Rencana Dalam Mingguan
Gobloknya Profesor 'Makdia' Ahmad Atory Hussain (sambungan)

Profesor Madya (makdia) Dr. Ahmad Atory Hussain, penganalisis politik dan Pensyarah Politik dan Pengurusan Awam, Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-Undang, Universiti Utara Malaysia, Kedah menggarisbawahi hujahnya dengan kesimpulan bahawa "faktor keselamatan mengatasi tuntutan rapat umum". Berbagai faktor diberikan sebagai dokongan kepada tesisnya yang mahu mengenepikan salah satu dari hak asasi manusia yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan yang membentuk ummah yakni al-Quran sekalipun tiada ayat yang menyekat kebebasan manusia untuk berkumpul dan berinteraksi sesama sendiri sebagai satu amal muamalat yang sedia wujud sebagai fitrah manusiawi.

Hakikat atau esensi sesuatu agama, satu kepercayaan atau anutan ialah apa yang kita percaya, yakin, anuti dan istiqomah dengannya. Agama bukan hanya ritual, rukun fardhu ain malah apa yang tersergam di dalam minda kita sebagai satu keutamaan, kepentingan itulah juga agama. "Faktor keselamatan" boleh juga jadi satu agama, begitu juga dengan "kestabilan", "kehebatan ekonomi" malah apa saja yang kita ungguli melebihi yang lain, itulah sebenarnya agama. Apakah faktor utama yang mendorong Rasullulah menyebarkan risalah Islam? Adakah beliau salah dalam usahanya yang tidak mengambil kira soal keselamatan dan kestabilan ekonomi Makkah? Risalahnya adalah kebenaran Islam dan beliau tahu impaknya terhadap kestabilan masyarakat Makkah ketika itu.

Kita bukan dan tidak boleh jadi Nabi tetapi mengikut Sunnahnya adalah satu raison d’etre kewujudan Muslim. Berkatalah yang benar wahai professor. Ramai insan yang tersasar dalam meletakkan kesetiaan mereka. Jika anda mempertahankan rejim hapak lagi haprak ini semata-mata kerana membalas budi kepada kerajaan yang membolehkan anda menjawat kedudukan sebagai profesor, fikirkanlah siapa itu kerajaan. Fikirkan hak rakyat, yakni pihak yang mengamanahkan anda sebagai orang yang terpelajar untuk memandu anak bangsa melihat erti kebenaran. Ingatlah bukan duit UMNO yang menampung biaya pendidikan dan memberi anda laluan untuk menjadi seorang akademis.

Agama Islam yang kita anuti adalah agama yang "institutionalised", dengan sistem dan kaedah yang mujarad sedangkan dari sudut lain agama yang kita hayati di bawah sedar kita itulah yang mendorong seseorang itu melakukan pelbagai perkara yang berada di luar kebiasaan. Contohnya orang sanggup menggadai nyawa demi maruahnya, dan ada pula orang yang sanggup menggadai maruahnya demi nyawa, keuntungan material dan keselesaan hidup. Itulah inti atau esensi agama yang sebenarnya. Seorang akademis Muslim menanggung amanah yang berat kerana ilmu yang mereka miliki. Kita lihat betapa pengecutnya profesor ini bila berdepan dengan sesuatu isu yang boleh menikam dirinya atau menjejaskan periuk nasinya. Bila menyentuh perihal isu salah guna media radio/tv akhbar beliau berkata, "Penulis tidak berhajat untuk membicarakan dengan panjang di ruangan terhad ini, memadai disebut bahawa agak sukar untuk memisahkan tanggungjawab pemimpin kerajaan di antara tugas rasmi dengan tugas parti kecuali kita memahami dengan mendalam falsafah sistem politik partisan dengan perspektif yang betul".

Perspektif apa yang betul? Tanggungjawab pemimpin kerajaan mana ada lagi selepas dibubarkan Parlimen? Tiada dalam kamus profesor ke istilah "caretaker government"? Profesor sains politik mangkuk hayun apa ni? Tak cukup lagi mau menipu orang Melayu, disebut pula kononnya, "Ini sejajar dengan amalan demokrasi ala Westminsters yang memberi peluang kepada ahli-ahli politik parti pemerintah yang menang majoriti melakukan semua tanggungjawab tersebut dan menggunakan kemudahan". Dengan para goblok UMNO bolehlah nak bikin gempak sebut politik a la Wesminter (tanpa huruf 's'), yang pastinya terlopong ternganga mulut dengar bunyi Westminster. Radio dan TV BBC pernah menjemput pemimpin pembangkang dan memberi slot khas untuk ditemu bual tanpa gangguan, di Malaysia adakah peluang begitu?

Usah cakap pasal Westminster lah kalau otak selut profesor masih tak sedar yang akta seperti ISA tu tak ada kaitan dengan Westminster. Yang kita maksudkan di sini ialah status para goblok UMNO yang terus menerus beranggapan mereka berhak memperkudakan jentera kerajaan semasa tempoh Parlimen telah dibubarkan. Malangnya profesor kangkung tepi parit ini dengan panjang lebar berkhutbah bahawa, "Tugas parti yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan yang menang dianggap bukan untuk dirinya tetapi tugas untuk rakyat majoriti yang diwakilinya walaupun kelihatan untuk partinya, tetapi parti itu disokong rakyat majoriti. Itulah hakikat sistem kerajaan berparti. Yang penting mandat rakyat terbanyak yang diwakilinya untuk melakukan semua urusan demi kepentingan rakyat majoriti dan minoriti juga."

What manner of idiocy is this? Dalam usaha mencari mandat dari rakyat, mana ada pihak yang berhak memperoleh advantage menggunakan sumber sumber kerajaan? Seterusnya, untuk lebih memperkukuhkan kebahlolannya, beliau membuat hipotesis yang terus menjahanamkan status dan nilai PhDnya dengan mengatakan, "Kalaulah Pas berjaya memerintah negara, ia juga diberi peluang melakukan pemerintahan kerajaan dan pengurusan partinya yang disokong rakyat majoriti sama seperti yang diamalkan oleh UMNO dan BN semenjak dulu hingga kini. Jadi tidak perlu dipertikaikan jika kita memahami konsep berkembar pemerintahan dan kepartian ini."

Untuk mewajarkan amalan salah-guna jentera kerajaan, belia seterusnya terjun ke lubuk komedi pedukang dengan permainan logik bodoh seperti bertanya, "Logikkah, misalnya seorang menteri menggunakan kereta rasmi untuk ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan menaiki bas untuk perasmian mesyuarat agung persatuan belia yang dihadiri oleh ahli-ahli yang juga terdiri daripada ahli UMNO dan ahli Pas?"

Ruangan GOBLOK mengupas tulisan profesor ini bukanlah kerana ada apa-apa kehebatan dalam tulisannya. Malah mutakhir ini memang terdapat sejumlah ramai manusia bergelar profesor yang langsung tiada sumbangan apa-apa baik dalam bidang penulisan mahupun dalam sebarang penyelidikan kesarjanaan. Apa yang menjadi fokus ruangan GOBLOK ini ialah melihat jalur-jalur pemikiran yang selari dan seiras dengan pandangan para pedukang yang di luar nampak hebat dengan pelbagai gelar-gelar menara daging (tiada gading lagi). Tetapi malang Pak Kaduk, semakin banyak IPT semakin lesu pula ketrampilan kesarjanaan Melayu.

Umno sebagai satu agama atau sesuatu yang diyakini dan dipegang keabsahannya oleh penganutnya boleh saja dengan mudah mengungkapkan bahawa, “Buat masa ini reformasi politik ke arah mengadakan demokrasi terbuka sebagai proses mencapai tuntutan demokrasi tulen perlu diletakkan di tempat terkebawah berbanding dengan tuntutan ekonomi, pembangunan dan keselamatan tersebut”.

Ayat profesor ini mengandungi satu fahaman keagamaan, satu garis fikiran yang selari dengan Mahathir yang pernah berkata bahawa kita tidak perlu ramai ulama. Jumlah ulama pada fikirannya harus dihitung mengikut agihan peratus atau nisbah penduduk, seperti mana keperluan kita kepada khidmat polis, guru, akauntan dan sebagainya.

Garis fikiran manusia materialisme yang meletakkan makhluk sebagai “economic animal” yang setaraf lembu dan kerbau. Celik mata ingat makan, minum dan berjimak. Beliau terus menerus memperlihatkan sikap apologetik seorang pencacai atau barua bila menggariskan beberapa faktor kenapa rapat umum perlu ditangguhkan seperti berikut:

• Pertama, tidak semua rakyat Malaysia berfikiran terbuka (maaf jika ada yang tersinggung). Terdapat sesetengah masyarakat di sesetengah negeri yang masih berfikiran tertutup dan tidak mahu menerima perubahan minda atau perubahan paradigma pembangunan ekonomi dan politik yang dibawa oleh pemerintah pusat.
+ (beliau menghina keupayaan rakyat. Pilihan rakyat secara demokratis dipersalahkan.)

• Kedua, masih terdapat sebilangan rakyat yang terlalu taksub dan fanatik yang tidak mahu menerima erti kekalahan dan lantas bertindak secara kekerasan yang tidak mahu mengakui kemenangan pihak lawan.
+ (Kenyataan umum yang tiada sokongan fakta, hanya pendapat murahan. Tiada penjelasan bagaimana tindakan kekerasan berlaku, siapa yang bertindak terhadap siapa, di mana dan kenapa?)

• Ketiga, terdapat sesetengah rakyat yang fanatik dengan pemimpin agama. Kepada mereka hanya golongan agama yang berhak menjadi calon atau pemerintah seperti politik ala Iran atau Taliban di Afghanistan.
+ (Pendapat subjektif menuduh orang lain fanatik sedangkan diri atau kelompok sendiri sentiasa objektif. Istilah fanatik sering dilacurkan dengan mudah untuk memburukkan pihak lawan tatkala kehabisan hujah atau fakta.)

• Keempat, masih terdapat sesetengah pengundi yang tidak menerima konsep perkongsian kuasa dengan bukan Islam/Melayu. Kepada mereka hanya orang Islam yang berhak menjadi wakil rakyat. Ini boleh menjejaskan keselamatan jika diadakan rapat umum apabila diperkenalkan calon bukan Islam.
+ (Kacau bilau yang mencetuskan insiden 13 Mei tidak ada kena mengena dengan masalah calon Islam atau tidak dan tidak langsung ada kaitan dengan PAS.

• Kelima, terdapat sesetengah orang Melayu yang masih menganggap orang UMNO dan pemimpin UMNO sebagai kurang Islam. Maka mereka tidak rela menjadikan pemimpin UMNO sebagai pemimpin mereka. Kajian menunjukkan masih terdapat orang Melayu yang menganggap UMNO memperjuangkan nasionalis dan tidak memperjuangkan Islam, manakala Pas memperjuangkan Islam dan orang Melayu.
+ (Anggapan orang adalah hak masing-masing. Anggapan atau penerimaan manusia bergantung kepada apa yang dilihat dan dialami. Jika dilihat seseorang itu meringan-ringankan tuntutan agama dan menjalani cara hidup yang tidak serasi dengan Islam siapa yang mahu dipersalahkan?

• Keenam, di kalangan sesetengah orang Melayu juga bukan semua bersetuju dengan prinsip dasar-dasar parti pemerintah.
+ Setuju atau tidak itulah dinamakan manusia. Allah Taala jadikan manusia berbagai ragam, bangsa dan jalur fikiran. Hanya negara dan pemimpin komunis sahaja yang menjadikan soal kerencaman fikrah sebagai satu masalah.

• Ketujuh, di kalangan kaum bukan-Melayu juga, terutama DAP, prinsip-prinsip parti-parti BN tidak diakui oleh mereka. Perjuangan mereka tetap dengan konsep Malaysian-Malaysia. Ertinya fahaman perkauman masih lagi wujud di negara ini.
( + Tiada masalah lagi kepada DAP kerana konsep itu sudah pun dilaksanakan oleh Mahathir. Dulu Pemuda Umno sanggup bermandi darah kerana isu Universiti Merdeka. Hari ini kenapa diam membisu?

• Kelapan, cara berkempen parti pembangkang di negara ini tidak banyak berubah. Kalau di Amerika Syarikat (AS) misalnya, mereka berkempen menjelang pilihan raya, bila tamat pilihan raya tidak ada lagi ceramah politik berpanjangan hingga diadakan pilihan raya seterusnya. Ahli-ahli politik mereka buat kerja yang lebih bersifat profesional dan meninggikan ekonomi.
(+ Inilah dikatakan dajjal. Manusia yang hanya nampak sebelah mata. Lebih parah jika dajjal itu ada gelaran dan jawatan seperti profesor. UMNO dan BN tanpa rasa malu dan segan menggunakan platform media seperti TV, Radio dan akhbar-akhbar paria Melayu untuk berkempen 24 jam, setiap hari tak nampak? Program Gerhana, Gelombang Biru, Semarak, hingga kepada teks ucapan DYMM Agong pun diselitkan kempen.

• Kesembilan, terdapat bukti ada kakitangan kerajaan tidak menyokong parti pemerintah. Keadaan ini akan menyulitkan keadaan lagi apabila berlaku kempen terbuka dan jika terjadi sesuatu yang tidak diingini, maka ini melibatkan konflik kepentingan.

(+ Tiada undang-undang yang mewajibkan kakitangan kerajaan menyokong atau memangkah mana-mana parti. Istilah parti kerajaan adalah istilah yang memperbodohkan diri sendiri. Mana-mana parti yang bertanding dalam pilihan raya adalah PARTI yang bertanding untuk menang dan kemudiannya menubuhkan kerajaan. Kerajaan tiada parti. Kerajaan Malaysia juga tiada peruntukan dalam Perbendaharaan untuk membiayai mana-mana parti. Kesemua parti adalah tertakluk kepada undang-undang Kerajaan Malaysia dan mesti didaftarkan. Jika ada dan benar istilah parti kerajaan semasa pilihan raya, kenapa Kerajaan sanggup mengharamkan partinya sendiri (kes UMNO diharam-jadahkan). Saya merasa cukup muak dan hampir termuntah untuk terus membaca coretan pedukang UMNO ini kerana langsung tidak mampu menyerlahkan apa-apa analisis yang baru melainkan cerita taik mata lama seperti isu maki-hamun, selak kain dan sebagainya. Itu saja yang diperlihatkan bila cuba mengupas tantangan pembangkang. Isu isu ‘good governance', rasuah, ketelusan dan hak asasi langsung tidak disentuh. Memang sia-sia dan cukup membazir dengan terdapatnya para pensyarah yang tidak berprinsip begini. Kesian sungguh kepada para pelajar IPT, khususnya penuntut-penuntut UUM.

Posted at 08:37:09 on 09/29/03 by lemonde - Category: General

Sumber: Blogku Goblok <http://blogku.dk3.com/> - 29.09.2003 (suntingan M@RHAEN).

Tapak Cerminan M@RHAEN https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!