SPR Tiada Apa Yang Baru

SPR larang salah guna majlis kerajaan untuk berkempen
 
PUTRAJAYA 17 Sept. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengedarkan Kod Etika Pilihan Raya (KEPR) kepada semua parti politik pada 1 Oktober ini yang antara lain melarang penyalahgunaan majlis rasmi kerajaan untuk aktiviti kempen pilihan raya.

Kali ini ada nampak sikit perubahan pada SPR tetapi kita maklum kenapa diadakan kod ini buat pertama kalinya. Sebelum ini, tiada mana mana kerajaan negeri yang diperintah selain dari UMNO/BN, oleh itu SPR yang masih menganggap berkecuali sifatnya rasa tak perlu keluarkan kod etika. Selama sekian lama majlis majlis kerajaan menjelang pilihanraya dipenuhi dengan unsur unsur kempen. Paling menjolok mata ialah majlis PERBERAK. Majlis PERBERAK atau PEMBERAK yang ada unsur unsur shit dalamnya ialah singkatan kepada Pemimpin Bersama Rakyat. Dalam majlis ini seluruh jentera kerajaan dikerahkan dan inilah kemuncak road show untuk berkempen. SPR agaknya sedang lena sewaktu PEMBERAK di adakan diseluruh negara setiap kali menjelang pilihanraya.

Mari kita himbau sejenak makna dan implikasi istilah Pemimpin Bersama Rakyat. Dari rangkaikata itu kita boleh lebih memahami psikologi jiwa dan perangai manusia. Semua orang tau erti perkataan Pemimpin, artinya ketua, leader ringkasnya orang yang memimpin. Bila di sambut dengan perkataan Rakyat ia membawa implikasi dan makna yang lain. Susur galur penggunaan bahasa Melayu apabila mengungkapkan perkataan rakyat maka terjemalah satu himpunan insan yang ramai dan nun diatas takhta (sekarang pentas)  bersemayamlah seorang raja. Ertinya rakyat lawannya raja/sultan.

Setelah sekian lama diorientasikan minda Melayu menjadi terbantut begitu rupa maka diterima saja bulat bulat perkataan Pemimpin Bersama Rakyat, sedangkan yang Pemimpin itu pun bukannya raja/sultan tetapi juga rakyat seperti orang lain juga. Ini boleh kita anggapkan sebagai salah satu kejayaan UMNO - memfeudalkan minda Melayu. Malah ada pula agensi agensi kerajaan yang sudah naik taraf menjadi raja misalnya, kita temui satu banner yang bertulis "Hari JPJ Bersama Rakyat". Betapa gobloknya manusia, tidakkah boleh diguna perkataan yang lebih tawadu' sikit seperti Pemimpin Bersama Pengundi? Atau dalam kes JPJ tidakkah boleh ditukar ayat itu menjadi JPJ Bertemu Pelanggan atau Pengguna?

Pernahkah anda temui banner yang tertulis "Pemimpin Berjiwa Rakyat"? Cuba kaji asal usul pemimpin itu adakah ia dari kerabat raja/sultan  atau manusia biasa seperti kita (walaupun raja/sultan manusia biasa-sekadar hujah dalam konteks bahasa).

Dalam diam kita tidak sedar bahawa mereka yang menjadi pemimpin dari mandat rakyat telah mengubah status menjadi "lain dari rakyat" satu status yang lebih tinggi. Status yang diamanahkan oleh rakyat telah disalahgunakan hanya dengan bermain bahasa. Menjelang pilihanraya ini, saksikanlah jika ada lagi majlis majlis Bersama Rakyat ini dan anda tentu boleh yakin bahawa yang menghadirinya adalah manusia yang sanggup menjadi hamba/pecacai.

SPR pun boleh adakan hari Bersama Rakyat. Ia tidak boleh ditegur atau dikritik. Kod Etikanya hanya terpakai terhadap parti lain dari UMNO/BN. Walaupun SPR hari ini boleh bercakap fasal Kod Etika, kita akan lihat sejauh mana Kod Etika ini boleh dipakai untuk media massa arus perdana. Jika masih ada unsur unsur politicking dalam media massa arus perdana negara, rasanya kertas Kod Etika SPR hanya layak untuk calit najis saja. Jika SPR berjaya membendung salahguna jentera/media massa dengan Kod Etikanya itu, kita akan julang dan tabik SPR sebagai satu agensi yang betul betul amanah dan bertanggungjawab.

Sumber: Goblok <http://goblok.blog-city.com/read/228542.htm> - 18.09.2003


Catatan:
Walaupun menerbitkan semula bahan ini dianggap sebagai 'redundant', ianya dilakukan bagi mendapatkan catatan jumlah page views bagi artikel ini. Namun begitu, WM M@RHAEN menggalakkan agar pengunjung melawati link (URL) yang disediakan di atas bagi memberikan respons kpd artikel berkenaan. Catatan unique page views bagi GOBLOK yang terdahulu:

16.09.2003: GOBLOK: Rencana Akhbar Utusan Haprak (telah menerima >1300 unique page views setakat 11.30 mlm 18.09.2003 & terus meningkat)

Tapak Cerminan M@RHAEN https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!