Adilkah ASTRO & TELEKOM Menaikkan Bil Mereka?
Assalamualaikum,

Nampak gayanya penyakit yang melanda Astro nie sama saja dengan Telekom Malaysia. Kedua-dua company nie dengan bangga dan takburnya menaikkan bil-bil mereka tanpa ada rasa sesalan dan simpati pada rakyat.

Inilah akibatnya jika ada satu sahaja company yang menguruskan sesuatu perkara, di mana dengan ayat yang sedap dan terkini sikit monopoli company di mana cuma mereka yang ada benda alah tuu jadi nak atau taknak rakyat terpaksa beli @ langgan pada mereka. Tengoklah bil telekom di mana dahulu cuma RM18 sebulan tapi kini dah mencecah ke RM28 apa kejadahnya? Mak bapak aku kat kampung nuuu bukannya duit banyak sangat nak motong getah sehari RM10 pon susah. Hanpa main tarooo aja.

Laaanie cuba tengok syarikat telefon selular (handphone). Dahulu bil. bulanan mencecah sampai RM60 tapi lanie .semuanya sekali dah dapat turun sampai ke RM30 dan ada yang mampu bagi sampai RM10 untuk coporate rate. Itu baru nama persaingan nie tak setiap tahun naik naik naik .naik .

Takkan ini pun nak kena bagitau kat pak2 menteri yang diberi tanggungjawab oleh rakyat tempohari  cuba pikiaq laaa untuk rakyat sikit  rakyat hang pa kat kampung2 nuu bknnya kaya macam hang pa boleh pakai 5,6,7 biji H/Phone.

Pastu servis yang diberi pulak macam celaka. Cuba pikiaq bila hujan turun si Astro nie mana boleh tengoknya jadi macam VCD buruk yang lekat2 gambaqnya atau pun tak ada langsung siaran tuuu  macam tuuu juga Telekom  terutama yang pakai line electrik tuu. Bila 'karan' takada line dia pun tak ada. Tapi hangpa charge sama jugak. Haram tak kurang langsung.

Oleh itu pikiaq2 laa sikit pasal rakyat marhaen nie. Kami nie bukannya kaya, ulang kaya kaya kaya. Reti kaa? Kaya .

Kiriman: GuagStation
Daahhh Laamaaa Daahhhh
guaqstation@al-islam.com - 02.06.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN