Ulasan Rencana dan Berita Utusan Haprak

Matlamat Pas bercelaru
Ternyata sekali Muktamar Pas ke-49 yang berlangsung selama tiga hari dan berakhir semalam benar-benar dijadikan medan oleh parti itu untuk merangka strategi bagi menghadapi pilihan raya umum ke-11.

Adakah ini satu berita? Sebuah parti politik bila mengadakan majlis besar tahunan seperti Muktamar untuk PAS atau Perhimpunan Umno sudah tentu bicaranya soal politik dan sebagai parti yang aktif dalam proses demokrasi negara sudah tentulah soal pilihanraya menjadi agenda utama. Adakah Utusan harapkan perkara lain yang dibincangkan di Muktamar itu? Aktiviti PAS di Muktamar itu relevan dengan majlisnya sedangkan UMNO selama ini cukup biadab tanpa mengira bentuk majlisnya untuk bicara dan menghentam lawan politik, dalam membentang belanjawan, dalam peresmian tilawah, dalam ucapan sambut hari raya, dalam perutusan tahun baru malah hingga ke teks ucapan DYMM pun diselitkan peluru kapor UMNO

Bajet 2004 menjana pewaris negara
Paling komprehensif. Demikian reaksi terhadap Bajet 2004 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad di Dewan Rakyat pada 12 September lalu.

Bila disebut "paling komprehensif" maka tentunya  belanjawan ini menghampiri tahap definitif dan boleh dijadikan sebagai rujukan. Senanglah kerja para menteri kewangan pada tahun tahun mendatang. Cuma rujuk kepada rangka belanjawan ini. Sejauh mana tahap analisis para penulis pecacai dalam Utusan sehingga perkara ini diletak ke paras tertinggi, mutlak dan tiada langsung segi segi yang boleh ditegur. Setaraf wahyu kah?

Mengurangkan bebanan kewangan IKS
Pembentangan Bajet 2004 oleh Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan pada 12 September menggembirakan pelbagai pihak. Bajet 2004 yang bertemakan Meraih Kejayaan, Membina Masa Depan merupakan satu bajet menyeluruh yang memberi manfaat kepada pelbagai pihak termasuk penduduk luar bandar, pelajar, golongan belia, golongan kurang upaya, kaum wanita, kakitangan kerajaan, peneroka Felda dan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS).

Satu lagi tulisan propaganda murahan. Temanya gah penuh retorik "Membina Masa Depan, Meraih kejayaan", tema yang setaraf Dulu Kini dan selamanya. Setiap tahun wang untuk IKS bertambah tambah, tiada followup langsung dari pihak jurnalis haprak untuk berusaha membuat "investigative reporting" atau menyiasat sejauh ini apa perkembangan dari sekian banyak wang yang diperuntukkan kepada IKS.

Tarik belia Cina jadi detektif
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai salah sebuah organisasi keselamatan negara, amat penting baginya dianggotai oleh masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Satu babak dari sandiwara "Kami Prihatin Terhadap Kaum Cina". Segala dasar yang diamalkan selama ini akhirnya membuahkan satu polarisasi yang sengaja didiamkan. Bermula dari pucuk, UMNO, MCA dan MIC bersekongkol untuk meneruskan dasar pecah dan perintah, inilah akibatnya, dan terkini kita lihat disebalik tabir, usaha untuk mewujudkan parti berbilang kaum sengaja dilengah lengahkan atau ada saja halangan kearah itu.
 
Kecoh laporan rayuan Abu Bakar tersalah taip
JIKA polis silap membuat laporan dengan alasan salah taip, ia mungkin boleh diterima tetapi bagaimana pula jika kesalahan itu dilakukan oleh sebuah mahkamah yang menangani kes besar yang mendapat perhatian dunia antarabangsa?

Polis atau mahkamah atau mana mana penjawat awam tidak boleh memberi alasan begini. Kenapa ada pihak dalam Utusan yang boleh menerima alasan begini untuk pihak polis? Apa ertinya Slogan Cepat Betul dan Mesra? Begitu juga dengan Utusan Malaysia, jika hal hal yang mencacatkan profesionalisme begini boleh bertolak ansur, memang sah dan termaktub hakikat bahawa Utusan Malaysia sememangnya akhbar paria kelas tiga.

PASTIKAN MANFAAT PENEROKA FELDA
Lidah Pengarang: Akhirnya semua peneroka dan kakitangan Felda akan menikmati durian runtuh seperti yang dinikmati oleh segelintir peneroka yang tanah mereka diambil oleh kerajaan dan swasta untuk dimajukan bagi projek pembangunan.

Adakah ini satu pemberian yang relevan pada saat dan ketika pilihanraya diambang pintu? Kenapa Utusan menegur Muktamar PAS yang berbahas bab pilihanraya tetapi memuji muji dan menonjolnonjolkan isu FELDA dapat duit. Tidakkah ini juga satu agenda yang bermotif. Itulah dikatakan UMNO yang memang haprak, tidak tau letak duduk perkara, siang malam berkempen berpropaganda dalam radio/tv/akhbar.

BISIK-BISIK -- AWANG SELAMAT
Lee Kuan Yew akan mencapai usia 80 tahun esok. Tapi beliau masih bersemangat untuk meneruskan khidmat kepada negaranya, Singapura.

Bunyinya macam tegur orang lain tapi mesejnya untuk orang lain. Orang lain yang dimaksudkan tu ialah orang yang telah meletakkan Awang Selamat ke satu tingkat dalam strata masyarakat, kalau dulu hanya ibarat mangkuk hayun Utusan saja. Sekarang sudah jadi boss media nasional. Semua orang mau berkhidmat, tapi bila sampai masa bersara, elok lah turun, beri peluang kepada orang lain. Kalau umur bersara perkhidmatan awam 55 tentu ada rasionalnya, manusia dan tahap keberkesanannya ada had. Tetapi jika diikut budaya feudal yang disokong oleh Utusan maka seseorang itu boleh terus berkuasa selagi hayat dikandung badan.

Jangan terlena dengan peruntukan
Budayawan dan karyawan tempatan dalam semua disiplin seni perlu meneruskan apa yang mereka lakukan sekarang. Tidak perlulah terlalu banyak bercakap mengenai peruntukan yang disalurkan kepada mereka. Biarlah bidang seni dan budaya terselit dalam Bajet 2004, yang penting jangan terlalu banyak membuang masa memikirkan peruntukan itu. Ini bukanlah kali pertama seni dan budaya mendapat sedikit agihan.

Seni dan budaya berkembang tanpa peruntukan. Yang heboh fasal peruntukan ialah seniman haprak yang sentiasa harapkan subsidi. Penerbit filem dan drama menjadi kaya raya, ada yang jadi jutawan. Mereka inilah yang bimbang dengan kurangnya peruntukan. Dan aktivis aktivis budaya goblok beginilah yang banyak menyumbang kepada berkembangnya budaya budaya negatif dalam kehidupan Melayu. Contoh contoh filem keluaran mereka hanya dari segi luaran memaparkan kisah kisah yang ada teladan tetapi dalam babak babaknya, dek kerana jahil seni dipaparkan benda dan aksi yang tak relevan.

Rujukan ringkas kedudukan negara di dunia
Judul : Atlas Dunia - Panduan kepada negara-negara merdeka dunia termasuk bendera-bendera kebangsaannya. Penerbit : Golden Books Centre Sdn. Bhd. Tahun : 2003 Halaman : 249

Bagus juga dirujuk buku ini. Tetapi lebih bagus juga merujuk kepada buku buku yang membicarakan hal hal sejarah jatuh bangun bangsa, sejarah kemerdekaan dan sejarah nasionalis Melayu agar dapat menilai betapa hapraknya Utusan Malaysia yang mengaju sebagai Penyambung Lidah Melayu tetapi hakikatnya berperanan sebagai pengerat lidah bangsa.

Sumber: Goblok <http://goblok.blog-city.com/read/224264.htm> - 15.09.2003

Catatan:
Walaupun menerbitkan semula bahan ini diangap sebagai 'redundant', ianya dilakukan bagi mendapatkan catatan jumlah page views bagi artikel ini. Namun begitu, WM M@RHAEN menggalakkan agar pengunjung melawati link (URL) yang disediakan di atas bagi memberikan respons kpd artikel berkenaan.

Tapak Cerminan M@RHAEN https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!