Polis Ikut Jejak SPR Jadi Goblok

Tugas asasi mana mana pasukan polis di dunia ialah membenteras jenayah. Jenayah wujud dalam pelbagai bentuk rupa dan cara. Bila isu surat menyurat antara Puteri goblok umno dan SPR riuh-rendah tuduh-menuduh antara PAS, SPR dan Puteri.

Maka terdengar suara daripada SPR mau klasifikasikan surat-menyurat itu sebagai satu rahsia rasmi (OSA) yang sama taraf primitifnya dengan ISA, UMNO, keris bersilang dan manusia yang belum pernah jumpa ayat haramkan judi dalam Al-Quran. Hari ini, polis Malaysia mulai langkah pertama menyiasat editor  Harakah  Zulkifli Sulong. Langkah polis memulakan siasatan terhadap akhbar Harakah boleh kita lihat dari banyak sudut. Kalau anda dari golongan feudalis, kuno, primitif dan yakin dengan slogan Malaysia Boleh Dulu, Kini, dan Selamanya, anda pasti yakin bahawa memang patut Harakah disiasat dan jika anda super goblok, tentu anda juga pasti dan tidak ragu lagi meletakkan kesalahan kepada pihak Harakah. Tak perlu Tuan Hakim, Mahkamah atau pembelaan lagi. Penyebar fitnah memang patut disalahkan dan dihukum.

Tetapi wahai pembaca yang arif lagi budiman, sekiranya anda manusia alaf baru tak kira tua muda, Melayu, Cina, India, Bangla, Punjabi, anda akan meletakkan polis di satu tempat yang "ekslusif" lagi terhormat kerana dalam rangka sebuah negara demokrasi, polis boleh mulakan siasatan dari mana-mana pihak, bukan setakat asyik tumpu kepada NGO saja. Filem Hindustan selalu mengajar kita supaya melihat peranan polis yang "ideal" dalam sebuah negara demokrasi. Ketua Menteri bisa disiasat dan disiat-siat oleh polis yang menjalankan tugasnya.

Surat menyurat SPR-Puteri jika ditakrifkan sebagai jenayah, adalah pertamanya: Jenayah pecah amanah yang bermula daripada mana? Daripada mana datangnya surat itu? Sherlock Holmes selalunya melihat kepada "letterhead" atau kepala surat, tanpa pakai teropong halus pun boleh nampak daripada mana surat itu berasal. Harakah hanya pihak kedua yang kerjanya memang memaklumkan kepada ramai. Perbuatan surat-menyurat antara SPR dan Puteri pun sepatutnya disiasat terlebih dahulu kerana perbuatan berutus surat antara sebuah agensi kerajaan yang jaga peti undi sama tarafnya dengan pasukan bolasepak yang menulis surat mau jadi linesman atau referee. Kalau bandingan yang lain sama macam harimau minta kerja jadi penjaga daging. Atau mana mana tokey jutawan minta kerja untuk anak buahnya dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri, takkan gambaran macam tu polis tak boleh nampak?

Jika surat-menyurat itu tidak dibongkar, anda semua boleh buat kesimpulannya jalan ceritanya, bila pilihan raya diadakan. Malang sungguh nasib mu Malaysia....... sepatutnya kes ini diteruskan dan jangan langsung ada kompromi daripada mana mana pihak. Tolak-ansur daripada PAS dijawab dengan siasatan polis.

Apalah gunanya lagi menyertai pilihan raya yang semakin hari semakin mengarut. Memang goblok dan brensek segalanya!

Sumber: Goblok <http://goblok.blog-city.com/readblog.cfm?bid=230492> - 20.09.2003 (suntingan M@RHAEN)

Tapak Cerminan M@RHAEN https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!