‘ANCAMAN’ GELOMBANG GLOBAL FUNDAMENTALIS ISLAM (5)
Oleh: HC (Honda Civic)
Bagi mereka yang berusia sekitar 30-45 tahun kini dan bersekolah kebangsaan pelbagai bangsa pasti masih ingat 'ukhuwwah' yang pernah terhasil daripada pergaulan sesama pelbagai bangsa itu - sesuatu yang tidak pernah dirasakan oleh anak-anak dari generasi ini. Tidak ada masalah ketika itu umpamanya untuk tinggal berjiran dengan orang cina contohnya, tetapi kini ada sikit susah la.

Bukan kita sahaja yang merasakan demikian, mereka juga sama. Susah nak tinggal berjiran di satu tempat yang majoritinya orang Melayu. In fact baru-baru ini ramai yang bertanya kepada pemaju perumahan tentang orang bangsa apakah yang tinggal di sebelah bakal rumahnya. Kalau yang itu, pasti diminta tukar, atau terima sahaja dengan berat hati sebab dah tiada kosong.

Berbagai-bagailah sebab dan punca kalau nak dibincangkan. Tetapi hakikatnya things are not like before. Tetapi kemungkinan paling tragis ialah, mereka merasa prejudis terhadap bangsa Melayu yang semakin 'Islamik', dan bangsa Melayu pula merasa mereka itu tidak se suci seperti sebelumnya, yakni dari segi syarak. Pendek kata, orang Melayu sudah mula pandai melihat sesuatu dari segi syarak.

Orang non-Muslim merasakan gelombang fundamentalisme akan akhirnya memisahkan mereka daripada umat Islam, dan in fact sekarang pun sudah berlaku 'pemisahan' tersebut. Mereka sudah mula tidak dapat 'enjoy' dengan orang Islam seperti dahulu. Atau mereka dapati orang Islam tidak mahu 'enjoy' dengan mereka. Lalu berlakulah drifting secara beransur-ansur yang akan membawa kepada pemisahan total, melainkan untuk tujuan yang non-sosial seperti urusan pejabat dan cari makan.

Apa yang sebenarnya sedang berlaku?

Ambo berpendapat bahawa umat Islam yang semakin mendakap faham fundamentalisme sedang berada pada satu tahap adjustment. Mereka sedang cuba untuk adjust dengan satu suasana baru yang tidak pernah mereka rasa dan alami pada zaman ibubapa mereka dahulu yang boleh sama-sama 'enjoy' dan boleh berkongsi segalanya itu. Mereka tiada role model untuk tujuan ini, malahan mereka terpaksa melakukan adjustment ini bersendirian. Walau apapun usaha yang mereka lakukan untuk merapatkan jurang ini, ambo yakin satu hari nanti mereka, atau generasi selepas mereka, akan berjaya menemukan titik kesesuaian itu.

Non-Muslim mampu melihat sahaja perubahan yang sedang melanda umat Islam segenerasi mereka ini. Mereka tiada upaya untuk membentuk perubahan tersebut kepada satu acuan yang mereka ingini - melainkan beberapa puak di kalangan mereka seperti puak MCA, Gerakan dan DAP. Tetapi apa yang puak-puak ini cuba lakukan kemungkinan akan lebih memparahkan suasana daripada menenangkannya, lantas kepentingan politik jangka panjang yang sentiasa membayangi setiap tindak-tanduk mereka.

Think-tank dalam MGD sedang dalam proses untuk mengawal keadaan ini, sesuatu yang mereka lihat tidak mampu dilakukan oleh UMNO secara bersendirian. MGD melihat bahaya di hadapan jikalau tidak dilakukan sesuatu untuk mengawal keadaan ini. Tetapi bahaya yang dilihat itu lebih kepada bahaya kepada hegemoni kuasa mereka. Tidak mustahil bahawa mereka inilah sebenarnya pembentuk politik negara, rather than UMNO itself.

UMNO pula tersepit di tengah. Untuk bangsa Melayu, mesti kelihatan lebih Islamik, atau fundamentalis, dengan pelbagai projek Islamnya. Untuk bangsa Cina pula, kena bagi lebih... lebih apa? Lebih kuasa? Lebih hak istimewa? Bukan senang sebenarnya untuk menjadi seorang UMNO dalam suasana seperti sekarang.

Tetapi pada saat UMNO sangat-sangat memerlukan undi non-Muslim inilah maka lembu UMNO perlu diperah susunya oleh non-Muslim ini untuk meraih sebanyak susu yang mungkin. Walau apapun, usaha penggabungan MCA-Gerakan ini menunjukkan ketidak-pastian bangsa Cina ekstrimis ini terhadap kebolehan UMNO menguasai keadaan.

Jikalau UMNO sendiri tidak upaya untuk menghalang gelombang fundemantalisme ini, MGD lagilah tak upaya. Ia akan terus mendominasi politik negara. Gelombang pendominasian golongan fundamentalis Muslim ini sebenarnya tidaklah menyebabkan mereka merasakan kebencian terhadap non-Muslim, sebaliknya mereka simpati kepada non-Muslim. Tetapi mereka tidak upaya untuk meluahkannya, dan media pemerintah pula pandai sahaja mengapi-apikan kebencian non-Muslim terhadap puak fundamentalis yang semakin ramai ini.

Golongan fundementalis bukanlah satu 'threat' kepada non-Muslim, tetapi adalah satu threat kepada mereka yang cuba mengekalkan kuasa yang telah dinikmati begitu lama, tidak kira dari bangsa apa sekalipun. Benar bahawa golongan fundamentalis membawa satu budaya hidup dan cara fikir yang berbeza 180 darjah daripada apa jua gerakan fikir dan perjuangan yang lain. Mereka ini punya kekuatan sendiri, kaedah sendiri dan matlamat sendiri.

Ia lahir daripada satu fenomena global sejak empat atau lima dekad yang lalu. Ia bersifat global. Ia tidak boleh ditentang. Ia mungkin boleh dikawal dan dilambatkan tetapi tidak boleh dihapuskan atas sifatnya yang global. It is here to stay.

Salam,
- HC (Honda Civic)
honciv@yahoo.com - 02.01.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat: 

Click Here!

Tangguhkan dahulu