OIC: Regim Haprak Berhimpun Untuk Tentukan Dunia Islam

Sidang Kemuncak Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang bermula semalam digembar-gemburkan akan kepentingannya terhadap dunia dan
umat Islam pada hari ini. Statusnya yang sebenar yang tidak dimaklumkan kepada umum ialah: OIC hanyalah pentas sandiwara menunjuk lagak, kokok berderai derai sambil ekor bergelumang shit.

Apa yang diharapkan sangat dengan sumbangan barua USA seperti Pres. Jeneral Pervez Musharraf yang hingga kini tak mampu selesaikan masalah umat Islam dalam negeri sambil menjadi pecacai USA. Megawati pula bila berkuasa lantas mengarahkan tentera membantai rakyat Aceh. Sementara Presiden
Algeria banyak jasanya terhadap mengekang perkembangan demokrasi dalam negerinya. Inikah manusia manusia yang boleh diharapkan untuk memimpin dunia Islam?

Pentas sandiwara OIC berlangsung sekian lama tanpa membuahkan apa apa sumbangan positif terhadap negara Islam. Tahukah anda kenapa? Kerana selama ini OIC diwakili oleh para ketua haprak yang di sebalik kehebatan mereka terselindung jiwa hamba sahaya kepada kuasa kuasa kuffar.

Bab lemah ekonomi negara negara Islam, apa sumbangan negara Islam yang kaya minyak? Perangai mereka tak ubah macam shithead nombor satu negara kita. Ada duit buat mahligai, buat litar formula one. Kerajaan Brunei ada duit banyak tapi yang untung dulu Michael Jackson dijemput menghibur baginda sempena birthdaynya.

Malaysia pun kaya duit minyak tetapi adakah kekayaan itu dinikmati rakyat? Pendidikan hingga ke IPT pun mau hisap darah rakyat sedangkan negara-negara Scandinavia (Sweden, Norway, Finland) dan Eropah kontinental seperti Jerman, Perancis memberi khidmat pendidikan kepada rakyat secara percuma sehingga peringkat IPT. Masih mau mengaku ini negara Islam?

"Dr. Mahathir sendiri telah banyak kali bercakap, mengkritik dan membela orang Islam dan negara Islam secara lantang dan berterus-terang di pentas
antarabangsa sebelum ini sehingga beliau dianggap salah seorang pemimpin yang mewakili negara-negara Islam dan negara-negara membangun."

Dalam ayat itu terkandung segalanya. Inilah cerminan sebenar mengapa para perwakilan dalam OIC tidak boleh diharapkan langsung. Di pentas antarabangsa nampak hebat tetapi dalam negeri masing-masing segala kurap, kudis, panau, tokak dan bangkai dunia luar mana tau?

Sumber: Goblok <http://goblok.blog-city.com/read/310345.htm> - 12.10.2003 (suntingan M@RHAEN).

Mulai sekarang anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN:
Tapak Utama:http://marhaen.internations.net
Tapak Utama versi baru: http://marhaen1.web1000.com
Portal sokongan interaktif & mesra-pengguna: http://marhaen.portal.dk3.com/
Blog kembaran M@RHAEN (GOBLOK) 1: http://goblok.blog-city.com/
Blog kembaran M@RHAEN (BLOGKU) 2: http://blogku.dk3.com/
Selain itu, anda boleh terus melayari Laman M@RHAEN di tapak-tapak sokongan/cerminan asal. http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com - http://e-umno.tripod.com/

Click Here!