Hancurnya Sebuah Tamadun-USA Dan Agama Baru Islam Hadhari
Oleh: HC (Honda Civic)
"Not only did it make the Iraqi people naked, but it made America naked in terms of its claims of abiding by the rule of law, maintaining human dignity, exercising self-restraint and having a government that's accountable and transparent."

Tidak dapat lagi bagi seorang Muslim yang normal untuk mengawal rasa perit dan kesalnya atas apa yang dilakukan ke atas saudara seIslamnya di Iraq. Mungkin kalau dibunuh sahaja tahanan-tahanan itu adalah lebih baik daripada melakukan mereka sedemikian rupa.

Dari satu aspek, ia hanya merupakan salah satu penghinaan daripada Allah SWT daripada penghinaan-penghinaan lain yang turut ditimpakan ke atas umat Islam pada hari ini. Bukankah Allah telah berfirman bahawa maksiat dan fasad yang dilakukan oleh golongan yang zalim, yang tidak cuba dihalang oleh golongan yang sedar, akan mengakibatkan turunnya bala Allah yang tidak hanya akan menimpa orang yang zalim itu, tetapi juga kepada orang yang tidak ada kena-mengena dengannya.

Memang negara kita juga tidak kalah dengan pasukan tentera USA yang melakukan perbuatan terkutuk itu. Dan mungkin standard yang pasukan kita lakukan adalah jauh lebih dahsyat seperti apa yang telah diakui sendiri oleh saudara Azmin Ali yang pernah disuruh telanjang dan menari di hadapan para penyoalnya.

Cuma bezanya perbuatan negara kita terhadap tahanan itu, kalau diambil pun gambar mereka ketika itu, tidak terlepas ke tangan orang dan media awam. Dan kalau terdedah juga gambar itu di khalayak ramai, kemungkinan besar rakyat Malaysia yang sudah dikasi ini tidak begitu sensitif terhadapnya sehingga boleh memaksa kerajaan untuk mengadakan sebuah perbicaraan terbuka menjelaskan itu dalam media secara langsung, sebagaimana yang mereka lakukan sekarang di USA itu.

Kita tentu ingat pendedahan dalam negara ini dahulu mengenai tahanan pendatang Bangladesh yang disuruh anu kemaluan rakannya dengan mulut semasa dalam tahanan dahulu dan ia dibuat secara beramai-ramai. Bagaimana jikalau perbuatan seperti ini keluar dalam bentuk gambar di USA dan dilakukan oleh tentera mereka sendiri. Jelas bahawa sensitiviti kita sebagai umat Islam negara ini tidaklah sehebat sensitiviti mereka di USA itu.

Tetapi ada kemungkinan juga bahawa 'perbicaraan' ke atas Donald Rumsfeld sekarang dilakukan bukan atas dasar sensitiviti rakyat USA sangat dan rasa keprihatinan mereka dengan isu-isu kemanusiaan. Mungkin ini hanya sebagai suatu damage control exercise sahaja untuk mengambil hati rakyat Iraq dan perasaan umat Islam, supaya tidak akan timbul sebarang backlash di kalangan penentang USA di Iraq ke atas tentera USA itu sendiri. Mungkin juga untuk mengembalikan rasa 'mulia' di hati pasukan tentera USA di Iraq supaya mereka tidak berjalan di lorong dan jalan raya Iraq dengan menundukkan kepala.

Ini kerana tamadun USA itu sendiri sudah lama hancur.

Dan apa yang berlaku dan terdedah kini hanya merupakan satu 'pengesahan' sahaja bahawa tamadun USA sudah sememangnya hancur di mata umat manusia di seluruh dunia. Dan bahawa USA kini sudah sah terkeluar daripada senarai negara-negara di dunia yang layak
bercakap mengenai isu-isu kemanusiaan dan keadilan, apatah lagi tentang Islam.

Dan apa yang ambo pernah diberitahu sebelum ini bahawa agama Islam Hadhari ialah agama yang dicipta oleh USA. USAlah yang mula-mula mengamalkan agama Islam Hadhari dan diikuti oleh UK dan yang lainnya. Para pengkaji Islam di USA sama ada yang Muslim atau lainnya, mereka itulah yang berhempas-pulas memikirkan satu cara bagaimana untuk mengadunkan di antara ajaran Islam dan sekularisme.

Dan akhirnya terberanaklah sebuah agama baru Islam Hadhari, walaupun jenamanya mungkin berbeza di antara sebuah tempat dengan yang lain.

Para pengempen agama baru Islam Hadhari di Malaysia kini haruslah mengambil iktibar bahawa negara asal-usul agama baru yang mereka ingin laksanakan di negara ini sudah pun kecundang tamadunnya. Tidak ada apa lagi yang boleh dibanggakan lagi dengan USA itu, melainkan jikalau hati-hati kita sendiri sudah lama termakan taik USA dengan banyaknya dan melihat apa sahaja yang datang dari sana adalah wangi baunya belaka.

Salam,
- HC (Honda Civic)
honciv@yahoo.com - 08.05.2004
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN