Ayuh Gerakkan Semboyan Perjuangan
Daripada apa yang berlaku dalam negara kita kini, maka dengan kuasa Allah hukum yang telah diturunkan'Nya telah diperkatakan semula hari ke hari. Sana sini rakyat negara ini tidak kira apa bangsa dan kaumnya mengutuk akan perbuatan sebilangan 'binatang' yang menjadi syaitan bertopengkan manusia. Daripada situ juga mereka telah mencadangkan berbagai-bagai cara untuk menghukum 'binatang-binatang' ini dan yang paling banyak diperkatakan adalah menghukum akan golongan ini di khalayak ramai.

 
Sedarkah akan pejuang-pejuang Islam bahawa apa yang diperkatakan itu adalah Hukum Hudud? Jadi daripada sini bolehlah kita menyampaikan lagi akan keindahan hukum Allah swt kepada golongan-golongan yang masih buta dan kelam akan mata hati mereka akan keindahan hukum Allah swt ini. Beritahulah kepada golongan-golongan yang masih kelam ini walau dengan apa cara sekali pun.
 
Antaranya yang dapat disampaikan dengan jelasnya ialah kita naikkan sepanduk atau baner yang besar dan kita gantungkan untuk menyampaikan pada masyarakat dengan jelas dan padat. Naikkanlah akan kain sepanduk itu diserata tempat dan di serata kawasan supaya penyampaian itu dapat disampaikan dengan sejelas-jelasnya pada semua masyarakat dan biarkanlah mereka berfikir sendiri akan keindahan hukum Allah swt ini.
 
Di sini ada beberapa slogan atau perkataan yang difikirkan sesuai untuk sepanduk tapi bolehlah difikirkan yang lainnya.
 
"HUDUD ITU INDAH.. JADI HAYATILAH NESCAYA KITA MENDAPAT RAHMAT'NYA"
 
"LAKSANAKANLAH HUKUM ALLAH NESCAYA KEGAWATAN MASYARAKAT DAPAT DIHAPUSKAN...."
 
"Inilah yang kami perjuangankan, tegakkan hukum Allah pasti mendapat kepuasan dunia dan akhirat..."
 
"Tegakkan Hudud, PASti memberi keADILan kepada semua"
 
Akhirkata ayuh kita gerakkan semboyan perjuangan peperangan sudah bermula lawan tetap lawan....Allah'Huakbar....

Kiriman: GuagStation
PAS tawan Kedah 2004
guaqstation@al-islam.com - 21.01.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN