Rencana Dalam Mingguan
Gobloknya Profesor 'Makdia' Ahmad Atory Hussain


Gelaran dalam dunia akademik selalunya mencerminkan tahap akademis seseorang. Menjadi impian para akademis untuk mencapai tahap tertinggi. Dulu yang ada hanya gelaran Professor. Mutakhir ini timbul pula gelaran seperti Professor Madya, (Associate Professor) belum penuh lagi tahap keprofesorannya. Tetapi kalangan pensyarah yang tergila-gilakan gelaran, asal ada bunyi profesor pun jadilah. Madya ke Makdia ke tak kisah. Kali ini kita lihat kehebatan akademik seorang profesor makdia yang bernama  Ahmad Atory Hussain (UUM), ada PhD mengupas perihal rapat umum dalam demokrasi.

Daripada bacaan saya yang bukan taraf profesor, apa yang jelas ialah bagaimana dia memperlekehkan kuasa fikrah orang Melayu dalam menilai dan menakkul fenomena dan isu semasa. Lihat apa kata dia.

1.  Mereka ini menggunakan rapat umum untuk mempengaruhi rakyat yang rendah pemikirannya dan rakyat yang emosi.
2.  Masih terjadi insiden-insiden pergaduhan, peristiwa selak kain, calar kereta, simbah asid kepada kenderaan
3.  Pada pilihan raya 1969, pergaduhan kaum berlaku begitu dahsyat kesan daripada rapat umum yang sukar dikawal oleh polis. Semua penceramah berpidato ikut sedap mulut

Pertama profesor kangkung ini beranggapan pengundi rendah mentaliti dan mudah diperdayakan oleh ucapan ucapan retorik semasa rapat umum. Kedua sebagai seorang pemerhati politik sigoblok ini tidak terkini infonya mengenai kes selak kain. Beliau tak sedar dalam tulisannya, menyelak kegoblokkan diri sendiri. Profesor mau pertikai keputusan mahkamah tentang kes selak kain ke? Kes kereta calar dan disimbah asid hanya dipaparkan diakhbar sebagai satu insiden sensasi dan bukan berniat mencari punca dan menyiasat angkara siapa.

Sebagai seorang profesor yang tulen, bila bercakap soal kes Mei 1969, cubalah objektif dan profesional sedikit. Huraikan pihak mana yang terlibat, punca puncanya, bertolak dari kesilapan siapa.

Malang sungguh dunia ilmiah Melayu dengan adanya jenis profesor makdia seperti Ahmad Atory Hussain. Patutlah semakin kurang 'academic excellence' dalam IPT Malaysia. Ada pensyarah pun, jenis yang tak bertulang belakang, tiada prinsip, boleh dijual beli dengan gelaran. Kalau dah jadi pensyarah, tulislah sepertimana seorang yang berpengetahuan luas. Ini tulisan beliau sama kelas macam tulisan Astora Jabat, macam mana diangkat jadi profesor. Dalam bahasa Inggeris manusia begini berada di tahap "mediocre". Pelanggan fanatik Utusan Malaysia bolehlah ditipu kerana pelanggan akhbar haprak ini memang sekufu dengan kesemua manusia 'mediocre" negara ini.

Beliau juga mengkontradik atau menyanggah pandangannya sendiri.  Tulisan dari orang yang bergelar profesor seharusnya menjurus kepada satu sudut pandangan. Ayat-ayat sepatutnya menyokong apa yang ditulis. Cuba lihat ini,  pada pandangan penulis, di zaman serba moden ini di mana rakyat sudah banyak yang boleh berfikir, ada media massa dan cetak, pelbagai bahan bacaan dan pelbagai alat maklumat canggih, pidato retorik melalut-lalut seperti Hitler dahulu tidak menarik lagi, sudah agak ketinggalan zaman.

Anda boleh nilai sendiri tahap akademiknya profesor makdia  Ahmad Atory Hussain dalam akhbar tunjangan para haprak negara di http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2003&dt=0928&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

UTUSAN/Berita Harian: Baca saja tapi jangan beli

Sumber: Goblok <http://goblok.blog-city.com/read/245851.htm> - 28.09.2003 (suntingan M@RHAEN).

Tapak Cerminan M@RHAEN https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!