OIC: Sebagai Majlis Sembah Berhala!

Setiap orang dari peringkat marhaen sehinggalah ke peringkat elit politik negara, rata-rata tiada apa yang positif tanggapan mereka terhadap OIC. Tanyalah tukang kebun, penoreh getah, polis, cikgu atau juga murid sekolah yang peka politik dunia. Anda bakal mendapat jawapan yang lebih meyakinkan daripada kenyataan-kenyataan politik pemimpin haprak OIC yang datang bercuti sambil bertopengkan perwakilan

Sikap semulajadi haprak dan fitrah kebaruaan mereka dijelmakan dalam bentuk bermuka-muka dan mengampu tuan rumah (yang telah banyak keluarkan biaya untuk majlis pembaziran ini). Contoh perangai bermuka-muka ini terserlah pada Presiden Pakistan, Jeneral Pervez Musharraf.

Katanya, "Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad perlu terus menyumbang kepada negara dan dunia Islam kerana kedudukannya menghampiri ‘harta awam’ tidak memungkinkan beliau bersara sepenuhnya akhir bulan ini dan sumbangan Perdana Menteri amat diperlukan pada ketika Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) wajar disusun semula untuk menjadikannya lebih dinamik, berwibawa dan berorientasikan keputusan."

Akhbar Melayu dan TV/Radio Malaysia pastinya akan mengambil ayat-ayat ini bak mutiara untuk didendangkan berkali-kali demi memperkukuhkan tradisi feudalism (tradisi yang memperbodoh dan memperhambakan manusia) dalam tubuh budaya rakyat. Manusia seperti Musharaff yang sekufu kehaprakkannya dengan Dr Shithead Negara tanpa segan-silu memprojeksikan sifat-sifat antidemokrasinya dengan kenyataan tersebut. Rakyat Pakistan rata-rata tidak menyukainya kerana dasar luarnya yang bolak-balik tak menentu hala selepas peristiwa 9/11. Kuasa tentera menunjangi survival Musharraf, bukan suara atau pilihan rakyat.

Sikap membodek dan memuji berlebihan ini boleh kita ambil sebagai satu unsur dalam memahami apa itu "feudalisme". Selama ini kita selalu ketemui istilah ini dilabelkan untuk sesuatu perkara, tetapi penjelasannya agak sukar untuk diberikan. Dengan melihat kepada contoh-contoh dalam perlakuan dan tindak tanduk manusia bolehlah kita mengutip contoh contoh untuk menjelaskan apa itu feudalisme.

OIC dan agenda pertemuannya juga tidak dapat lari daripada cebisan unsur feudalisme. Untuk apa OIC bertemu? Adakah agenda utamanya ISLAM dan pelaksanaannya atau sekadar jumpa dan sembang sembang politik? Format atau kerangka penubuhannya pula lebih diilhami "regional grouping" yang berasal daripada beberapa organisasi politik-ketenteraan seperti NATO dan kelompok negara-negara maju Big 5. Dilahirkan secara artifisial, cedokan daripada luar, OIC terpaksa diteruskan kerana "datuk nenek moyang kita amalkan begitu". Dalam meneruskan kelangsungan hayat OIC setiap kali ia berperanan sebagai kambing hitam, pentas berlagak dan peluang makan makan angin.

Perhimpunan Islam yang asli, termaktub dalam Al-Quran dan akan terus berlangsung hingga kiamat ialah pertemuan setahun sekali di Mekah pada musim haji. Inilah satu-satunya kerangka atau format pertemuan yang mesti diesksploit untuk berbincang perihal kehidupan dan survival ummah. Malangnya, regim feudal Arab Saudi tidak mengizinkan sebarang aktiviti berbau politik di Mekah. Mekah dijadikan seperti mana beberapa masjid di Selangor. Kebanyakkan pemimpin negara yang hadir OIC pun bersikap feudal dan autokratik, mengawal dan memantau masjid, jangan ada suara suara yang menentang. Status masjid beransur-ansur berubah dan akhirnya berfungsi sepertimana gereja, tokong dan kuil.

Ibadat diberi makna hanya 'ritual', solat, wirid, puasa dan sebagainya. Setelah membuat pengasingan fungsi masjid sebegitu rupa, puak-puak sekular ini seterusnya mewujudkan institusi-institusi bid'ah seperti OIC untuk membincangkan hal ehwal negara mereka. Di dalam majlis inilah bab-bab politik dibincangkan. Maka tidak salah jika kita katakan bahawa OIC juga adalah natijah daripada sistem pemikiran sekular.

Berhimpunlah para manusia yang diberi label "pemimpin", walaupun sebahagian besar daripada mereka (kecuali beberapa negara sahaja) naik berkuasa di atas takhta pemerintahan tanpa restu atau pilihan rakyat. Dalam Islam, pimpinan yang tidak direstui rakyat tidak akan berjaya. Begitulah nasib OIC sejak awal penubuhannya hingga ke hari ini, tidak menunjukkan apa-apa kemampuannya.

Melihat kepada sejarah Islam, kegemilangan wujud hanya semasa zaman khalifah-khalifah yang menghormati kebebasan rakyat di samping menghargai perkembangan ilmu (ini termasuk penyebaran maklumat). Bentuk kepemimpinan yang lahir lewat abad 20 rata-rata lahir daripada acuan Barat, berlandaskan faham nasionalisme, dibelenggui batas sempadan 'nation-state' tidak mungkin terarah untuk melemparkan ego masing-masing untuk membincangkan atau menggerakkan inisiatif ke arah mencari segi-segi kemungkinan menghidupkan semula institusi "Khalifah". Selagi tiada wujud satu inisiatif ke arah ini, OIC hanyalah satu majlis iseng-iseng tak ubah macam borak kedai kopi sahaja.

Sumber: Goblok <http://goblok.blog-city.com/index.cfm?d=13&m=10&y=2003> - 13.10.2003 (suntingan M@RHAEN).

Mulai sekarang anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN:
Tapak Utama:http://marhaen.internations.net
Tapak Utama versi baru: http://marhaen1.web1000.com
Portal sokongan interaktif & mesra-pengguna: http://marhaen.portal.dk3.com/
Blog kembaran M@RHAEN (GOBLOK) 1: http://goblok.blog-city.com/
Blog kembaran M@RHAEN (BLOGKU) 2: http://blogku.dk3.com/
Selain itu, anda boleh terus melayari Laman M@RHAEN di tapak-tapak sokongan/cerminan asal. http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com - http://e-umno.tripod.com/

Click Here!