Citra Media Maidin - CMM

Citra Media Maidin mengajak anda melihat fenomena terkini yang mencorakkan media massa tempatan khususnya media arus perdana seperti suratkhabar, radio dan tv. Zaman zaman sebelum rakyat Malaysia disumbat dengan pelbagai slogan slogan kosong dahulu kerja mengedar suratkhabar dimonopoli oleh hanya satu kaum sahaja. Jauh dari berniat prasangka buruk terhadap mana mana kaum yang menghuni negara ini, hakikat sejarah menyatakan bahawa edaran akhbar zaman dulu majoritinya dimonopoli oleh kaum India. Kedai kedai buku/majalah alat tulis juga ramai dimilikki mereka.

Dunia berputar dan yang dahulunya kuli suartkhabar, maju setapak demi setapak dan salah satu kemajuan yang boleh dibanggakan bila sebahagian dari generasi kuli penghantar suratkhabar bisa bertapak menjadi pemberita.. Oleh kerana sifatnya manusia yang asal usulnya bangsat merempat, maka ego dan sensitiviti mereka amat peka dengan pelbagai istilah. Misalnya istilah "keling" tiba tiba jadi sensitif. Istilah pemberita dianggap low-class, lebih hebat kalau di panggil jurnalis. Sebab itu Zainudin Maidin menganggap dirinya seorang jurnalis. Kalau dari cakap nya beliau tak berminat sangat dengan politik, kerana katanya dunianya adalah dunia jurnalisme.

Anak Maidin kini pangkatnya tinggi dan ada kuasa ke atas media khususnya media kerajaan. Beliaulah yang mengatur apa yang boleh disiarkan, mana berita yang utama, peristiwa mana dan apa apa yang patut keluar radio/tv/akhbar. Semasa beliau mengepalai Utusan dahulu, beliaulah yang kuat sekali mengkritik ulama, ABIM dan parti PAS serta lain lain parti pembangkang. Semasa meletusnya Revolusi Islam di Iran anak Maidin ini kerjanya tidak lain hanyalah menjadi pecacai kepada kesemua propaganda agensi berita Barat yang mengecam pihak yang menggulingkan Shah Iran. Kesemua gambar gambar propaganda anti revolusi dari UPI, AP dan Reuters dipergunakan oleh anak Maidin ini habis habisan. Pendeka kata jika AP atau Reuters kata revolusi Iran bukan Revolusi Islam, maka si Goblok ini pun ikut baris demi baris. Itulah nilai dan tahap "jurnalisme" Zainudin Maidin, sekarang dah jadi Menteri.

Masuk alaf baru, dunia media Melayu bukan semakin maju malah semakin parah ditunggang seperti jalang untuk memuaskan nafsu serakah politikus dan jurnalis mediocre seperti Zam. Utusan Melayu mulai diperkosa dengan berakhirnya kerjaya Said Zahari. Mulai dari saat itulah UMNO menjana segala kebejatan, mencerna segala idea idea goblok, memperbodohkan minda Melayu dan mengimarahkan budaya sensasi artis, gosip, skandal. cerpen cerpen lucah yang memaparkan kisah kisah ranjang setiap minggu. Hasilnya dari jerih payah itu di umumkan sebagai "Akhbar Melayu Terlaris" untuk tahun sekian sekian.

Orang Melayu yang hanya harapkan maklumat dari Utusan terus diperbodohkan hingga tidak sedar setelah 46 tahun Merdeka, akhbar Melayu (arus perdana) hanya dua buah yakni Utusan Melayu dan Berita Harian.. Kita Merdeka dan sombong megah kibarkan bendera bangga sebagai rakyat Malaysia. Jumlah akhbar Cina dipasaran membuktikan "konspirasi senyap" memperbodohkan orang Melayu. Apalah sangat dua buah akhbar Melayu jika dibandingkan dengan China Press, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh dan Guang Ming?

Penerbitan akhbar Melayu melihat kepada sekatan sekatan yang ada tidak lain hanyalah satu usaha mengawal dan membendung kebebasan berfikir. Walaupun Harakah sifatnya partisan tetapi ia tetap media bahasa Melayu, dan permohonan akhbar harian Purnama lenyap entah ke mana. Zainudin Maidin  akan terus dengan citra menipu Melayu bila saja ada kesempatan dan isu. Walaupun kita kategorikan Utusan dan Berita Harian sebagai akhbar arus perdana, peranan dan hakikatnya yang sebenar adalah akhbar UMNO. Kata dan ucapan yang selalu menjadi kepala berita adalah yang keluar dari mulut Mahathir. Kata kata beliaulah yang bakal mengisi ruang depan akhbar dan menjadi agenda UMNO seterusnya untuk dikunyah dan ditelan oleh pembaca Melayu. Sifat demokrasinya Malaysia luput begitu saja bila hanya kata kata dan pandangan seorang manusia saja yang mendapat ruang khas diakhbar.

Untuk menunjukkan sifat keterbukaan akhbar paria ini diselitkan "Surat dari Pembaca". Kununnya surat surat ini dikirim oleh pembaca walhal disebalik tabir ialah Maidin dan para pecacai yang menggunakan nama nama samaran. Siapa tidak kenal dengan nama Awang Selamat? Syed Akhbar Ali? Bila Mahathir bercakap tentang sesuatu isu, paria paria di sebalik tabir inilah yang mengulas, menyimpul dan mempropagandakan dalam pelbagai bentuk.

Satu lagi topeng untuk menggambarkan betapa cintanya mereka kepada budaya bangsa ialah dengan menghasilkan sajak sajak patriotik, visual deklamasi sajak di tv, di perhimpunan parti dan tidak mustahil satu hari nanti sajak akan di baca juga di mimbar Mesjid Negara oleh Imam Besar sebagai menghormati dan mencontohi ketokohan Mahathir. Kesemua sajak sajak ini senada, selagu dan serupa bentuk stereotaipnya - memuja memuji dan menempelak pihak yang tak sehaluan. Sajak sajak mengikut citra Maidin ini bersifat patriotik kerana mengandungi unsur unsur cinta negara. Sama dengan citra patriotik Kadir Sheikh Fadzir yang sekapal dengannya - kibarkan bendera tanda patriotik, Sementara Mahathir pula, diangkat dan dipaparkan oleh media sebagai objek patriotisme atau ringkasnya berhala patriotik. Itulah matlamat citra media Maidin.

Dalam setiap artifak atau objek untuk mengambarkan sambutan Merdeka, hampir setiapnya terselit wajahnya seolah itulah lambang patriotisme sebaris nilainya dengan logo persekutuan, bendera Malaysia, bangunan Parlimen dan menara berkembar. Orang Melayu kini didik untuk menjadi penyembah berhala berhala patriotisme. Jangan lupa, kemuncak sembah menyembah berhala bakal berlangsung pada 16 haribulan ini. MERDEKA!!

Sumber: Goblok <http://goblok.blog-city.com/read/217064.htm> -  11.09.2003


Catatan:
Laman M@RHAEN menyokong usaha pengendali GOBLOK mewujudkan weBlog (blog) berkenaan. Sebenarnya, ini adalah merupakan wadah dan kaedah terbaru bagi membolehkan netters meluahkan pendapat, pandangan untuk dikongsi bersama. Laman M@RHAEN mengalu-alukan para pembaca menyertai weBlog GOBLOK. Anda bolehlah menambah apa saja bahan atau memberikan respons/maklum balas yang berkaitan/bersesuaian dengan topik-topik yang terdapat di Goblok ataupun mengemukakan satu topik baru. WM M@RHAEN akan sekali-sekala menjenguk ke weBlog berkenaan dan akan menerbitkan semula mana-mana bahan yang dikira mempunyai human/political interest ke Laman M@RHAEN. Syabas kepada Pengendali weBlog GOBLOK.

n/b: Laman M@RHAEN tidak mempunyai apa-apa kaitan secara langsung dalam pengendalian weBlog berkenaan.


Tapak Cerminan M@RHAEN https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!