Ruslan nak turun padang....
Oleh: HC (Honda Civic)
Berita BERNAMA: Ruslan kata dia nak turun padang,

"Keduanya, kami menyatakan kami sedia untuk turun ke padang bila-bila masa untuk memberikan bantuan agar apa-apa yang dihasratkan oleh beliau (Abdullah) akan terlaksana," katanya.

>>> Silalah turun padang, wahai Ruslan oi. Tak sabar den nak tengok muko ekau tu atas pentas umno pulak. Agaknya sama tak gaya ekau sekarang dengan gaya ekau dulu. Kalau boleh bagi sama, wa respek la woi.



Mengenai dakwaan bahawa mereka menerima habuan tertentu dalam mengambil keputusan itu, Ruslan berkata perkara itu perlu disertakan bukti.

>>>Ewah...macam majistret pulak dah ekau ni jang. Nak pakai bukti segala. Ops..memang pun ekau bekas majistret, sorry. Tapi Allah punya kuasa, permohonan kau dimakbulkan Allah, tak sampai 12 jam bukti sudah datang. Zoolhilmi is your eye-witness, my lord, and a would-be accomplice to youself. He is not a heresay witness mind you. Please note that in your court proceeding, sir.

Tapi tak apalah, aku percayalah kau masuk UMNO kerana ikhlas tanpa dijanjikan sebarang ganjaran. Mungkin kau tersilap agaknya dulu ketika keluar daripada UMNO tu. Tersilap selama 5 tahun tu jang. Bukannya sokojap tu. Kalau masuk UMNO tu kau kira ikhlas, yang keluar UMNO dulu selama 5 tahun tu nak namakan apa? Ikhlas juga kah? Banyaknya kau punya ikhlas ni Lan.

Jadi kau pun ikhlas lah juga ketika masuk Keadilan
dulu kan? Memang lah ikhlas sebab Keadilan dan BA
tidak menjanjikan apa-apa, bahkan meminta-minta lagi
daripada penyokongnya, itu semua orang tahu. Jadi kau
ikhlas masuk UMNO dan kau pun ikhlas juga masuk
Keadilan. Memang bagus lah kau ni. Tak pernah aku
jumpa orang seikhlas kau ni. Kau memang tergolong di
dalam kalangan orang yang al-mukhlisin gitu.
 
 

Menjawab pertanyaan lain, beliau menyifatkan kumpulan
yang menyertai Umno itu sebagai penggerak utama
Keadilan. "Mereka yang saya sebutkan ini memegang
begitu banyak jawatan. Ini jelas menunjukkan mereka
adalah penggerak utama Keadilan. Jawapan mutlaknya
tunggu pilihan raya. Kita tengok berkesan atau tidak
keluarnya kami dari Keadilan," katanya.

>>>Garang benar bunyinya tu Lan. Macam nak balas
dendam aja. 'Kesan' apa yang kau nak tunjukkan tu Lan
oi? Oooo...kau nak tunjukkan bahawa langkah bijaksana
kau ni akan menyebabkan lebih ramai pengikut Keadilan
keluar parti dan membelot ke arah UMNO? Sebijik macam
kau yang belot, tunjuk muka tak tahu malu dalam tv tu?
 

Jadi kau banggalah bahawa tindakan kau ini akan
menyebabkan ramai lagi penyokong Keadilan keluar parti
dan masuk UMNO balik macam kau tu? Dah lah kau tu tak
tahu malu, kau nak suruh ornag lain jugak jadi muka
macam kau? Inikah janji yang kau buat kepada UMNO
ketika menerima sampul berisi RM25,000.00 downpayment
itu?

Berapa kali kau cuba acting depan cermin nak cakap
macam tu Lan? I know you Lan. It must be difficult
kan? It's ok. You'll get used to it soon. In fact that
was a nice start.

Cuma jangan lupa, nanti dalam ceramah UMNO karang, jangan tersasul suruh orang bertakbir pulak, atau terkeluar pulak REFORMASI! Ingat, masa tu nanti ada Siti Nurhaliza kat atas stage tu. Hilang mood dia nak menyanyi karang. Akibatnya baki lagi RM475,000.00 tu kira burnt dengan kau-kau sekali.

Hai Lan, Lan. Kalau BN menang sekali lagi tak apalah jugak. Tapi kalau BA yang menang karang, susah jugak kan?

Salam,
- HC (Honda Civic)
honciv@yahoo.com - 12.02.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN