negara-negara maju yang sedar peranan pembangkang dalam memakmurkan negara sesuai dengan peranannya sebagai agen 'Check and Balance'. Media cetak mahupun media yang melibatkan audio dan visual sudah pasti mempergunakan apa yang mereka mampu ke tahap maksimum. Kualiti TV1 dan Radio 1 sebenarnya adalah tahap yang begitu jijik dan hina. Bandingkan dengan Stesen-stesen TV di
negara lain. Kini kita boleh tontoni siaran TV dan Radio negara lain melalui Internet. Sebagai contoh, sila lihat di:

http://www.comfm.com/live/tv/?p=site  Pasti kita akan melihat betapa apa yang berbeza.

Bersambung...

Ahmad Fazli Khairuddin
fazli@freeanwar.com - 25.06.2003 (Suntingan M@RHAEN)


Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!