Tanpa BN, UMNO Mampus!

Sebelum Anwar Ibrahim dilingkupkan kerjaya politiknya, UMNO berada di puncak kehebatannya dan mulai merosot selepas berlakunya tragedi fitnah terbesar dalam sejarah politik Melayu modern di Malaysia. Memang sebelum itu kita lihat UMNO berperanan sebagai tonggak dalam BN. Sejarah memperlihatkan betapa peranan itu sudah berakhir.

Kini, andaikata UMNO keluar daripada perkongsian politik antara parti-parti perkauman dan bertanding secara sendiri seperti mana dilakukan oleh PAS, Keadilan dan DAP, pasti banyak kerusi yang akan kalah dan calon-calonnya habis wang pertaruhan. Bayangkan apa nasib UMNO tanpa BN. Dan dalam BN itu sendiri yang dominannya ialah parti MCA dan Gerakan. Orang yang bodoh sekalipun boleh merumuskan bahawa UMNO amatlah berharap seperti seorang desperado yang pelahap terhadap undi kaum Cina. Buktinya dalam pilihan raya umum 1999, kawasan yang pengundinya ramai Melayu, UMNO kalah teruk. Persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh SPR boleh kita ramalkan punca dan sebabnya.

Adakah BN yang perlukan UMNO atau sebaliknya? Parti-parti komponen dalam BN boleh pada bila-bila masa saja menggertak untuk keluar daripada BN dan sekaligus membunuh UMNO buat selama lamanya. Apa jadi kalau kesemua komponen BN keluar menyertai BA? Mampukah UMNO berdepan dengan kombinasi baru ini? Mampukah sebuah parti Melayu (baru) ini berhadapan dengan cabaran dan tuntutan POLITIK BARU Malaysia yang menuntut lebih banyak ketelusan dan keadilan? Tanpa dokongan parti Cina, UMNO ibarat satu kelompok makhluk umpama melukut di tepi gantang, sekumpulan paria yang kuat kerana menyalahgunakan kuasa.

Sumber: Goblok <http://goblok.blog-city.com/read/233733.htm> - 22.09.2003 (suntingan M@RHAEN)

Tapak Cerminan M@RHAEN https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!