Calon Angkasawan Malaysia dan Zainudin Maidin

Siapakah agaknya yang bakal terpilih menjadi angkasawan Malaysia? Dengan andanya angkasawan Malaysia nanti apakah agaknya sumbangannya terhadap "kelangsungan hidup" majoriti rakyat Malaysia? Daripada pembinaan imej negara mungkin, terbuka peluang untuk kita mendabik dada, MALAYSIA BOLEH! MALAYSIA BOLEH!

Daripada segi sumbangan terhadap perkembangan R&D (Penyelidikan dan Pengembangan) pun rasanya tidak akan menghasilkan apa apa kerana tugas angkasawan hanyalah sebagai pengguna (end user) seperti mana kita hanya tahu menggunakan komputer atau memandu kereta tetapi selok-belok teknik membina roket, senggaraan masih milik teknologi Rusia.

Pada hemat saya keghairahan menghantar angkasawan hanyalah satu keghairahan membina imej. Seperti mana kita merasa hebat menyertai kelab-kelab elit seperti kelab golf, kelab kapal layar dan sebagainya. Ia memberi satu kepuasan kerana merasa "bersama" dengan "mereka" yang maju.

Beberapa negara maju di wilayah Scandinavia sehingga kini tidak pun menunjukkan minat ke arah itu tetapi daripada segi lain mereka maju. Contohnya negara-negara tersebut mampu membiayai pelajaran sehingga ke peringkat IPT kepada anak bangsa mereka secara percuma. Salah satu negara tersebut, Finland, mampu menjadi "market leader" untuk pasaran telefon bimbit. Anehnya mereka tidak tergila-gila untuk ke angkasa.

Tuntutan dan keperluan hidup rakyat di bumi sepatutnya diutamakan. Sekurang kurangnya ada juga perkara positif yang dilakukan di negara Barat tetapi yang itu tidak pula kita contohi.



Minda Pengarang: Tidak salah menghargai pemimpin

Kata Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin, penghargaan dan penghormatan yang diberikan kepada Dr Mahathir lahir daripada keikhlasan rakyat dan bukan bertujuan mendewa-dewakan beliau.

Datuk Zainuddin Maidin sebenarnya melenting terasa pedas dengan kepala berita yang menghiasi muka depan HARAKAH. Beliau meletakkan kerja publisiti dan media overkill kepada rakyat pula. Sedangkan beliau tak pernah menjadi wakil kepada seorang rakyat Malaysia pun.

Sumber: Goblok <http://goblok.blog-city.com/read/311972.htm> - 14.10.2003 (suntingan M@RHAEN).
Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/ (sila daftar sebagai ahli)

Mulai sekarang anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN:
Tapak Utama:http://marhaen.internations.net
Tapak Utama versi baru: http://marhaen1.web1000.com
Portal sokongan interaktif & mesra-pengguna: http://marhaen.portal.dk3.com/
Blog kembaran M@RHAEN (GOBLOK) 1: http://goblok.blog-city.com/
Blog kembaran M@RHAEN (BLOGKU) 2: http://blogku.dk3.com/
Selain itu, anda boleh terus melayari Laman M@RHAEN di tapak-tapak sokongan/cerminan asal. http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com - http://e-umno.tripod.com/

Click Here!