Rashid Membogelkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Pengerusi SPR, Abdul Rashid Abdul Rahman telah mengarahkan Wan Ahmad melaporkan kes surat Puteri UMNO kepada pihak polis dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kununnya berlaku pendedahan rahsia. Malangnya langkah si goblok ini akhirnya meletakkan SPR sebagai satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional. Kita lihat implikasinya: Jika SPR teruskan juga mau gunakan OSA terhadap pendedahan salah laku mereka, lambat laun pekong akan terdedah kepada rakyat dan keyakinan seluruh rakyat akan terus terhapus terhadap mereka. Janganlah cuba menutup kelemahan diri dengan menggunakan undang undang bila terasa sudah tiada jalan keluar bila berdepan dengan cabaran. Buktikanlah kejantanan atau profesionalisme anda dengan berhujah dan sambutlah cabaran pihak pembangkang yang maukan isu ini diputuskan oleh satu jawatankuasa bebas. Isu kegoblokkan SPR ini akan terus dipantau oleh sebahagian besar masyarakat pengundi. Jadi elok lah buat perangai yang orang suka.

Sumber: Goblok <http://goblok.blog-city.com/readblog.cfm?bid=227281> - 17.09.2003

Catatan:
Walaupun menerbitkan semula bahan ini dianggap sebagai 'redundant', ianya dilakukan bagi mendapatkan catatan jumlah page views bagi artikel ini. Namun begitu, WM M@RHAEN menggalakkan agar pengunjung melawati link (URL) yang disediakan di atas bagi memberikan respons kpd artikel berkenaan. Catatan unique page views bagi GOBLOK yang terdahulu:

16.09.2003: GOBLOK: Rencana Akhbar Utusan Haprak (telah menerima 812 unique page views setakat 6.00 ptg 17.09.2003 & terus meningkat)

Tapak Cerminan M@RHAEN https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!